Ahad, 16 Oktober 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Tukar Tiub

Posted: 16 Oct 2011 07:08 PM PDT

Tukar Tiub


GERAKAN AKAN MENINGGAL KAN BARISAN TAK LAMA LAGI

Posted: 16 Oct 2011 10:32 AM PDT



SILA INGAT 8 TUNTUAN INI




KETUA WANITA GESA DR KOH TAK BERTANDING DALAM PRU – mkini

Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe menggesa Presiden Koh Tsu Koon agar tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang demi kepentingan parti.

Tan yang membuat gesaan itu di persidangan perwakilan kebangsaan Wanita Gerakan, di ibunegara hari ini, bagaimanapun berkata Koh boleh terus memimpin parti pada PRU berkenaan serta membuat keputusan tegas mengenai masa depan dan kelangsungan Gerakan.

"Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti. Saya yakin beliau akan jadi lebih baik (sebagai pemimpin) jika tidak bertanding," katanya kepada pemberita selepas penggulungan persidangan sayap tersebut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI BERITA BAIK..... kah ah kah...

kah kah kah... GERAKAN DI AMBING KEHANCURAN.... kah kah kah...

kah kah jkah... BAHAGIAN WANITA TAK YAKIN PADA PESIDENT PARTY..kah kah kah..

kah kah kah..INI TANDA TANDA BERGADUH SESAMA SENDIRI...kah kah kah..

kah kah kah..BAHAGIAN WANITA KURANG YAKIN DENGAN PRESIDENT PARTY YANG LEMBIK...kah kah kah..

kah kah kah...NAMPAKNYA INI SAMA MACAM SEMUA KABINET TAK YAKIN DENGAN NAJIB MONGOL....k ah kah kah

kah kah kah...INI LAH HARI AKHIR AKHIR KOH DAN NAJIB .. kash kah kah....


BERSIH PILIHAN KITA



Biaqpila

Posted: 16 Oct 2011 03:46 PM PDT

Biaqpila


Gempar ‘anak pocong’ depan rumah

Posted: 16 Oct 2011 03:00 PM PDT


BATU PAHAT – Penduduk Kampung Parit Sempadan, Parit Raja di sini gempar pagi semalam dengan penemuan satu objek misteri yang dikafan seperti pocong di sebatang jalan menghala ke rumah seorang penduduk di situ.

Objek sepanjang 15 sentimeter itu ditemui oleh seorang penduduk kampung yang berjalan kaki menghantar anaknya untuk belajar mengaji kira-kira pukul 8.30 pagi.

Seorang pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Mat memberitahu, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan objek misteri itu, dia bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, ia dibungkus dengan kain putih dan diikat seperti jenazah sebelum diletakkan di pangkal pokok yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Di sebalik penemuan itu, dia percaya ada kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak tertentu dengan niat untuk mengugut keluarganya.

"Saya berdebar-debar apabila melihat objek berbentuk pocong itu kerana percaya ia adalah amaran kepada keluarga saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Haji Mat memberitahu, kejadian pelik itu adalah yang pertama kali ke atas keluarganya sejak menetap di kampung itu pada tahun 1973.

kosmo


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

DEBAT PROF AZIZ BARI DENGAN EZAM SESUMPAH DAN ZUL KULIM

Posted: 16 Oct 2011 05:03 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Prof Dr Abdul Aziz Bari mengeluarkan pendapat beliau tentang kuasa raja-raja, maka melalak-melolong lah puak-puak yang pernah menghilangkan kuasa raja ini menghentam Pakar Perlembagaan ini.

Golongan yang bersekongkol dengan puak yang pernah menaikkan sepanduk " Kami mahu Deris, Natang" di depan Istana Terengganu dahulu berlakon seolah-olah mereka lah yang paling taat setia kepada institusi raja. Ini bukan zaman masyarakat jahil dan bengap, jika ada pun puak-puak mereka sahaja yang masih ketinggalan zaman. Orang seperti Ezam sesumpah dan Zul Kulim dan beberapa orang pencacai itu kehabisan modal maka dikutipnya modal dari Utusan dan TV 3 suku. Betapa rendahnya moral mereka.


Jangan lupa kisah ini.....

Prof Dr Aziz Bari tetap mempertahankan kenyataannya sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, “orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku.”


Hebat mereka masa itu....kini mahu bercakap pasal raja?

Di dalam masa yang sama, Prof Dr Aziz Bari dengan tegas dan berani menyatakan kesanggupan beliau untuk berdebat dengan puak-puak itu. Masalahnya, ada sejarahkah puak-puak seperti itu berani berdebat? Zul Kulim pernah dicabar untuk berdebat oleh YB Khalid Samad dahulu di dalam isu Kalimah Allah. Zul Kulim terkedu kerana standard beliau hanya bercakap seorang diri umpama orang gila di depan TV sahaja. Kali ini, saya yakin tiada seekor pun di antara mereka itu yang berani termasuk Ezam sesumpah. Paling kuat, Ezam sesumpah akan bersumpah lagi di depan TV menyatakan beliau benar.



Apa yang penting.....cuppsss..cuppsss..meleleh air liur kat tangan...

Di sini, rakyat boleh melihat secara jelas siapa yang benar dan siapa yang bacul. Akhirnya seperti biasa puak ini akan mengadu kepada Istana, Polis dan mahkamah. Itu saja standard mereka./wfauzdin.blogspot.com

Sumber lanjut, baca di sini.



wfauzdin


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MANA PI UMPORNO? MANA PI PERKASA?

Posted: 16 Oct 2011 12:00 AM PDT


Mana Pergi UMNO? Mana Pergi PERKASA Yang Kononnya Nak Gantikan PAS Dalam Perjuangkan ISLAM Bilamana Hukum Islam Di Perlekehkan Oleh MCA? Mana Laporan Polis Beribu-Ribu Yang Dibuat Sepertimana Mereka Buat Laporan Terhadap Mohd Sabu? Kalau Berbicara Tentang Melayu Bukan Main Lagi.. Sanggup Pertahan Hingga Titisan Darah Terakhir... Bila Berbicara Tentang Islam, Masing-Masing Membisu Seribu Bahasa Dan Tak Berani Pertahankannya... Bukan Main Lagi Kata PAS Alat DAP Tapi Sebenarnya Merekalah Alat MCA....

Berikut Keratan Akhbar Kempen Sejuta Tandatangan Tolak Hudud Yang Dilancarkan & Digerakkan Oleh MCA. Bukankah Ini Sudah Mencabar Org-Org Islam Di Malaysia? Mengapa Kerajaan Pandang Sepi Isu Ini Yang Ternyata Perbuatan MCA Ini "Menghasut" Org Supaya Membenci Hukum Hudud / Islam?

Kami Boikot Buletin Utama TV3

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pelik: Isu "MyKad Warga Asing", Lain Yang Rakyat Pertikaikan Tapi Lain Pula Yang Mahu Dilakukan!

Posted: 15 Oct 2011 09:00 PM PDT

KLUANG 15 Okt - Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (foto) berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak. "MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru. Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad tersebut.

[Aneh, lain yang dipertikaikan oleh rakyat lain pula yang dilakukan oleh KDN dan JPN. Nampak benar mereka cuba mengaburi mata rakyat dalam hal pemberian MyKad kepada warga asing yang dipertikaikan sekarang ini. Isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanan hanya itu lama yang memang pun wajar diperbetulkan. Namun, isu besar sekarang ialah tentang penipuan "anugerah warganegara" kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang sebenarnya. Apa guna mempunyai MyKad yang canggih dan terbaik di dunia, jika warga asing begitu muda memperolehinya demi kuasa yang ingin dipertahan oleh kerajaan BN yang memerintah pada hari ini].




pahangdaily

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: KOREK

Posted: 15 Oct 2011 06:00 PM PDT



Ali: Pak, betul ke make love tu best?

Bapak: Haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!

Ali: Tapi betul ke orang perempuan lagi rasa best?

Bapak: Kalau kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?

Ali: Tapi kenapa orang perempuan tak suka diperkosa?

Bapak: Kalau kamu jalan2, tetiba ada org nak korek hidung kamu.kamu suka tak??

Ali: Betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan?

Bapak: Kalau hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?!

Ali: wahh.. bapak ni..



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

DIALOG RAKYAT

Posted: 16 Oct 2011 03:33 PM PDT

DIALOG RAKYAT


Kawan baik Rosmah dapat untung besar di sebalik Bajet 2012

Posted: 16 Oct 2011 06:07 AM PDT

WarkahDaily


'Engkau dapat seringgit, aku dapat dua ringgit, engkau dapat lagi seringgit, aku pun dapat tiga ringgit'.

Konon Bajet 2012 yang dibentangkan Najib baru-baru ini adalah bajet 'Belanjawan Transformasi untuk Semua Rakyat Malaysia', tapi yang kaut untung di sebalik bajet adalah kroni-kroni sekeliling pinggang.

Memanglah tak dinafikan ada sebilangan rakyat Malaysia dapat merasa RM500 dan kakitangan awam dapat merasa bonus dan kenaikan gaji tapi manfaat besar hasil perbentangan bajet Najib tempoh hari adalah menjadi milik jutawan Low Taek Jho (dikenali Jho Low) iaitu rakan baik isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebelum ini PKR mendakwa, Jho Low telah dianugerahkan Datuk Seri Najib Razak projek pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi dengan perjanjian bernilai kira-kira RM500 juta.

Pengumuman pembangunan semula pangkalan udara berkenaan oleh Najib yang dilihat tergesa-gesa menswastakan aset negara itu untuk mendapatkan keuntungan segera.

Menurut Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, projek berkenaan kini menjadi keutamaan Najib dalam Bajet 2012 dan turut dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10).

'Engkau rakyat, aku bagi RM500, kat Jho Low, aku bagi RM500 juta'. Hamprak!

Dipetik dari Keadilandaily, Salahuddin berkata, Bajet 2012 lebih mementingkan projek-projek yang bersifat 'projek Taek Jho Low' dari menyelesaikan masalah dan penderitaan rakyat seperti projek tebatan banjir di negeri Kelantan, Kedah dan Sabah.

"Ini belanjawan rakyat atau belanjawan Taek Jho Low?," soal beliau seperti dilapor Harakahdaily.

Sebelum ini menjadi pengetahuan umum Rosmah Mansor mempunyai hubungan rapat dengan jutawan muda tersebut.

Malah Jho Low baru-baru ini mengakui beliau adalah kawan baik kepada Rosmah dan turut dilapor memiliki sebuah penthouse di New York yang secara kebetulan dikatakan hanya 10 minit dari syarikat pengeluar berlian, Jacob & Co.

Rosmah sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian bernilai RM24 juta dari Jacob & Co.

Nama Jho Lho sebelum ini turut dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1MDB.

Pada Jun 2010, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB.

Menurut Salahuddin, sehingga kini, rakyat masih menanti jawapan apa perlunya 1MDB melabur sebanyak RM3.5 bilion dalam Petrosaudi International Limited yang kemudian melabur lebih RM1.5 bilion dalam UBG Berhad.

UBG Bhd ialah syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di mana Jho Low merupakan salah seorang ahli lembaga pengarahnya.

Kerajaan, katanya, sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keraguan-keraguan tersebut sebelum meneruskan tindakan memajukan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dipertikaikan itu.

Bajet BN 2012: Dana untuk Bumiputera atau pemimpin UMNO?

Posted: 16 Oct 2011 06:03 AM PDT

Oleh Adil Mat Selamat


Sebagai sebuah kerajaan yang mana parti tonggaknya berideologikan satu kaum, persoalan sering timbul tentang bagaimana ia mahu mengendalikan dana rakyat pelbagai kaum yang tersimpan di kantong negara untuk dipunggah dan diagihkan secara adil kepada semua.

Dalam Bajet BN yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan baru-baru ini yang berhasrat 'memacu pembangunan masyarakat Bumiputera', Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah diberi mandat untuk melaksanakan agenda dan menyalurkan bantuan dana kepada rakyat khususnya peniaga-peniaga kecil Bumiputera.

Najib telah mengumumkan sebuah lagi skim dana iaitu Dana Mudahcara Bumiputera, enak sungguh nama ini bila didengar, dengan bantuan berjumlah RM300 juta.

Dalam pada itu juga, KKLW akan membimbing 1,100 buah syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk dibangun atau dimajukan. Sudah pasti kos untuk 'membimbing' syarikat-syarikat kecil ini juga akan menelan kos.

Bagus jika kerajaan mahu membantu dan membangunkan ekonomi kaum Bumiputera yang patut mendapat bantuan.

Tetapi pada dasarnya, beberapa persoalan telah timbul:

* Adakah jaminan pihak kerajaan khususnya KKLW bahawa proses permohonan dan karenah birokrasi dapat diatasi atau paling tidak dikurangkan?

* Adakah ada jaminan bahawa dana ini kelak akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan?

Antara niat dan karenah birokrasi

Di bawah KKLW sudah sedia wujud beberapa badan yang sudah sarat dengan pelbagai program di setiap satu bahagian dan bermacam-macam karenah birokrasi baik dari aspek proses permohonan, pengesahan, perbincangan dan lain-lain.

Bagi kita rakyat yang tidak mudah lupa, suatu ketika dulu dan ia sudah pun menjadi rahsia umum, di mana skandal Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah RISDA hingga hari ini tiada apa-apa tindakan yang telah diambil.

Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2000 mengesahkan secara jelas kira-kira RM40 juta peruntukan projek telah diselewengkan. Hanya rakyat yang lebih arif, siapa penghisap darah rakyat dalam kes ini.

Lihatlah, bagaimana UMNO-BN yang sepatutnya menolong rakyat miskin sedangkan pada masa yang sama hak rakyat termiskin ini turut dibahamnya. Inilah yang dikatakan Drakula, lebih menyedihkan, mangsanya adalah Bumiputera miskin sendiri.

Dan ada lagi yang amat-amat menyedihkan, rakyat miskin yang telah hidup-hidup dibohong oleh UMNO ini masih terus menyokong UMNO setelah digula-gulakan dengan kain batik dan kain pelikat semasa kempen pilihan raya, dan sekarang ini kena ditambah sedikit wang tunai.

Begitu sekali UMNO menjual anak bangsanya.

Oleh yang demikian, berdasarkan sejarah dan sistem dalam kementerian yang masih lagi sama seperti dahulu, apakah jaminan kerajaan bahawa semua dana-dana ini akan diurus dengan betul dan telus?

Tawaran sebenar untuk rakyat

Dalam hal ini, Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat tidak culas dalam memahami dan membantu golongan luar bandar dan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana renedah.

Antara lain Pakatan menawarkan:

  1. Pembangunan serantau dan luar bandar akan digalakkan melalui desentralisasi pentadbiran.
  2. Monopoli import beras yang dipegang BERNAS akan dihapuskan. Lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif dan terbuka. Subsidi akan diberi terus kepada para petani melalui institusi-institusi pertanian.

'Disentralisasi' ini jelas memberi makna 'kuasa atau monopoli' kroni kerajaan dalam melaksana dan mengurus pembangunan luar bandar akan dikurangkan, jika tidak dihapuskan sama sekali.

Dengan maksud lain, kerajaan PR apabila memerintah kelak, akan memberi kebebasan dan dorongan kepada pengusaha di luar bandar untuk merencana dan mencorak sendiri aktiviti ekonomi dan pembangunan mengikut kehendak dan keperluan mereka sendiri.

Bukankah ini demokrasi namanya?

Bukankah rakyat tidak mahu dikongkong malah mahu berdikari demi menentukan apa yang mereka mahukan di dalam kawasan mereka sendiri?

'Hak rakyat' adalah asas pertama dalam perjuangan Pakatan Rakyat di mana ia adalah penentu sebelum dana atau wang disalurkan.

Kuasa monopoli BERNAS juga akan turut dihapuskan. Ini bertujuan memberi dan mewujudkan persaingan pengusaha/usahawan yang sihat. Dengan dasar ini, maka kualiti dan produktiviti akan lebih mudah meningkat.

Bukankah ini dasar mewujudkan satu sistem yang telus?

UMNO tidak perlu segan untuk belajar dalam hal ini. Lagi pun ia untuk kepentingan rakyat.

Misteri angka 1,100 and Tekun

Melihat kepada hasrat kerajaan untuk membimbing 1,100 buah syarikat Bumiputera ini juga mengundang kepada persoalan yang sama.

Bukankah angka 1,100 ini adakah bersamaan dengan dasar gaji minima RM1,100 yang diperkenalkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat baru-baru ini?

Tetapi janganlah kita berburuk sangka sangat dengan UMNO, barangkali ia kebetulan. Dalam hal ini, kita amat bersyukur kerana masih belum lupa dengan isu Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).

Foto Ehsan - malaysiawaves.com

Isu Tekun hingga hari ini kebanyakan rakyat merasa amat tertipu dengan kerajaan UMNO-BN. Sudah acap kali kita dengar rungutan usahawan Bumiputera yang memohon dana Tekun dan tuduhan yang biasa didengar ialah "lebih baik wang dana dari kantong kerajaan itu terus sahaja disalurkan berdasarkan keahlian UMNO".

Lebih parah untuk imej UMNO ialah apabila ada usahawan Melayu yang dengan nada marah mengatakan: "Gunakan sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membantu UMNO mengagihkan dana itu. Jika rakyat yang lain dan pembangkang bantah, UMNO boleh pinda dan buat undang-undang baru demi menghalalkannya, bukankah ia lebih mudah?"

Inilah signifikannya analogi di atas. Kunci kepada duit dalam peti simpanan kerajaan sekarang dipegang oleh UMNO. Daripada niat asal penubuhan UMNO untuk membantu Melayu, kini ia hanya untuk mengkayakan pemimpin UMNO dan kroni-kroni mereka.

Kepada yang masih samar-samar, ini adalah satu lagi 'kehebatan' Bajet BN 2012 yang kononnya adil untuk semua. – Roketkini.com

Belanjawan 2012 sahkan BN laksana GST selepas PRU

Posted: 16 Oct 2011 06:02 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2012 berjumlah RM232 bilion pada ketika pendapatan negara tidak dapat menampung keupayaan berhutang kerajaan, mengesahkan niat Datuk Seri Najib Razak melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Perdana Menteri berniat mengaburi mata rakyat dengan menawarkan gula-gula belanjawan bermula Januari 2012, tetapi akan dicukai kembali melalui GST selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).


Justeru itu katanya, Biro Politik KEADILAN memutuskan untuk bersama Pakatan Rakyat membawa isu GST sebagai isu utama PRU, bagi memastikan rakyat memahami bahawa "undi kepada BN bermakna undi melaksanakan GST".

Menurut Rafizi, berdasarkan realiti ekonomi global, sasaran pertumbuhan 5 peratus hingga 6 peratus yang digunapakai kerajaan adalah sukar untuk dicapai.

"Ini akan memberi kesan kepada jumlah pendapatan negara bagi tahun 2012 akibat kutipan cukai dan hasil lain yang berkurangan berikutan pertumbuhan ekonomi 2012 yang lebih perlahan.

"Barisan Nasional perlu meminjam sekurang-kurangnya RM46 bilion untuk membiayai defisit Belanjawan 2012; itu pun jika ekonomi tumbuh pada kadar 5% – 6% bagi tahun 2012," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Pada masa yang sama, katanya, keupayaan kerajaan mengeluarkan terbitan bon dan instrumen hutang baru dalam tahun 2012 pula adalah terbatas.

Ia disebabkan had keberhutangan negara (debt ceiling) yang dihadkan kepada 55 peratus daripada KDNK di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983.

"Hutang negara sudah pun mencecah 53% dari KDNK berdasarkan angka rasmi Bank Negara Malaysia setakat Jun 2011, maka sebarang hutang baru sudah tentu bertentangan dengan undang-undang negara.

"Saya berpendapat Perdana Menteri dan pentadbiran Barisan Nasional cukup arif dengan segala angka ekonomi dan had keberhutangan kerajaan di bawah kedua-dua akta tersebut.

"Saya juga yakin Perdana Menteri telah dinasihatkan bahawa ramalan pertumbuhan 5% – 6% yang digunapakai di dalam Belanjawan 2012 adalah tidak realistik. Ini membawa kepada satu rumusan semata-mata," ujarnya.

Kata Rafizi, angka unjuran ekonomi terkini juga menunjukkan bahawa ramalan pertumbuhan ekonomi yang digunakan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2012 adalah tidak realistik.

"Terbaru adalah unjuran yang dibuat Malaysian Institute of Economics Research (MIER) yang menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 kepada 4.6%," katanya.

Dr Idris Ahmad dilantik Pengerusi J/kuasa Bertindak Pembangunan Kg Baru

Posted: 16 Oct 2011 05:59 AM PDT

KEADILAN DAILY

S


HAH ALAM: Wakil Kerajaan Negeri Selangor dalam Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Idris Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kampung baru (JKBPKB).

Menurut kenyataan media yang dikeluar Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar, jawatankuasa berkenaan telah mengadakan mesyuarat pertamanya, semalam.

"JKBPKB ini ditubuhkan oleh Pejabat Menteri Besar selepas menerima maklum balas berterusan dari pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang mahu kepentingan dan kesejahteraan mereka diutamakan dalam apa jua pembangunan yang dirancangkan," kata kenyataan itu.

JKBPKB dianggotai wakil Pejabat Dato' Menteri Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), yayasan Selangor (YS), Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), wakil pemilik dan pewaris tanah serta ahli-ahli profesional termasuk peguam serta jurutera.

"Jawatankuasa ini akan berperanan sebagai badan yang meneliti isu-isu berkaitan Kampung Baru termasuk perundangan, perancangan dan pelaksanaan pembangunan serta mengadakan sesi penerangan," jelasnya.

Selain itu, ia juga akan mengemukakan cadangan kepada pemilik dan pewaris tanah dan akan dijadikan sebagai pilihan untuk dipertimbang dan dipersetujui.

"JKBPKB bertanggungjawab memastikan kepentingan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru sentiasa dipelihara dan dilindungi," ujarnya.

Sehubungan itu, pertemuan dengan berbagai pihak akan dibuat bagi mendapatkan pandangan agar cadangan pembangunan yang terbaik diterbitkan dengan mengambil kira semua faktor.

Tuduh media KEADILAN: Ketua Wanita MCA diminta tarik balik kenyataan

Posted: 16 Oct 2011 05:52 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Biro Penerangan KEADILAN meminta Ketua Wanita MCA Pulau Pinang menarik balik kenyataannya berhubung tuduhan terhadap media rasmi KEADILAN, atau berdepan tindakan undang-undang.

Malaysiakini semalam melaporkan Tan Cheng Liang mendakwa laman web yang dikendalikan organ media PKR, Suara Keadilan memaparkan gambar-gambar wanita dalam keadaan bogel dan mengghairahkan.

Beliau mendakwa laman web tersebut turut melabelkan dirinya sebagai 'pelacur Chulia Street'.

Timbalan Ketua Penerangan, Sim Tze Zin berkata, tuduhan Tan Cheng Liang itu tidak berasas dan menegaskan organ media KEADILAN tidak mempunyai kaitan langsung dengan laman web yang dimaksudkan.

"Mereka (Cheng Liang) tidak harus menuduh sesiapa tanpa bukti-bukti yang sah kerana siapa saja boleh membuka laman web dengan menggunakan nama Suara Keadilan,"

"Tuduhan ini tidak berasas dan kita boleh mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan mereka," katanya.

ADUN Pantai Jerejak itu juga kesal kerana Cheng Liang tidak menyelidiki terlebih dahulu sebelum membuat sebarang dakwaan.

"KEADILAN adalah parti politik yang bertanggungjawab dan tidak akan buat perkara yang mangaibkan dan menjijikkan ini," katanya.

Tan, bekas Adun Jawi membuat laporan polis di Nibong Tebal semalam, selepas dimaklumkan mengenai laman web yang katanya telah mencemarkan nama dan maruahnya itu.

Tan berkata beliau membuat laporan itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang anggota MCA Bukit Bendera yang dimintanya melayari www.suarakeadilan.wordpress.com.

Bagaimanapun laman web berkenaan tidak mempunyai kaitan atau dikendalikan oleh media rasmi KEADILAN, Suara Keadilan sepertimana yang didakwa.

40 ribu nama diragui, apa jadi dengan sistem JPN?

Posted: 16 Oct 2011 05:51 AM PDT

Oleh: Nabihah Hamid

KUALA LUMPUR: Pengakuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wujudnya 40,000 pemilih 'diragui' menimbulkan persoalan terhadap sistem Jabatan Pendaftaran Negara yang dikenali sebagai Agency Link-Up System (ALIS).

ALIS merupakan sistem yang menghubungkan pengkalan data SPR dengan pengkalan data di JPN yang digunakan bagi mengenalpasti samada individu yang mendaftar sebagai pemilih adalah sah sebagai warganegara.

"Sebelum ini SPR begitu berbangga kerana mempunyai sistem yang dihubungkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikenali sebagai ALIS (Agency Link-Up System).

"Sudah pastilah JPN mempunyai pengkalan data yang paling canggih dalam negara," Kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat.

Ketua Pemuda PAS Johor itu turut mempersoal apakah JPN tidak memiliki identiti semua warga negara Malaysia sehingga perlu dipaparkan kesemua 40 ribu pemilih yang meragukan kepada media.

Menurutnya dengan sistem ALIS, SPR dan JPN sudah mampu membezakan antara pengundi asli dan pengundi palsu.

"Mengapa baru sekarang SPR menyedari pemilih yang meragukan. Apakah sebelum ini SPR tidak menyedarinya?

"Kalau tidak menyedarinya bagaimana status pilihan raya ke-12 yang penuh dengan daftar pemilih yang tercemar," soalnya lagi.

Lebih menjadi persoalan katanya, adakah SPR sudah tidak yakin dengan JPN kerana kelemahan sistem pengkalan datanya sehingga terpaksa dipamer kepada umum.

"Sedangkan sebelum ini kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR bahawa terdapat 50 ribu pemilih yang sedang disiasat. Saya tidak tidak pasti bagaimana 10 ribu pemilih hilang secara tiba-tiba," ujarnya.

Namun, Suhaizan mengucap syabas kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof kerana akhirnya akur bahawa daftar pemilih SPR perlu dibersihkan dengan pendedahan tersebut.

AMK jelajah Malaysia pertahan Anwar, bongkar Scorpene

Posted: 16 Oct 2011 05:25 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) akan menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Dalam siri jelajah yang dinamakan 'Jelajah Untuk Muafakat & Penyebaran Maklumat' atau 'Jumpa Rakyat' itu, AMK akan membongkar pelbagai isu semasa termasuk perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan skandal Scorpene.

Perbicaraan Fitnah II menyaksikan terbaru, pakar tulang belakang Jerman, Dr Thomas Hoogland, dan bekas teman sekampus Mohd Saiful Bukhari-pengadu dalam kes itu- memberi keterangan di mahkamah.

Selain isu itu, AMK juga dijangka mendedahkan rasuahScorpene, membabitkan pemberian komisen berjumlah lebih RM500 juta yang kini sedang difailkan di Mahkamah Tinggi Perancis.

Manakala belanjawan yang dikemukakan Pakatan Rakyat serta agenda yang terkandung dalam Buku Jingga, juga akan dikupas dalam siri jelajahnya ke seluruh negara.

"AMK akan memastikan maklumat dan penerangan disampaikan kepada setiap anggota seperti perkembangan kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar dan kelebihan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang diciplak oleh Belanjawan kerajaan Barisan Nasional.

"Begitu juga isu skandal rasuah kapal selam Scorpene dan manifesto Buku Jingga perlu diperjelaskan kepada rakyat," kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip.

Menurut Rozan, program Jumpa Rakyat yang dikendalikan Biro Penerangan AMK itu akan menumpukan fokus kepada lebih 90 kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang bakal ditandingi KEADILAN bermula November ini.

Justeru satu rangka lanjutan tersusun bagi meneruskan kerja tersebut melalui siri program telah pun bermula di Sik dan Padang Besar di Kedah pada Jumaat, 14 Oktober lalu.

Maklumat program 'Jumpa Rakyat' dan perkembangan terkini Angkatan Muda KEADILAN boleh diperolehi dengan melayari laman web www.angkatanmuda.net

PRU-13: BN selaras pembahagian kerusi, kata Najib

Posted: 16 Oct 2011 05:22 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR— Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan memulakan proses pelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya yang kini digunapakai bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata pelarasan tersebut perlu untuk menyesuaikan dengan keadaan setempat sama ada telah berlaku perubahan politik dinamik.

"Formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008. PRU ini kita kena tengok sama ada berlaku perubahan politik dinamik yang menyebabkan kita perlu pelarasan.

"Kita akan runding dengan pemimpin-pemimpin parti BN untuk mencari formula terbaik pembahagian kerusi," katanya (gambar) dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan Ke-40 di sini, hari ini.

Dipetik Bernama Online, katanya semua pemimpin parti-parti komponen BN pada asas dan semangatnya bersetuju untuk bertolak ansur dan beliau akan berunding dengan pemimpin-pemimpin parti komponen itu bagi mencari formula baru terbaik itu.

Nik Aziz: Akta khusus cegah murtad sudah lama wujud jika Umno ‘tak ego’

Posted: 16 Oct 2011 05:19 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR ─ Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin negara sudah lama telah menggubal undang-undang khusus mencegah murtad jika tidak terhalang hanya disebabkan oleh sikap ego Umno yang melampau.

Menurut Mursyidul Am PAS, jika 'tiada halangan' dalam bentuk itu daripada Umno, undang-undang seumpama sudah pasti telah diterima pakai kira-kira dua dekad yang lalu.

Pendirian itu diketengahkan ketika pelbagai pihak mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang diutarakan minggu lalu, agar negara menggubal Akta Murtad bagi mengawal isu berkaitan.

"Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad.

"Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad," kata beliau (gambar) dalam pandangan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Idea berkenaan undang-undang murtad ini muncul ketika Nik Aziz mengulangi hasrat kerajaan negeri Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hukum hudud.

Kerajaan negeri menggubal enakmen berkaitan pada 1993, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan ekoran sekatan kerajaan pusat atas faktor peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri.

"Apa pun hukuman harus diputuskan bersama-sama... kalau tidak akan timbul masalah. Yang saya tahu di setengah-setengah negeri, sudah ada enakmen untuk melarang orang yang bukan Islam menyebarkan agama mereka," katanya.

Katanya, sekiranya kesepakatan dicapai, penelitian juga harus dibuat supaya akta yang ingin diwujudkan itu tidak bercanggah dengan bidang kuasa kerajaan persekutuan sebelum ia diteliti oleh Peguam Negara.

Akta Murtad dicadangkan Harussaini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Gerakan: Saya sanggup korban demi parti, butiran kena tunggu

Posted: 16 Oct 2011 05:03 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR— Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata beliau bersedia untuk melakukan pengorbanan demi parti ekoran — dipercayai berkait rapat dengan desakan agar tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Koh Tsu Koon menjawab soalan wartawan pada sidang media. — Foto oleh Choo Choy May
Bagaimanapun beliau enggan memberi butiran mengenai pengorbanan yang dimaksudkan.

"Saya tidak akan beritahu anda apa yang hendak saya lakukan . . . tetapi saya memberi anda jaminan, saya bersedia untuk mengorbankan diri saya demi parti," katanya hari ini.

"Apa caranya dan bagaimana (ia akan dilakukan), saya akan memberitahu anda, kerana ini kepimpinan kolektif," kata beliau ketika berucap menutup Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan hari ini.

Bagaimanapun Koh ketika ditemui enggan menjelaskan sama ada keputusan itu termasuk opsyen meletakkan jawatan sebagai Presiden Gerakan.

"Saya tidak akan menjawab apa-apa. (Ini) kenyataan saya untuk hari ini," kata beliau.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang ini berkata, terdapat beberapa opsyen mengenai maksud pengorbanan.

Kata Koh, beliau akan akan mengambil satu keputusan hanya selepas membuat penilaian akhir mengenai apa yang terbaik bagi parti dan rakyat.

"Saya adalah orang yang bertanggungjawab, Saya tidak membuat keputusan berdasarkan emosi, juga saya tidak membuat keputusan berdasarkan teori dan sebab. Ia memerlukan gabungan sebab dan sentimen, katanya.

"Saya berkata saya sanggup mengorbankan diri saya untuk parti. Saya akan beritahu anda mengenai pengumumannya," tambah beliau.

Koh berkata beliau akan mendapat pandangan kepimpinan pusat parti dalam membuat keputusan itu.

Katanya, beliau telah mula mempertimbangkan tentang opsyen itu sejak kebelakangan ini dan tiada kaitan dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika membuka persidangan Gerakan pagi tadi, ataupun ekoran gesaan Ketua Wanita parti Datuk Tan Lian Hoe yang menggesanya agar tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Koh berhadapan dengan kritikan ahli-ahli Gerakan dan pemimpin yang mendakwa kepimpinan beliau terlalu lemah.

MB Selangor Selami Rungutan Rakyat Di Petaling Jaya

Posted: 16 Oct 2011 03:47 AM PDT

TVS NEWS




PETALING JAYA : Penduduk disekitar Daerah Petaling Jaya hari ini berpeluang untuk berdialog dan mengemukakan permasalahan mereka secara terus kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang turun padang bagi menyelami permasalahan rakyat dan seterusnya mencari jalan penyelesaian.

Antara masalah yang dikemukakan oleh penduduk ialah permasalahan berkenaan pajakan tanah,infrastruktur dan kemudahan awam yang turut disertai oleh Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkepli Ahmad selaku Moderator dalam Sessi Dialog di Program Khas Mesra Rakyat (PMKR) dan Pelancaran Logo 'Selangorku' di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Paling mencuri tumpuan adalah permasalahan yang dihadapi oleh penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara yang menghadapi pelbagai masalah terutama berkaitan kemudahan lif dan masalah bekalan air yang tidak memuaskan.

Abdul Khalid menyatakan masalah ini sudah lama dan perkara ini perlu diselesaikan dengan teratur dan segera dan meminta pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya.

Katanya, terdapat beberapa kelemahan di dalam pembinaan terdahulu yang menyebabkan masalah timbul sehingga merunsingkan pihak penduduk.

"Dahulunya PPR adalah transit dan bersifat kediaman sementara sebelum mereka mampu membeli rumah yang lebih baik. Tetapi kini sudah menjadi kediaman tetap.

"Dahulunya peralatan yang digunakan untuk membina bersifat sementara misalnya lif boleh dipakai untuk lima tahun, tapi sekarang sudah lima belas tahun. Maka lif tersebut perlu diubahsuai supaya dapat digunakan lebih lama. Begitu juga dengan paip air dan peralatan lain," katanya.

Beliau menambah, dari segi peruntukkan yang bakal dikeluarkan untuk baik pulih, perkara ini akan diteliti dan disemak sebelum ditentukan memandangkan banyak perkara yang perlu dilihat agar masalah sebegini tidak berulang.

Ujar beliau lagi, masalah ini perlu dibincangkan dengan semua pihak untuk mencari jalan penyelesaian sebelum turun bertemu sendiri dengan penduduk di sana.

Sementara itu, masalah kekesakan lalu lintas di Bulatan Templer juga turut dibangkitkan.
Chia, wakil penduduk Old Town Petaling Jaya meminta pihak kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini dengan kadar segera.

Bagi menjawab persoalan itu, Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkepli Ahmad memaklumkan, pihaknya akan memanggil perunding dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara ini.
Beliau menambah, perkara ini akan diuruskan pada tahun hadapan.

Kerajaan Negeri Ambil Alih Hutang Unisel

Posted: 16 Oct 2011 03:44 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor telah mengambil alih bond Universiti Selangor (Unisel) berjumlah RM235 juta agar ia dapat memberi tumpuan dan dana kepada meningkatkan tarafnya sebagai insitusi pengajian tinggi di negara ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata bond atau hutang yang ditanggung Unisel selama 12 tahun operasinya sudah hampir dua kali ganda hutang asal.

Hutang asal RM150 juta, yang diambil dari bank untuk tujuan pembinaan Unisel, kini berjumlah RM235 juta, selepas dicampur faedah, kata Halimah.

Beban hutang ini telah menyekat usaha Unisel untuk mengembangkan operasi pendidikan dan pembangunnya, Halimah berkata.

"Kerajaan mengambil ketetapan untuk tidak membebankan Unisel. Unisel kerjanya melantik dan mendidik pelajar supaya mereka boleh maju dan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dengan lebih cergas."

Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis konvokesyen ke-6 Unisel.

Halimah berkata dalam usaha meningkatkan taraf program pendidikannya, Unisel telah menandatangi beberapa perjanjian dengan universiti-universiti tersohor dunia.

"Unisel mendatangai MOU dengan universiti berprestij di dunia seperti Manchaster Universiti, Imperial College dan Cambridge University."

Majlis Konvokesyen ini dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Seramai kira-kira 4,000 graduan menamatkan pengajian dengan daripada jumlah berkenaan,10 graduan (dua dari Sumatera, Indonesia) akan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Phd), 81 orang menerima Ijazah Sarjana, 1,759 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda, manakala 2,021 menerima diploma dan 152 lagi penerima Sijil Program Asas.

Istiadat konvokesyen kali ini juga menganugerahkan tiga anugerah istimewa kepada tiga orang pelajar cemerlang iaitu Nor Izzati Muhammad,22, Muhammad Asraf Mat Nor,25, dan Veera Shamaraj Balacandran,24, yang paling cemerlang sepanjang pengajian mereka di Unisel.

Setelah 50 tahun Menanti, Penduduk Lega Status Pajakan Tanah Diperbaharui

Posted: 16 Oct 2011 03:42 AM PDT

Oleh Afix Redzuan


PETALING JAYA : Setelah menunggu hampir 10 hingga 50 tahun berkenaan status tanah dan rumah pusaka yang diduduki, akhirnya penduduk di sekitar Petaling Jaya(PJ) dan Puchong menarik nafas lega di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ini kerana sempena Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) di Daerah Petaling di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ), Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kira-kira 70 penduduk menerima surat pembaharuan tempoh pajakan kepada 99 tahun daripada kerajaan Selangor.

Sebelum ini, penduduk di PJ dan Puchong telah berkali-kali memohon kepada kerajaan negeri Barisan Nasional terdahulu malah ada yang berjumpa dengan Sultan bagi memperbaharui pajakan rumah mereka.

"Kerajaan terdahulu tidak mendengar masalah kami. Sekarang sangat cepat meluluskan permohonan kami dengan skim yang mudah hanya membayar RM 1,000."

Keluarge Fun See Chu @ Phoon Toh Pong yang berasal dari Petaling Jaya telah memohon berkali-kali selama 50 tahun kepada kerajaan dulu untuk memperbahrui pajakan rumah mereka.

Seorang lagi penduduk, Maszelan Mohamed, 52, dari Seksyen 3, di sini berkata pembaharuan pajakan menunjukan keprihatinan pentadbiran sekarang terhadap masalah rakyat.

Dakwanya mereka secara berkumpulan pernah hantar wakil untuk berjumpa dengan Sultan bagi meluluskan permohonan untuk memperbaharui pajakan.

"Alhamdulillah syukur. Sudah lama saya menunggu permohonan ini diluluskan. Saya sudah menunggu hampir 10 tahun sehingga ada wakil mengadap Sultan Selangor, namun tidak diendahkan," katanya.

Sementara itu Yu So Phin, 41, dari Blok 3, Puchong memuji proses permohonan baru yang diperkenalkan.
"Ini pertama kali saya memohon dan nampaknya mereka bertindak cepat. Tidak sampai dua bulan permohonan diluluskan. Kami mendapat maklumat daripada akhbar. Tindakan pantas ini ternyata memudahkan rakyat," katanya.

Manakala seorang lagi penghuni Blok 3, Puchong Yu Am Ping, 69, berkata masyarakat harus memberi peluang kepada pentadbiran sekarang untuk membuktikan kebolehan mereka.

"Setakat ini saya berpuas hati dengan sistem pentadbiran kerajaan baru. Cuma mereka memerlukan masa untuk mempertingkatkan lagi pentadbiran mereka," katanya.

Status pajakan kediaman di Petaling Jaya, terutamanya rumah-rumah yang berusia 30 tahun ke-atas, merupakan isu lama yang tidak diselesaikan pentadbiran kerajaan dahulu.

Pada majlis yang sama Menteri Besar turut melancarkan logo Selangorku peringkat Daerah Petaling.

Turut diadakan majlis dialog bersama Menteri Besar dan barisan kepimpinan kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Datuk Pegawai Daerah Petaling.

Daerah Petaling terdiri daripada tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Program CERIA Meringankan Beban Penduduk Pangsapuri

Posted: 16 Oct 2011 03:37 AM PDT

Oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM : Selama tujuh tahun penduduk Pangsapuri Mentari, Seksyen U5, di sini terpaksa bersabar dengan pelbagai masalah seperti lif rosak, saluran air dan paip najis.

Kini, masalah mereka diselesaikan menerusi Program Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) yang antaranya menawarkan peruntukan bagi membaikpulih kawasan kediaman mereka.

Menerusi program CERIA yang dilancarkan disini hari ini, sebanyak RM42 ribu dibelanjakan membaikpulih dua lif di pangsapuri tersebut.

"Penduduk Pangsapuri rasa bertuah dengan pentadbiran kerajaan negeri sekarang yang berkebajikan dan prihatin, tambah pula kami dari pangsapuri kos rendah kalau mahu membaik pulih sendiri tanpa bantuan kerajaan negeri, ntah sampai bila lif yang rosak itu boleh dibaiki, dengan bantuan kerajaan menerusi projek CERIA ini bukan sahaja membantu malah mempercepatkan proses," kata seorang penghuniLatifah Mat Nanyan.

Manakala Suhaimi Umar pula berpendapat apa yang berlaku hari ini adalah sebagai permulaan kepada suatu kehidupan yang baru kepada mereka.

Beliau juga berharap semua kerja-kerja penambahbaikan itu dilaksanakan secara menyeluruh.

"Bagi saya Projek CERIA ini suatu yang bagus, exco turun padang lihat kesusahan rakyat, prihatin dengan apa yang berlaku kepada kami, ini adalah permulaan dan kami akan menunggu pelaksaannya."

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad berkata pelaksanaan Projek CERIA bukan sahaja mahu melahirkan komuniti yang harmoni dan kondusif, malah ia berhasrat untuk memperkasa komuniti di negeri ini.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Program Skim Ceria di Pangsapuri Mentari, Seksyen U5, di sini hari ini

Hadir sama, Adun Kota Damansara, Nasir Hashim, Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Noraida Mohd Yusuf, Penolong Pengarah Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS) dan Mohd Hafiz Hassan.

Mengulas lanjut, Iskandar yang juga ADUN Chempaka menjelaskan keseluruhan kos untuk Fasa Pertama ini menelan belanja sejumlah RM 2.3juta manakala bagi Fasa Kedua, 48 kawasan pembangunan pangsapuri Kos Rendah telah disenaraikan untuk dibaikpulih dengan peruntukan sebanyak RM 9.7juta.

"Kita bukannya beri ikan, sebaliknya kita beri joran, jadi kita jangan melihat program ini hanya semata-mata untuk membaik pulih lif, saluran najis dan sebagainya, tetapi sedarlah matlamat yang paling penting ialah memperkasakan rakyat agar mampu hidup bekerjasama."

Pelaksanaan Fasa Pertama dengan nibah perkongsian 80 peratus ditanggung Kerajaan Negeri dan 20 peratus penduduk bagaimanapun berjaya menyenaraikan 18 pangsapuri.

Daripada jumlah itu, 11 daripadanya sedang dilaksanakan.

Sementara dua pangsapuri iaitu Pangsapuri Tembikai dan Pulasan dan Pangsapuri Mentari bagaimanapun telah siap dibaikpulih.

Manakala, lima pembangunan lagi akan dimulakan dalam masa terdekat setelah mendapat persetujuan penduduk.

Dalam perkembangan yang sama, LPHS selaku urusetia dan PKNS sebagai pengurus projek akan menetapkan kos baik pulih bagi setiap pangsapuri sebelum 4 november hadapan.

Jangan lupa ‘road show’ Umno perkecil Raja-Raja

Posted: 16 Oct 2011 03:33 AM PDT

Fakhri Ali


SUNGEI PETANI: Tidak mustahil Umno Barisan Nasional (BN) mencari jalan muslihat dan penipuan bagi memastikan kuasa yang ada tidak hilang.

Ini termasuklah penipuan dalam undi pos, sepertimana yang dibangkitkan acap kali.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau di Kampung Berapit, Tikam Batu, Sungei Petani, malam tadi.

Menurut beliau lagi, BN menyedari undi popular yang berjaya diraih mereka di Semenanjung hanyalah sebanyak 46 peratus jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat (PR) yang mendapat sokongan sebanyak 52 peratus.

"Berdasarkan kepada kenyataan ini, BN terpaksa melakukan apa jua tindakan bagi memastikan kemenangan mereka berulang. Isu rasis dan agama akan menjadi topik penting untuk dipermainkan bagi meraih sokongan.

"Kita jangan lupa pada fakta dan sejarah 1993, di mana Umno membuat 'road show' dengan memperkecilkan kedudukan Raja-Raja. Begitu juga dengan fakta sejarah yang menyatakan Dr Burhanuddin Al Helmy adalah pejuang.

"Mat Indera yang mereka nafikan perjuangan beliau juga adalah antara fakta sejarah yang harus menjadi sandaran dan pemerhatian rakyat. Sejarah tidak harus dilupakan bagi membuktikan kebenaran, " ujarnya lagi.

Dalam majlis tersebut juga, beliau turut menyampaikan sumbangan skim kafalah sebanyak RM500 setiap waris keluarga warga emas yang meninggal dunia di negeri Kedah.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard serta kepimpinan PAS kawasan Sungei Petani.

Puji Kelantan, laporan audit tidak dibentang?

Posted: 16 Oct 2011 03:30 AM PDT

Muhammad Yusri Amin


KOTA BHARU: Ekoran memuji pemerintahan Kelantan, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang di Dewan Rakyat sebelum pembentangan Bajet 2012.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa, selain faktor itu laporan audit itu juga tidak dibentang kerana prestasi pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri yang diperintah BN yang biasanya defisit.

"Kita amat terkejut bila mana (laporan audit) tak dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan di Parlimen, kerana selalunya diberi dahulu supaya boleh dibawa bersama dalam sebarang perbahasan.

"Ada ura-ura menyatakan bahawa salah satu sebab utama ialah kerana prestasi pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan dipuji dalam Laporan Ketua Audit Negara itu bagi tahun 2010," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau yang juga naib presiden PKR berpendapat, ahli parlimen wajib diberikan salinan buku laporan itu supaya mereka dapat menilai sendiri prestasi kerajaan negeri di bawah BN yang selalunya defisit berbanding dengan prestasi negeri ditadbir Pakatan Rakyat.

14 parlimen Kelantan perlu menang

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelnatan Datuk Husam Musa pula menyeru semua pihak khususnya penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak hilang 'fokus' dalam perjuangan menuju Putrajaya.

Katanya, 14 kerusi parlimen di Kelantan mesti dimenangi Pakatan Rakyat bagi memastikan peluang ke Putrajaya lebih cerah sekaligus dapat memastikan hak royalti Kelantan diberikan kepada kerajaan negeri.

"Dan Pakatan Rakyat mesti berjanji kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan didominasi Umno BN mesti membayar royalti kepada Kelantan.

"Kita juga menuntut supaya royalti itu dinaikkan daripada lima peratus keapda 20 peratus, ini kerana mejoriti negeri pengeluar minyak adalah miskin seperti Sawarak, Trengganu dan Kelantan," katanya.

Mengulas langkah pihak tertentu membawa mendftarkan warga asing sebagai pengundi, beliau menyeru semua pihak berdoa agar mereka mengundi Pakatan Rakyat.

"Kita nak buang dah tak boleh dah kerana BN memang dah 'masukkan, Parti Umno pun sudah ditukar kepada 'United Myanmar and Nepal Organisation'," dakwanya, berseloroh sinis.

"Berdoa kepada Allah swt agar mereka boleh mengundi Pakatan Rakyat, sekali pun yang 'mendaftar' itu adalah Umno BN," tambahnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, terbaru di Kota Bharu sendiri 65 orang pendatang dikesan didaftarkan sebagai pemilih di Pasir Pekan.

"Kita mesti ada dua strategi, strategi pertama membantah, kedua mesti kenal pasti orang itu dan kita kena kempen memberi kesedaran kepada mereka," katanya.

Demokrasi Kotor

Sementara Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad) mendakwa sistem demokrasi negara khususnya pilihan raya masih lagi kotor dan perlu dibersihkan.

Beliau merujuk isu sama, iaitu tindakan pihak tertentu yang sanggup menggadaikan maruah negara dengan mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

"Bagi saya, itu (daftar warga asing) harus dibatalkan, sebab kalau kita biarkan, kita memulakan budaya baru di mana untuk mengalahkan lawan, kita ambil siapa saja yang kita boleh mudahkan mereka untuk menjadi warganegara.

"Itu saya fikir demokrasi yang tidak bersih. Jadi harus dibersihkan itu dahulu," katanya.

Tanah: PAS terpaksa tanggung kerakusan Umno

Posted: 15 Oct 2011 10:40 PM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: PAS Kedah bersikap terbuka terhadap segala kritikan dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat, namun tidak adil apabila segala beban yang ditinggalkan Kerajaan BN terdahulu terpaksa ditanggung mereka.

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata demikian merujuk kepada kes tanah penduduk di Padang Sanai, yang diterokai sejak 70-an diceroboh oleh syarikat perladangan yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Menurutnya, pihaknya sedang berusaha membantu penduduk walaupun sebenarnya ia berpunca daripada kerakusan BN suatu masa dahulu.

Namun katanya, Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham Hashim secara tiba-tiba menuduh Kerajaan Negeri termasuk beliau tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah penduduk sehingga mengetuai sekumpulan penduduk mengadakan demonstrasi akhir September lalu.

"Apa yang cuba diperjuangkan oleh Pemuda Umno Kedah itu ibarat "dia yang kentut, tetapi tuduh orang lain kerana ingin menyembunyikan malu".

"Tidak tepat membuat tuduhan rambang tiada tindakan pihak saya. Pihak saya telah mengambil daya usaha, untuk bertemu dengan banyak pihak termasuklah pejabat tanah, kerajaan negeri serta agensi terbabit. Malah, saya berbahas di Parlimen mengenai masalah tanah ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Jumaat lalu, penduduk terbabit yang menubuhkan Gabungan Generasi Hilang Tanah (Gagah) mahu Kerajaan Negeri Kedah mengambil tanggungjawab menyelesaikan dilema mereka.

Mereka bercadang mengadakan perhimpunan aman di Wisma Darul Aman, di Alor Setar pada 30 Oktober ini bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Nasir berkata, pemimpin PAS menentang keras apabila Kerajaan Negeri yang diketuai Menteri Besar daripada Umno, Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin pada 1973 memberi kebenaran kepada Syarikat Gula Padang Terap Sdn Bhd (GPT) beroperasi dengan tanaman tebu.

Pimpinan PAS ketika itu mengingatkan penduduk kampung agar tidak terpedaya dengan janji manis kerajaan iaitu mereka akan diberikan pampasan yang besar dan projek tersebut akan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka.

Namun ada penduduk yang terpedaya dan merelakan tanah mereka diambil dan menerima pampasan.

Tanah yang didakwa dimiliki Syarikat Gula Padang Terap yang sekarang dikuasai oleh Tradewind, didapati tiada peta yang jelas dan ianya menimbulkan kekeliruan sempadan tanah sebenar.

Hal ini berlaku kerana Kerajaan negeri di bawah Umno ketika itu menyerahkan tanah tersebut kepada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Akhirnya berlaku pajakan kecil yang bermula sejak 1995 dan akan berakhir 2055.

"Sudah tentu keputusan ini dibuat oleh pemimpin Umno. Peliknya orang lain yang dituduh. Kenapa tidak dipersoalkan pengkhiatan jelas itu?" soalnya yang telah beberapa kali mengadakan sesi dialog dengan penduduk bagi menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sejak lima tahun lalu.

Pusat digesa bayar hutang Kelantan RM9.4 bilion

Posted: 15 Oct 2011 10:34 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan menggesa Pusat segera menjelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada negeri itu.

Menurut Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.

"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Beliau dilapor berkata demikian semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di Kota Bharu, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan.

"Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion.

"Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.

"Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat.

Pemuda PAS Perak himpun jentera PRU-13

Posted: 15 Oct 2011 10:33 PM PDT

Harakahdaily


IPOH: Bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 pada bila-bila masa, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan mengadakan Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) 2011 pada 27 November ini.

Himpunan yang akan diadakan di Parit Buntar itu akan mengumpulkan seluruh jentera pilihanraya Pemuda PAS Perak seluruh negeri yang bertemakan 'Gelombang Kuning' bagi menyediakan petugas Pemuda PAS kelak.

Untuk persiapan rapi, Pemuda PAS Perak telah melancarkan Tabung Khas Dana HEMPAP 2011 yang telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak Ustaz Shuib Din, di dalam program Liqa' Fikri Pemuda PAS Perak hari ini.

Hadir sama bagi melancarkan tabung khas ini ialah Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Khairie Jamaludin dan Setiausaha Pemuda PAS Perak yang juga Pengarah HEMPAP 2011, Salman Saleh.

Himpunan besar ini mensasarkan peserta lebih 10,000 orang Pemuda PAS Perak yang turut dihadiri pimpinan tertinggi Parti.

Sebarang sumbangan untuk HEMPAP 2011 ini bagi meringankan kos bagi himpunan tersebut, boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama 'Perak Care' no akuan 5580 1500 1720.

Jabatan agama perlu fokus aqidah, bukan tauliah

Posted: 15 Oct 2011 10:32 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru agar fokus dan keutamaan jabatan agama mesti terarah kepada usaha menyelamatkan aqidah ummat Islam berbanding dengan persoalan tauliah yang tidak ada syarat wajib dalam Islam untuk menyampaikan kebenaran Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat.

Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, ini ekoran kedangaran suara yang tidak berpuas hati kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tindakan terbarunya menahan Bob Lokman atas kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah yang bercanggah dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Rungutan ramai ini perlu diambil perhatian kerana peristiwa ini sudah kali berikutnya setelah penahanan yang dibuat terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin pada tahun 2009 lalu," katanya.

Katanya, jabatan agama itu seolah tidak mempunyai tugas yang lebih penting daripada menghalang untuk pendakwah menyampaikan kuliah dan nasihat agama kepada masyarakat.

Gamis, ujarnya berasa pelik dan hairan kenapa persoalan tauliah menjadi subjek utama dalam penahanan, bukannya isi penyampaian penceramah berkenaan.

Perkara ini berlainan terjadi kepada banyak kumpulan ajaran yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh majlis agama sebelum ini," ujarnya.

Kata beliau, antara contohnya ialah Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya yang telah difatwakan sesat namun masih berleluasa sehingga hari ini di negeri Selangor.

"Saya pernah meninjau kawasan ajaran sesat ini dan mendapati pengamalan dan dan ajaran ini masih berleluasa dan tidak ada sebarang penahanan yang dibuat oleh jabatan agama.

Kumpulan itu juga, katanya tidak mewajibkan solat Jumaat dan pelbagai lagi aturan yang menyalahi syariat Islam secara nyata.

Menurutnya, "Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita berdialog mengenai ajaran yang mereka bawa" begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Pengarah Jais yang lalu menunjukkan bahawa ada toleransi dan komunikasi yang baik dengan kumpulan yang telah disahkan sesat, namun pendakwah bebas pula terus ditangkap hanya disebabkan tauliah.

Polis sedia hadapi PRU-13: Ismail

Posted: 15 Oct 2011 10:28 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Ismail berkata, beliau telah mengarahkan semua kontinjen negeri memberikan latihan kepada pegawai polis di kontinjen masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.

"Kami menunggu sahaja, kalau pihak kerajaan mengumumkan pilihan raya pada bila-bila masa, Insya-Allah kami sudah bersedia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia 2010 Polis Bantuan Peladang (Upstream) Malaysia anjuran Sime Darby Plantation Sdn Bhd di sini, Sabtu.

Beliau berkata, latihan-latihan yang diberikan kepada pegawai-pegawai polis khususnya anggota polis baru adalah untuk meningkatkan keupayaan mereka terutama dalam menjaga tempat pengundian semasa pilihan raya.

"Tugas-tugas ketika pilihan raya ini lebih spesifik dan setiap pegawai polis harus memainkan peranan mereka bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin," katanya.- Mstar

Adakah Naijb menyorokkan sesuatu? Laporan audit masih hilang

Posted: 15 Oct 2011 10:26 PM PDT

Melissa Lee, Malaysia Chronicle


Ali-ahli parlimen Pakatan Rakyat sedang berang. Sidang Parlimen sudah hampir menjelang dua minggu, tetapi, laporan Ketua Audit masih belum diserahkan ke Dewan. Mereka juga bimbang sekiranya terdapat perkara-perkara di dalam laporan itu yang cuba disorokkan oleh kerajaan Perdana Menteri Najib Razak.

"Kita merancang untuk memfailkan usul berkenaan perkara ini kerana hari ini adalah hari keempat kita berdebat soal Belanjawan 2012, tetapi laporan masih belum ada," Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar memberitahu sidang media di lobi Parlimen pada hari Khamis.

Beliau juga hairan kenapa laporan itu masih belum ada sedangkan negeri-negeri lain termasuk Kelantan sudah pun menerima laporan audit masing-masing. Beliau menyeru Komiti Akaun Awam (PAC) untuk bertanggungjawab dan mengambil tindakan, daripada menunggu untuk dipaksa berbuat demikian.

"Di negara-negara lain, PAC dipengerusikan oleh wakil pembangkang jadi mudahlah untuk menggesa kerajaan tetapi di Malaysia, PAC diketuai oleh wakil kerajaan, sebab itulah mereka lambat," kata Mahfuz.

Ambil tanggungjawab

Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar mahukan pengerusi PAC Azmi Khalid untuk mengambil tanggungjawab dan menjelaskan perkara tersebut.

"Kita menyeru Azmi Khalid untuk memberi penjelasan kerana ini sangat memalukan. Selepas empat hari, masih tidak ada laporan audit," kata Azmi.

MP PKR Sungai Petani Johari Abdul berkata Jabatan Audit Negara sendiri terkejut apabila diberitahu bahawa Parlimen masih belum menerima laporan tersebut.

"Pegawai jabatan itu terkejut dan memberitahu Ketua Audit sendiri gembira dengan laporan itu kerana ianya siap ebih awal daripada tahun lepas. Ini yang kita hairan. Di mana sangkutnya laporan ini? Adakah ianya di Parlimen atau di tangan sesetengah menteri?" tanya Johari.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah menyoal isu itu minggu lalu, dengan mengatakan Najib sepatutnya memastikan laporan audit itu disediakan sebelum pembentangan Belanjawan 2012.

"Malangnya, kita membahaskan bajet hari ini, tetapi laoran audit itu masi belum dibentangkan," kata Anwar pada Dewan minggu lalu. - Malaysia Chronicle

Impian nasi lemak: Najib vs Kuala Lumpur

Posted: 15 Oct 2011 10:20 PM PDT

Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle


Perdana Menteri Najib Razak bersarapan nasi lemak di Village Park di Damansara Utama Ahad lepas.

Kelihatannya ramai orang mahu bergambar dengan beliau sehingga dia tidak dapat makan dengan tenang. Tidak jelas berapa ramai di antara mereka yang diupah oleh penasihat PR beliau.

Seorang lelaki menghampirinya dan berkata bahawa ini adalah belanjawan yang terbaik yang pernah dibentangkan. Tidak jelas samada lelaki itu sedang menyindir ataupun dia seorang yang bodoh.

Keramahan palsu

Kelihatannya, didorong oleh acara ini, Najib terasa untuk menggalakkan BN WP untuk memenangi semula Kuala Lumpur. Memenangi semula Kuala Lumpur katanya, akan membuktikan BN masih disokong bukan sahaja oleh rakyat di kampung tetapi juga oleh rakyat di bandar. Jelaslah Najib tidak dapat membezakan di antara bukti empirical dan anekdot.

Masalah dengan hujah Najib ialah BN sememangnya hanya disokong oleh rakyat di kampung. Dan BN tidak akan menang semula kerusi-kerusi parlimennya di Kuala Lumpur.

Penduduk Kuala Lumpur tidak mendapat banyak peluang pada setiap pilihanraya umum. Di mana rakyat-rakyat di kawasan lain dapat mengundi dua kali, satu untuk menentukan wakil mereka di Parlimen dan satu untuk menentukan wakil mereka di peringkat negeri, penduduk KL hanya dapat satu undi. Oleh itu penduduk KL tidak ada suara dalam siapa yang menguruskan pentadbiran local.

Malah, KL diurus oleh DBKL yang tidak cekap, yang tidak mendengar atau mengambil peduli tentang rakyat KL. Ketua DBKL dengan menggelar dirinya sebagai Datuk Bandar, dipilih, bukan diundi. Dia selalunya adalah seorang pegawai kerajaan yang di ambang persaraan dan tidak mempunyai sebab untuk perihatin dengan pandangan penduduk KL. Tidak kira betapa tidak cekapnya dia, dia tidak boleh dilucutkan atau diundi keluar oleh rakyat KL. Dia hanya dikuasai oleh Menteri Wilayah Persekutuan, seorang ahli Kabinet Persekutuan.

Dalam keadaan sekarang, Raja Nong Chik, Menteri WP, bukanlah MP dari Kuala Lumpur. Malahan, dia bukanlah seorang MP pun. Dia hanya berada di sana kerana dilantik oleh Perdana Menteri; dalam kebijaksanaannya yang boleh dipertikai. Maka itulah dia, dua individu yang mengurus Kuala Lumpur adalah terpisah dan tidak mewakili penduduk Kuala Lumpur.

Pilihanraya local council harus ada di KL

Jawatan Datuk Bandar dan councilor mestilah diundi; tiada lainnya lagi. Penduduk KL mesti diberi semula hak mengundi, dan pengurusan DBKL yang tidak cekap harus diberhentikan.

Populasi Kuala Lumpur lebih tinggi daripada Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka atau Pahang. Tetapi ia diurus dengan teruk oleh dewan bandaraya yang di bawah telunjuk Kerajaan Persekutuan BN. Rakyat KL haruslah dibenarkan membuat keputusan mengenai pentadbirannya seperti mana rakyat Malaysia yang lain.

Keadaan pengurusan sekarang ini tidak boleh dipertahankan. Bukti siapa yang penduduk KL mahu untuk mewakilkan mereka hanya dapat ditunjukkan melalui pilihanraya parlimen. Terdapat 11 kerusi parlimen di Kuala Lumpur. Dalam pilihanraya tahun 2008, penduduk KL memilih Pakatan 10 daripada kerusi-kerusi tersebut. Maka Pakatanlah wakil penduduk KL yang sahih.

Walau bagaimanapun, tiada seorang pun daripada anggota di DBKL datang daripada orang-orang Pakatan. Malah, mereka semua adalah balaci BN dari UMNO, Mca dan MIC. Mereka datang daripada parti yang telah ditolak oleh rakyat Kuala Lumpur. Keinginan rakyat dipijak oleh but BN. Menambahkan garam pada luka, DBKL tidak menghiraukan MP Pakatan da tidak mengendahkan rekomendasi-rekomendasi mereka.

Tidak tahu apa KL mahu

Dan sekarang Najib berani pula berkata BN WP akan memenangi semula Kuala Lumpur. Ia tidak akan berlaku selagi KL diurus dengan cara sedemikian rupa. Dan ia tidak akan berlaku sehingga Najib mengambil peduli masalah rakyat Bandar yang termasuk:

> Pembasmian rasuah yang berleluasa.

>Memastikan kebebasan dan integriti institusi-institusi awam, seperti kehakiman, SPRM dan Suruhanjaya Pilihanraya.

>Penubuhan IPCMC untuk mengelakkan salah laku polis, satu kejadian yang terlihat lagi sewaktu perarakan hijau di Kuantan Ahad lepas.

>Pendakwaan orang-orang yang korup, termasuklah orang yang sedang atau pernah berjawatan di jawatan tinggi, tetapi tidak didakwa dan malah tidak disoal siasat.

>Kebebasan media

>Kebebasan bersuara.

>Pilihanraya yang bersih dan adil.

Najib tidak akan dan tidak dapt menunaikan satu pun daripada permintaan-permintaan di atas. Dan beliau tidak dapat membeli penduduk Bandar dengan RM500 berdasarkan belanjawan yang tidak bertanggungjawab dan tidak mandiri yang akan membawa Malaysia ke defisit yang merbahaya.

Maka Najib tidak akan mendapat undi orang bandar.

Dan beliau tidak akan menag semula Kuala Lumpur.- Malaysia Chronicle

Ugutan pra-pilihanraya meningkat: “Kalau tak undi BN, kita tahu”

Posted: 15 Oct 2011 10:16 PM PDT

Maria Begum, Malaysia Chronicle


TERKINI Kisah-kisah mengenai ahli-ahli politik BN menggunakan cara kasar untuk mendapatkan undi kaum Cina semakin terdengar di kala negara bersiap sedia untuk peperangan pilihanraya yang katanya adalah yang terbesar dalam sejarah.

ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh telah menulis pada Twitter mengenai satu insiden yang mencerminkan suasana tegang yang sedang meningkat di sekitar negara sewaktu parti-parti komponen BN seperti UMNO, MCA, Gerakan dan MIC berjuang hidup mati mereka terhadap Pakatan Rakyat yang dikepalai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Hannah, seorang ahli DAP yang sedang cepat melonjak yang telah menang besar pada pilihanraya 2008, memberitahu bagaimana beliau menolong penduduk kawasannya untuk menghantar surat lanjutan kepada jabatan kerajaan persekutuan.

Beliau tidak menyatakan kandungan surat itu dank e jabatan mana ianya dihantar, tetapi penduduk itu telah dipanggil, dimarah dan diberi amaran untuk mengundi BN.

"Saya membantu seorang penduduk untuk menghantar surat lanjutan kepada sebuah jabatan persekutuan. Penduduk itu dipanggil, disoal kenapa dia meminta pertolongan daripada DAP dan bukan MCA. Orang MCA ada sewaktu dia dipanggil," kata Hannah.

"Kata-kata yang digunakan "DAP #&$$@#", penduduk menjadi susah hati. Dia diberi amaran oleh pekerja kerajaan itu untuk mengundi BN. Dia diberitahu 'kalau kamu tak undi BN, kita boleh jejak kamu'.

Intelegensia askar akan menaksir kebarangkalian MCA untuk menang

Sementara itu, Sin Chew daily telah melaporkan bahawa pegawai inteligen askar (MIO) telah menemubual calon-calon MCA untuk pilihanraya akan datang, yang digembar-gemburkan akan berlangsung tahun hadapan.

Menurut laporan berita itu, MIO menemubual calon-calon MCA itu untuk mengukur kebolehan mereka untuk menang dalam kerusi parlimen dan negeri.

"Mereka ditaksir dalam empat bahagian iaitu latar belakang pendidikan, kemahiran ekonomi, pengalaman dan personality," kata sumber kepada akhbar Cina itu.

Tetapi Setiausaha Agung MCA Kong Cho Ha telah menafikan dakwaan itu.

"Saya tidak tahu dari mana Sin Chew Daily mendapat maklumat itu. Setahu saya, MIO tidak menemubual orang. Saya sudah menjadi calon sebanyak tiga kali dan saya tidak pernah ditemubual oleh mana-mana pegawai inteligen," Star melaporkan kata-katanya.- Malaysia Chronicle

Yaakob Sapari: Bajet 2012 gagal bela kontraktor

Posted: 15 Oct 2011 10:14 PM PDT

Yaakob Sapari


Pemimpin Pakatan Rakyat Yaakob Sapari menyifatkan Belanjawan 2012 yang dibentang oleh Perdana Menteri merupakan satu belanjawan yang tidak menyeluruh malah tidak membela nasib golongan kontraktor.

Najib yang membentangkan Projek Penyelengaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrasturktur Asas (PIAS) bagi menaiktaraf infrasturktur asas di luar bandar hanya memperuntukkan RM 500 juta kepada 29,000 kontraktor kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor.

Menurut beliau lagi, sekiranya perkara ini dibuat kiraan secara terperinci, maka setiap kontraktor hanya memperoleh nilai projek sebanyak RM 17,241.38 selama setahun.

Dari satu sudut yang lain, nilai projek ini dilihat terlalu kecil kepada golongan kontraktor dan tidak banyak ifrasturktur yang mampu dinaiktaraf di kawasan luar bandar.

Beliau juga mempersoalkan ketulusan dan transperensi pihak kerajaan dalam menyalurkan projek ini kepada kontraktor. Ini kerana peruntukan ini boleh diekploitasi dengan menganugerahkan kerja-kerja tersebut secara rundingan terus kepada kontraktor-kontraktor tertentu.

Ujar beliau lagi, Belanjawan Pakatan Rakyat dilihat begitu realistik kerana menekankan aspek pembangunan khususnya dalam pembangunan infrastruktur dan pada masa yang sama mengimbangi belanjawan mengurus bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Untuk memangkin ekonomi Malaysia dalam menghadapi krisis ekonomi global pada hari ini, Najib perlu menekankan aspek pembangunan dalam belanjawan negara. Ini kerana, dengan merancakkan pembangunan negara, secara tidak langsung dapat memacu ekonomi.

Oleh yang demikian, rakyat diminta untuk berhati-hati dalam meneliti Belanjawan 2012 kerana ianya indah khabar dari rupa.

*Kenyataan media oleh Yaakob Sapari (gambar kanan) selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor.Yaakob Sapari



Kerabu Bersuara ®

Posted: 16 Oct 2011 03:28 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


Umno Kelantan berebut kerusi

Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT

Oleh M FAQIH

Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali yang menang atas tiket PAS pada pilihan raya umum lalu kini heboh dikatakan ingin bertanding atas tiket BN pula.Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, bekas pemimpin Semangat 46, Berjasa, Umno dan kini 'Bebas mesra BN' itu menjadi pemimpin paling kerap beralih parti.

Biarpun dicanangkan sebagai calon mesra BN, namun kehadirannya membuatkan barisan kepimpinan Umno yang ada sekarang tergugat.

"Bagi membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen Pasir Mas, Ketua Bahagian, Dato' Hanafi Mamat perlu dipindahkan ke Dun Tendong.

"Sedangkan pada pilihan raya umum lalu Hanafi bertanding di kerusi Dun Pengkalan Pasir. Ketika itu Ahmad Rosdi Mahamad menjadi calon BN berdepan dengan Ibrahim di kerusi parlimen," kata satu sumber di sini.

Menurutnya Timbalan Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa pula mengintai peluang di Dun Chetok. Namun, kerusi itu juga sudah diintai Ketua Pemuda, Najib Rusdan Abdul Rahman.

Medan perebutan di Chetok sedang hangat diperkatakan sekarang apabila Che Johan dan Najib Rusdan masingmasing tidak mahu mengalah.

Malah, pertelingkahan kedua-dua pemimpin Umno terbabit difahamkan tidak mampu diselesaikan lagi apabila seorang daripada mereka dikait dengan kes bakar kenderaan di Pasir Mas pertengahan September lalu.

Manakala Dun Pengkalan Pasir pula lebih terbuka kepada Naib Ketua Bahagian, Abdul Aziz Muhamad.

"Mengapa Hanafi yang pernah menang seketika di Pengkalan Pasir memilih Dun Tendong. Ini kerana baginya BN boleh menang di situ dengan lebih mudah memandangkan ada sisasisa pengaruh Ibrahim.

"Jadi laluan diberi Hanafi untuk membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen," kata seorang pemerhati politik dari Tendong.

Kelibat Ibrahim untuk terus mempertahankan kerusi parlimen jelas kelihatan pada Ramadan lalu apabila cuba memancing orang ramai dengan sumbangan raya.

Ramai melihat Ibrahim mahu mengulangi taktik 2008 meraih simpati PAS, kini mempamerkan sikap mesra BN, selepas keahlian Umnonya dilucut kerana bertanding tiket Bebas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005.

Hujah mereka, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), NGO fanatik Melayu hanya mengharapkan umpan wang ringgit bagi menarik simpati rakyat.

"Rakyat di Pasir Mas sudah lama kenal siapa Ibrahim, cuma beliau bernasib baik pada pilihan raya umum lalu kerana bertanding di atas lambang bulan, kalau parti lain usah harap untuk bergelar wakil rakyat," kata Azmin Md Yusof, 45 dari Kubang Bemban.

Pilihan raya umum ke-13 akan menjawab siapa Ibrahim selepas ini. Porak peranda rumah tangga Umno juga sudah merebak ke tempat-tempat lain termasuk Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Rantau Panjang.

Di Gua Musang Ketua Bahagian Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semakin tergugat apabila kumpulan Umno Baru diketuai Dato' Bazlan Baharuddin difahamkan mulai berkerat rotan dengan bekas Presiden Semangat 46 itu.

Beliau kini dikatakan berganding erat dengan bekas Adun Galas, Mohd Saupi Deraman dan Ketua Wanita, Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor. Krisis kepimpinan Umno Gua Musang sekarang memperlihatkan semula pertembungan pemimpin bekas Semangat 46 dan Umno Baru.

Kemenangan Bazlan sebagai Ketua Pemuda Umno Gua Musang pada pemilihan lalu dikatakan tidak diiktiraf Ku Li.

Di Tanah Merah pula Ketua Bahagian, Ikmal Hisham Abdul Aziz tidak mungkin mendapat laluan mudah di kerusi parlimen memandangkan bekas anggota parlimen penggal lalu, Dato' Shaari Hassan dikatakan sudah keluar masuk kampung.

Shaari bersama beberapa penyokongnya digantung Lembaga Disiplin Umno. Ia dilihat ada kaitan dengan usaha Ikmal menghalang kehadirannya di Tanah Merah.

Shaari juga tidak keseorangan apabila abangnya, seorang korporat, Dato' Ismail juga dikatakan berganding bahu bagi menentang Ikmal.

Di Kuala Krai pula, Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Dato' Nik Sapeia Nik Yusof turut mengintai peluang kerusi parlimen memandangkan bekas calon BN di situ, Prof Dato' Dr Che Musa Che Omar difahamkan tidak lagi berminat dengan Umno.

Pertembungan juga berlaku di Pasir Puteh apabila tindak tanduk Ketua Bahagian, Zawawi Othman tidak disenangi pemimpin Umno lain.

Di Rantau Panjang kudis lama di bahagian itu kembali bernanah semula apabila beberapa bekas anggota jawatankuasa bahagian disingkir ketua bahagian, Abdullah Mat Yassin.

Mahathir Nak Soal Aziz Pasal Kurang Ajar Dengan Sultan? Melayu Mudah Lupa!

Posted: 16 Oct 2011 06:21 AM PDT

Dr M: Kenyataan Prof Aziz 'dari segi moral kurang ajar'

SERI ISKANDAR, 16 Okt — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini "sebagai kurang ajar."

Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Dr Mahathir, Canselor Universiti Teknologi Petronas, diminta mengulas kenyataan Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin Umno membuat laporan polis agar dikenakan tindakan ke atas Aziz.

Dalam kenyataannya hari ini, Aziz berkata beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor.

Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh "derhaka" dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa mengambil tindakan ke atasnya.

"Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan," kata beliau.

Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.

"Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf," kata beliau lagi.

Giliran Ustaz Azhar Pula Diserang Oleh Blogger Laknat Umno

Posted: 16 Oct 2011 06:00 AM PDT

Pandangan Panglima Tentang Gambar Ust Azhar Idrus dan Isteri Yang Berpurdah


Gambar Ust Azhar dan isteri di atas ditemui dalam Fb. Memandangkan pertama kali menemui gambar beliau maka panglima fikir tidak salah jika ia dikongsi di sini.

Ust Azhar memang ustaz kesukaan ramai lantaran pandai menggunakan jenaka dalam menyampaikan ceramah dan kuliah.

Mengikut mazhab Imam Syafei perempuan diwajibkan menutup aurat dengan menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan yang sudah difahami walau budak kecil.

Purdah tidak dilarang bahkan dianjur jika ingin mengelak fitnah. Namun ia jarang dipakai termasuk oleh isteri Tok Guru PAS Nik Aziz Nik Mat.

Namun dalam setengah keadaan pemakaian purdah memang tidak dibenarkan termasuk oleh Universiti Al Azhar di Mesir bagi mengelakkan penipuan.

Ini kerana purdah boleh diguna juga oleh penjenayah untuk memperdaya manusia agar identitinya tidak dikenali.

Ada kes tertentu dadah disorok oleh yang memakai purdah dan jubah.

Purdah boleh dipakai dalam keadaan tertentu seperti mengelak fitnah kerana terlalu cantik atau terlalu hodoh.

Namun kita juga kena terima keadaan tertentu purdah tidak boleh dipakai atas alasan keselamatan, elak penipuan, jenayah dan sebagainya.

Pernah terjadi pelajar perempuan Arab di Al Azhar diganti orang lain untuk menjawab soalan peperiksaan.

Gambar Ust Azhar Idrus dan isteri di atas berpurdah memang tidak bercanggah Islam dan tidak masalah diamalkan.

Dalam masa yang sama jangan kita mengata purdah wajib dipakai semua orang perempuan lantaran hukum asal tidak begitu.

Kita juga perlu menerima hakikat ia kadang kala perlu dibuka untuk mengelak mudarat dalam keadaan tertentu.

Wallahu A'lam.



Tak daaaaaa modal nak serang ustaz. bini ustaz pun jadi mangsa. kesian puak umno! bangang dari dulu lagi!

Najib Bercakap Soal Sejarah? Siapa Yang Bodoh Nak Percayakan Najib?

Posted: 16 Oct 2011 05:00 AM PDT

Sejarah telah buktikan pilihan raya Malaysia adalah adil - PM


SEREMBAN 16 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memanipulasi pilihan raya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu.

Katanya, jika pilihan raya di Malaysia boleh dimanipulasikan dengan mudah, tidak mungkin BN akan menyerahkan Selangor kepada pembangkang dan Kelantan terus kekal di tangan Pas.

"Walaupun kita tidak manipulasikan, dia tetap akan pusing. Jadi kalau kita tidak jawab dengan baik, orang akan fikir bahawa kita telah memanipulasikan pilihan raya dan gunakan instrumen negara seperti tentera," katanya semasa berucap di majlis penutup Konvensyen BN Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Tuduhan bahawa BN menggunakan instrumen negara dan memperalatkan pihak tentera juga adalah tidak benar, katanya.

"Undi tentera pun kita tidak boleh jamin, ada undi tentera kita kalah, tentera itu bila kita lalu depan dia, dia tabik kita, tapi sampai pilihan raya kita kalah," katanya.

Najib berkata, salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzaffar yang pernah bertanding atas tiket PKR pernah mengaku kepada beliau walaupun dia tewas di Bandar Tun Razak tetapi dia dapat kelebihan undi tentera di kawasan itu. – Bernama

Pakar perlembagaan akan saman Utusan

Posted: 16 Oct 2011 03:31 AM PDT

Hazlan Zakaria

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata akan menyaman akhbar Umno Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam laporan berkaitan kenyataannya terhadap titah diraja dan isu agama.

"Sebab utamanya kerana Utusan memutarbelit dan pusing kenyataan saya.

"Mereka menggambarkan saya sebagai sombong, angkuh, tidak tahu hormat dan dan keras kepala," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kepada Malaysiakini hari ini.

Aziz pada 11 Oktober lalu berkata, tindakan Sultan Selangor Sultan campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Aziz berkata beliau sudah mengarahkan peguamnya Hanipa Maidin bagi menyaman Utusan dan seorang lagi peguam Zulqarnain Lukman bagi menguruskan perkara berkaitan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

"Isunya di sini, saya bercakap berdasarkan pengetahuan dan kepakaran saya," katanya - ahli akademik tunggal yang menulils tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.

"Tetapi mereka bukannya memberitahu saya pandangan mereka, sebaliknya pergi ke merata tempat dan membuat dakwaan terhadap saya." [Baca berita penuh]

Utusan terus kritik

Katanya lagi dalamSementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Utusan melalui kolumnis kontroversinya Awang Selamat terus mengkritik Aziz dan Malaysiakini yang menyuarkan kenyataan pensyarah itu sebelum ini.

Awang menulis, Aziz memberikan isyarat salah kepada pelbagai pihak termasuk bukan Islam bahawa Sultan boleh disanggah biarpun bawah bidang kuasa baginda.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam, reaksi Aziz yang mempertahankan kenyataannya dan enggan memohon maaf kepada Sultan Selangor, dilihat angkuh.

"Awang percaya seandainya kenyataan Sultan Selangor berhubung insiden di gereja itu dilihat memihak kepada pembangkang, nescaya Abdul Aziz akan berdiam.

"Tidak mungkin beliau akan menyanggah baginda kerana ada percaturan lain yang mengatasi soal kepentingan agama dan perlembagaan," coretnya.

Aziz Bari: Saya tak nafi kuasa Sultan, kaji saman media pesong kenyataan

Posted: 16 Oct 2011 03:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama.

Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh "derhaka" dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa (UIA) mengambil tindakan ke atasnya.

"Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan," kata pensyarah UIA ini dalam satu kenyataan hari ini.

Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.

"Hanya Thailand yang mempunyai undang-undang 'lese majeste' yakni undang-undang yang menghukum mereka yang menghina raja," katanya.

"Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf," kata beliau lagi.

"Apa salah saya? Dengan siapa saya hendak mohon maaf? Saya hanya beri komen tentang satu perkara yang dalam bidang kajian dan pengetahuan saya," kata beliau sambil menambah, "menuduh saya derhaka tentunya tidak logik kerana saya telah banyak menulis mengenai raja berperlembagaan di Malaysia."

"Tesis PhD saya berjudul The Development and Role of Constitutional Monarchy yang dikemukakan kepada Universiti Birmingham, England menghurai pelbagai kuasa raja termasuk dalam aspek agama.

"Saya kemudian menerbitkan buku bertajuk Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan Di Sisi Perlembagaan pada 2002 yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya juga menulis satu-satunya huraian mengenai kuasa agama raja-raja dalam buku saya Islam dalam Perlembagaan Malaysia (2005)," katanya lagi.

Oleh itu soal beliau, "logikkah saya, dengan tulisan yang begitu banyak, hendak derhaka dan biadab kepada raja-raja?"

Sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, "orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku."

"Jangan mengarut dan menyesatkan orang lain," katanya lagi.

Aziz juga berkata beliau difahamkan sebuah stesen webTV hendak menganjurkan debat antara saya dengan Zulkifli dan beliau bersedia bila-bila masa.

"Saya harap Zul jangan lari dan jangan hanya berani dalam Parlimen sahaja. Dia cabar saya supaya berhenti UIA dan masuk politik.

"Saya tak minat politik. Saya hanya mahu berkongsi dengan masyarakat apa yang saya kaji selama ini," katanya.

Baru-baru inini, Ezam menggesa agar portal berita MalaysiaKini dan Aziz disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atas alasan mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama.

"Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci institusi Raja-raja Melayu.

"Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal MalaysiaKini," kata Ezam selepas membuat laporan polis di Shah Alam.

Katanya, Aziz dan MalaysiaKini menunjukkan sikap biadap, kurang ajar, dan melampaui batas yang dipercayainya perbuatan terancang dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.

Aziz dipetik berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa Ahli Parlimen membidas Aziz kerana kenyataannya.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, pensyarah UIA itu wajar dikenakan tindakan kerana kenyataannya seolah-olah tidak menghormati sultan sebagai ketua agama Islam.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Bung Moktar turut bersetuju bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Aziz kerana menyifatkan banyak kenyataan dan tulisan pensyarah itu mengelirukan rakyat selain bersifat partisan.

Pandangan sama dikongsi Zulkifli, wakil rakyat Kulim-Bandar Baru, yang secara sinis menyifatkan tindakan itu tidak seharusnya dilakukan oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai "pakar perlembagaan", kerana menurutnya kuasa sultan dalam hal telah jelas termaktub mengikut Artikel 47 dan 48 Perlembagaan Persekutuan.

Ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, akhbar keluaran Utusan Malaysia hari ini berkata, pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan Aziz mempersoalkan titah peringatan Sultan Selangor berhubung isu cubaan memurtadkan orang Islam.

"Ramai tahu siapa sebenarnya Abdul Aziz. Awang bukan mahu membuat tuduhan liar tetapi ia sudah menjadi rahsia terbuka sebagaimana yang didedahkan oleh Zulkifli Noordin.

"Kecenderungan politiknya kepada pembangkang cukup jelas. Pensyarah hebat seperti Aziz akan selalu mencari kewajaran untuk menjayakan misi politiknya," kata ruangan itu hari ini.

Pakatan Rakyat Akan Menang Besar Di Pulau Pinang

Posted: 16 Oct 2011 12:35 AM PDT

Najib: Umno tidak akan tuntut teraju negeri jika BN rampas balik Pulau Pinang

Oleh Yow Hong Chieh


KUALA LUMPUR, 16 Okt — Datuk Seri Najib Razak memberi Gerakan jaminan bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pualu Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

"Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain," kata Perdana Menteri ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi BN berkata Gerakan mesti bekerja keras untuk mendapatkan negeri itu daripada DAP dan bersedia untuk membuat pengubahsuaian kepada sistem peruntukan kerusi demi perikatan yang lebih kukuh.

"Setiap daripada kita mesti menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan menjadi sebahagian daripada masalah," kata beliau.

Najib yang juga Presiden Umno berkata beliau telah membincangkan perkara ini dengan Umno Pulau Pinang dan kepimpinan parti negeri itu telah bersetuju bahawa ia tidak akan menuntut kepimpinan kerusi ketua menteri.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata, BN kini meneliti butiran perubahan-perubahan dalam soal peruntukan kerusi, tetapi menekankan bahawa ia akan membabitkan penambahbaikan di sana sini dan bukannya perubahan secara menyeluruh sistem.

"Kami merupakan sebuah keluarga yang besar, jadi akan lebih kompleks apabila hendak membuat keputusan berkaitan sesebuah kawasan," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kepimpinan negeri akan kekal dengan Gerakan, Najib memberitahu, BN masih membincangkan perkara tersebut, tetapi mengulangi Umno akan menuntut kedudukan itu.

Pemimpin Gerakan mengetuai Pulau Pinang selama 39 tahun tetapi negeri itu jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Perkembangan itu membawa kepada gesaan daripada pemimpin-pemimpin Umno pada September tahun lalu agar Gerakan menyerahkan kerusi-kerusi yang ia kalah kepada Umno atas alasan parti teras BN itu mempunyai peluang lebih baik untuk menang.

Puji Kelantan, laporan audit tidak dibentang?

Posted: 15 Oct 2011 05:26 PM PDT

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU,15 Okt: Ekoran memuji pemerintahan Kelantan, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang di Dewan Rakyat sebelum pembentangan Bajet 2012.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa, selain faktor itu laporan audit itu juga tidak dibentang kerana prestasi pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri yang diperintah BN yang biasanya defisit.

"Kita amat terkejut bila mana (laporan audit) tak dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan di Parlimen, kerana selalunya diberi dahulu supaya boleh dibawa bersama dalam sebarang perbahasan.

"Ada ura-ura menyatakan bahawa salah satu sebab utama ialah kerana prestasi pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan dipuji dalam Laporan Ketua Audit Negara itu bagi tahun 2010," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau yang juga naib presiden PKR berpendapat, ahli parlimen wajib diberikan salinan buku laporan itu supaya mereka dapat menilai sendiri prestasi kerajaan negeri di bawah BN yang selalunya defisit berbanding dengan prestasi negeri ditadbir Pakatan Rakyat.

14 parlimen Kelantan perlu menang

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelnatan Datuk Husam Musa pula menyeru semua pihak khususnya penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak hilang 'fokus' dalam perjuangan menuju Putrajaya.

Katanya, 14 kerusi parlimen di Kelantan mesti dimenangi Pakatan Rakyat bagi memastikan peluang ke Putrajaya lebih cerah sekaligus dapat memastikan hak royalti Kelantan diberikan kepada kerajaan negeri.

"Dan Pakatan Rakyat mesti berjanji kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan didominasi Umno BN mesti membayar royalti kepada Kelantan.

"Kita juga menuntut supaya royalti itu dinaikkan daripada lima peratus keapda 20 peratus, ini kerana mejoriti negeri pengeluar minyak adalah miskin seperti Sawarak, Trengganu dan Kelantan," katanya.

Mengulas langkah pihak tertentu membawa mendftarkan warga asing sebagai pengundi, beliau menyeru semua pihak berdoa agar mereka mengundi Pakatan Rakyat.

"Kita nak buang dah tak boleh dah kerana BN memang dah 'masukkan, Parti Umno pun sudah ditukar kepada 'United Myanmar and Nepal Organisation'," dakwanya, berseloroh sinis.

"Berdoa kepada Allah swt agar mereka boleh mengundi Pakatan Rakyat, sekali pun yang 'mendaftar' itu adalah Umno BN," tambahnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, terbaru di Kota Bharu sendiri 65 orang pendatang dikesan didaftarkan sebagai pemilih di Pasir Pekan.

"Kita mesti ada dua strategi, strategi pertama membantah, kedua mesti kenal pasti orang itu dan kita kena kempen memberi kesedaran kepada mereka," katanya.

Demokrasi Kotor

Sementara Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad) mendakwa sistem demokrasi negara khususnya pilihan raya masih lagi kotor dan perlu dibersihkan.

Beliau merujuk isu sama, iaitu tindakan pihak tertentu yang sanggup menggadaikan maruah negara dengan mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

"Bagi saya, itu (daftar warga asing) harus dibatalkan, sebab kalau kita biarkan, kita memulakan budaya baru di mana untuk mengalahkan lawan, kita ambil siapa saja yang kita boleh mudahkan mereka untuk menjadi warganegara.

"Itu saya fikir demokrasi yang tidak bersih. Jadi harus dibersihkan itu dahulu," katanya.

ALHUSSEYN

Posted: 16 Oct 2011 03:03 PM PDT

ALHUSSEYN


Jika aku ahli Umno yang ada maruah ....

Posted: 15 Oct 2011 09:47 PM PDT


Kalau aku pengundi Umno, PRU-13 ini aku tidak akan keluar mengundi. Aku akan boikot PRU-13. Aku menyeru kepada semua ahli-ahli Umno Pulau Pinang supaya boikot PRU-13 di Pulau Pinang!

PM Najib sudah komfom bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pualu Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.Ini bermakna Koh Tsu Koon akan dilantik jadi KM jika BN menang; sedangkan Ketua Wanitanya sendiri , Nyonya Tan Lian Hoe berkata sayap itu malu dengan kepimpinan parti itu yang lemah.

Jika aku orang Umno yang ada maruah diri, tentu aku lebih malu lagi untuk berketuakan Apek Tsu Koon itu.

Najib dan Rumah Mampus Milik

Posted: 15 Oct 2011 07:48 PM PDT


Entahlah, samada disalah lapor atau Najib lemah matematik mudah, mendarab - bila PM Najib kata, dengan bayaran ansuran RM3,000 selama 20 bulan, kita boleh dapat rumah teres di lembah Kelang RM450,000 sebuah!

Hah! ha! Semua orang tahu, macam nak mampus kita bayar hutang rumah! Baca di sini

AKU INGIN BEBAS

Posted: 16 Oct 2011 01:48 PM PDT

AKU INGIN BEBAS


AKHIRNYA UMNO JADI KUDA TUNGGANGAN DI P.PINANG

Posted: 16 Oct 2011 02:01 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

NONE"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat," katanya selepas merasmikan persidang nasional parti GERAKAN hari ini.

Najib bagaimanapun menjelaskan, keputusan berkenaan hanya pendirian Umno dan masih perlu dibincangkan dalam BN.

"Tapi ianya tidak akan jadi calon (ketua menteri) Umno," katanya lagi.

Sementara itu, Najib turut ditanya berhubung kenyataan ketua wanita parti itu, Datuk Seri Tan Lian Hoe semalam yang dilaporkan mahu Koh meletakkan jawatan.

Tan menyatakan kebimbangan bahawa kedudukan Koh sebagai teraju utama parti itu akan menjejaskan peluang calon GERAKAN dalam pilihan raya akan datang.

"Apa pun, saya mempunyai hubungan kerja yang baik dengan Tan Sri Koh Tsu Koon dan kita telah berbincang apa yang patut dilakukan dan saya serahkan kepada beliau.

"Saya fikir dia tahu apa perkara yang perlu dilakukan," kata Najib lagi.

'Bersedia untuk keputusan perit'

Dalam ucapannya terdahulu, Najib berkata GERAKAN perlu bersedia untuk membuat keputusan perit dan mengemukakan diri mereka sebagai alternatif yang baik kepada rakyat negeri itu.

"Pelan alternatif untuk Pulau Pinang dan juga barisan pemimpin alternatif untuk Pulau Pinang juga mesti dipersembahkan kepada rakyat.

najib abdul razak"Setiap daripada kita mesti menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan sebahagian daripada masalah.

"Kalau kita buat perkara ini, saya tidak akan putus asa dengan Pulau Pinang," katanya yang turut berjanji untuk berlaku adil kepada pemimpin GERAKAN, Umno MCA, dan MIC di negeri itu dalam soal calon pilihan raya.

Katanya BN perlu membuat ubahsuai itu mengikut realiti serta kekuatan dan kelemahan diri mereka.

"Realiti politik adalah tentang nombor. Bila kita dah tahu ini, kita mesti buat kerja. Bila anda kata cakap serupa bikin, anda perlu turun ke bawah dan dapatkan sokongan... Tambah lagi pengundi. mkini

Pulakdah!

Posted: 16 Oct 2011 01:47 PM PDT

Pulakdah!


Ditinggal Kekasih, Lelaki MABUK Di Atas Menara Elektrik Kuasa Tinggi

Posted: 15 Oct 2011 09:20 PM PDT

Li Wang akhirnya pengsan di atas menara elektrik 120,000 volt, dan pasukan penyelamat berusaha menyelamatkannya. (Foto: CEN)

Li Wang memanjat ke atas menara elektrik 120,000 volt berkuasa tinggi sebelum minum minuman keras sehingga mabuk. Wang, yang baru sahaja putus cinta dengan teman wanitanya, menyebabkan pasukan polis dan penyelamat di Chengdu, selatan China, berjaga-jaga selama lebih daripada tiga jam memerhatikannya meneguk alkohol.

Walaupun rayuan dibuat berulang kali, beliau tetap enggan untuk turun dan terus minum.

Wang menyebabkan polis dan penyelamat di Chengdu, selatan China, menunggu lebih daripada tiga jam (Foto: CEN)

Beratus-ratus orang yang berkumpul di sekeliling menara voltan tinggi untuk menyaksikan peristiwa itu. Pasukan penyelamat akhirnya berjaya menangkapnya apabila tahap kesedarannya semaikn merosot dan ia mula tidak sedarkan diri.

"Kami tidak tahu sama ada dia hendak (bunuh diri) dengan membiarkannya dirinya jatuh apabila dia tidak sedarkan diri ataupun rentung terbakar terkena talian kuasa elektrik. Bagaimanapun dia amat bertuah," kata seorang jurucakap bomba.

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 16 Oct 2011 01:38 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


CALUN PRU 13 - WANITA MLN PUTERI

Posted: 15 Oct 2011 11:51 PM PDT

TAHALUF - PERJANJIAN PERSEFAHAMAN UNTUK KEMENANGAN - AKHIR

Posted: 15 Oct 2011 05:35 PM PDT

Muslimeen United

Posted: 16 Oct 2011 01:25 PM PDT

Muslimeen United


TG Nik Aziz: Akta khusus cegah murtad sudah lama wujud jika Umno ‘tak ego’

Posted: 16 Oct 2011 08:49 AM PDT



KUALA LUMPUR, 16 Okt ─ Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin negara sudah lama telah menggubal undang-undang khusus mencegah murtad jika tidak terhalang hanya disebabkan oleh sikap ego Umno yang melampau.

Menurut Mursyidul Am PAS, jika 'tiada halangan' dalam bentuk itu daripada Umno, undang-undang seumpama sudah pasti telah diterima pakai kira-kira dua dekad yang lalu.

Pendirian itu diketengahkan ketika pelbagai pihak mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang diutarakan minggu lalu, agar negara menggubal Akta Murtad bagi mengawal isu berkaitan.

"Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad.

"Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad," kata beliau dalam pandangan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Idea berkenaan undang-undang murtad ini muncul ketika Nik Aziz mengulangi hasrat kerajaan negeri Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hukum hudud.

Kerajaan negeri menggubal enakmen berkaitan pada 1993, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan ekoran sekatan kerajaan pusat atas faktor peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri.

"Apa pun hukuman harus diputuskan bersama-sama... kalau tidak akan timbul masalah. Yang saya tahu di setengah-setengah negeri, sudah ada enakmen untuk melarang orang yang bukan Islam menyebarkan agama mereka," katanya.

Katanya, sekiranya kesepakatan dicapai, penelitian juga harus dibuat supaya akta yang ingin diwujudkan itu tidak bercanggah dengan bidang kuasa kerajaan persekutuan sebelum ia diteliti oleh Peguam Negara.

Akta Murtad dicadangkan Harussaini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. TMI

TERBUKTI PR LEBIH BAGUS DRP BN... TENGOKLAH SENDIRI !!!

Posted: 16 Oct 2011 08:49 AM PDT

Siapa kata BN pandai memerintah ???
Terbukti PAKATAN RAKYAT jauh lebih baik.....

PAS lancar 'Protes BN' di Sabah

Posted: 16 Oct 2011 08:27 AM PDT

pas protes bn campaign launching sabah 161011Pemuda PAS hari ini melancarkan kempen membantah kenaikan harga barang di Kota Kinabalu peringkat Sabah, yang antaranya bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung isu itu.

Pengerusi biro hal ehwal Sabah dan Sarawak dewan itu Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, kempen yang dikenali "Protes BN" itu akan digerakkan ke seluruh negeri melalui ekspo, siri jelajah dan penyebaran risalah.

"Saya pasti bahawa semua rakyat merasai bebanan kenaikan harga barang ini," katanya yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS.

Beliau menyeru semua pihak turut mengambil bahagian dalam kempen itu.

Ahmad Kerdee berkata,  beliau menjangkakan pada tahun depan caj 6 peratus terhadap perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikuatkuasakan.

Hadir sama dalam majlis perlancaran itu Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu dan beberapa exco Pemuda PAS. -M'kini

Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4b - Husam

Posted: 15 Oct 2011 10:12 PM PDT

Putrajaya perlu men jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara.

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.

"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di sini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan.

"Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion.

"Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.

"Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat. -SH

Terkini!!!Kesian Sama Ini Apek.Kena terajang Dengan Wanita...

Posted: 15 Oct 2011 08:54 PM PDT


Tsu Koon Buat Muka Walfare.
1- Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe mendesak supaya Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak bertanding pada PRU 13 akan datang.

Gesaan dibuat semasa persidangan perwakilan kebangsaan Wanita Gerakan, di ibunegara hari ini.

"Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti. Saya yakin beliau akan jadi lebih baik jika tidak bertanding" - Bernama

Kalau Wanita sendiri pun dah reject muka Tsu Koon, beliau harus cermin diri dan akur dengan kehendak akar umbi. Bukan sahaja orang Umno meluat dan lantang mengkritik Tsu Koon, orang China pun sudah menyampah dengan beliau.

Ayat yang digunakan oleh Wanita ialah ayat bangun jatuh terduduk seperti yang di amalkan oleh Guan Eng Dap Komunis. Tsu Koon betul-betul kena penyepak dengan Wanita. Lihat ayat di atas betul-betul.

Ayat 'Agree to disagree' atau 'tidak memaksa berhenti tetapi berharap berambus lah cepat-cepat' kepada Tsu Koon.

Ini muka reject yang katakan Melayu Pendatang.

2- Di ramalkan lepas hari ini Tsu Koon akan tidur tidak lena kerana beliau sudah tidak dikehendaki wanita kerana sudah terlalu lama.

Beliau akan announce dan berundur diri dari bertanding pada PRU13 nanti.

Siapa Mamat Nii..Sehingga MB Zambry "Ketakutan"..??

Posted: 15 Oct 2011 08:54 PM PDT










InsYaAllah..Rakyat Perak akan kembali merasai pemerintahan PR dibawah
kepimpinan YB Haji Nizar Selepas PRU13 nanti...maklumat terkini daripada
sumber yang boleh dipercayai,masalah dalam UMNO Perak bertambah parah
kerana ramai yang mempertikaikan calon-calon UMNO yang telah tersenarai dalam
PRU13 nanti,ditambah pula banyak kawasan yang menjadi kubu kuat Umno selama
ini sudah mampu ditembusi oleh Pakatan Rakyat...Yang pasti 18 kerusi DUN yang
dikuasai oleh DAP tidak akan berkurang,malah kerusi PR akan bertambah,InsYaAllah!!

Kesal harga barangan runcit melambung

Posted: 15 Oct 2011 08:50 PM PDT

KULIM - Kenaikan harga ayam dan barang keperluan yang mendadak meresahkan pengguna terutamanya mereka yang berpedapatan rendah sekitar daerah ini.

Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim meminta Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kulim memantau harga ayam dan barangan keperluan yang melambung tinggi.

Menurutnya, walaupun harga siling telah dikeluarkan tetapi masih ada dalam kalangan peniaga yang tidak mengendahkan sehingga membebankan pengguna.

"PPDNKK seharusnya membuat pemeriksaan di sekitar pasar awam dan pasar malam dan sekiranya harga yang dipamerkan penjual tidak mengikut garis panduan diletakkan oleh kerajaan, pihak kementerian boleh mengambil tindakan sepertimana yang dilakukan di Terengganu baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata, kita terlalu sibuk memberikan bantuan ke negara luar yang terlibat dengan bencana alam dan kebuluran tetapi harga barangan di negara sendiri terlalu mahal.

"Bayangkan pengguna memperoleh pendapatan di bawah RM700 sebulan. Apakah mereka mampu membeli ikan dengan kadar harga melebihi RM5 manakala ayam dijual melebihi RM10 sekilogram.

"Jangan dianaktirikan rakyat sendiri. Saya minta agensi kerajaan terlibat turun padang dan memantau permasalahan ini. Tidak munasabah sekiranya ada pegawai di kementerian pengguna yang tidak tahu permasalahan ini sedangkan mereka juga seorang pengguna," katanya.[Sinar Harian]

Kantoi : 'Misteri Enam Bas' Ke Putrajaya Untuk Anugerah Warganegara Sudah Terbongkar!

Posted: 15 Oct 2011 03:53 PM PDT


Lucu benar bila mendengar ada "warga asing" mahu diberikan Kursus Keusahawanan dalam negara kita. Itulah alasan yang diberika oleh pihak-pihak tertentu bagi mengalih pandangan rakyat tentang isu warga asing mahu diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya umum akan datang.

Isu ini bukan perkara baru sebenarnya, malah di Pahang ini sendiri sudah berpuluh-puluh buah bas yang membawa warga asing ke Putrajaya sebenarnya. Mereka terutamanya warga Kemboja dan Myanmar ditempatkan di sebuah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di daerah ini, sebelum dibawa ke Putrajaya (dua hari satu malam) untuk majlis "anugerah kewarganegaraan" di sana.

Menurut sumber, setiap kali ke sana pasti sebanyak "enam buah" akan digunakan. Malah, memang terdapat sebuah resort di kawasan Cherating yang digunakan sebagai "port mereka" untuk menjalankan kerja-kerja terkutuk ini. Sesudah mendapat MyKad mereka akan dipindahkan secara berperingkat-peringkat ke parlimen yang kritikal seperti Parlimen Pekan, Rompin, Paya Besar dan juga Indera Mahkota sendiri.

Malahan, mereka bukan sahaja ke Putrajaya untuk mendapat anugerah warganegara, pihak terbabit juga dipercayai membiayai penginapan mereka di beberapa buah hotel terkenal di ibukota. Pendekkata warga asing ini akan dibawa melancong ke sana ke sini dan keesokannya baru dibawa mengadap "pemimpin besar negara" untuk menerima anugerah terbabit.

Perkara ini tidak perlu dirahsiakan lagi kerana ada dikalangan mereka yang pergi telah mendedahkan kepada pihak tertentu. Makanya dengan isu terbaru seperti yang didedahkan oleh pembangkang sekarang ini, ia seolah-olah mengesahkan lagi apa yang berlaku. Pihak kerajaan tidak perlu buat cerita yang bukan-bukan pasal isu ini, kerana mereka dipercayai "berikan lesen" untuk tujuan tersebut.

[Maka itulah kenyataan terbaru yang dibuat oleh OCPD Serdang Superitenden Imran Abdul Rahman menafikan sindiket penganugerahan IC kepada 240 warga asing dari Johor kononnya mengikuti kursus kewartawan jelas sekali satu tindakan terdesak untuk mereka menutup "rahsia yang sudah terbongkar" itu sebenarnya. Mujurlah kes itu berjaya dikesan dan dikepung oleh Pemuda PAS dan akhirnya mereka terpaksa bersidai di Istana Dugang Country Resort tanpa dapat pergi ke destinasi sebenarnya.

Jika inilah caranya untuk kekalkan kuasa, maka sudah wajarlah rakyat menolak mereka sekarang. Jika tidak, Malaysia ini akhirnya akan dihuni oleh jutaan warga asing. Rakyat akan merempat dibumi sendiri akhirnya. Fikirlah masa depan anak cucu, dan generasi akan datang. Usah terlena dibuai mimpi lagi, "Misteri Enam Bas Ke Putrajaya" kini terbongkar. - SUMBER WM

shalehudin

Posted: 16 Oct 2011 11:33 AM PDT

shalehudin


Tragedi bangsa manusia

Posted: 16 Oct 2011 10:30 AM PDT

In the years after slavery was abolished, injustices were still visited upon people of color that made the ideal of human rights something of a joke. One of the most startling expressions of the 'lack of humanity' that black people possessed in the eyes of whites is shown by the story of Ota Benga, a member of a pygmy tribe from Africa. In 1906 Benga became an exhibit in the Monkey House of the Bronx Zoo. Yes, that's right – a man was caged and exhibited in a zoo. Does amorality know no bounds?

Bulan 12 baru nak dapat, la dah pakat melompat...

Posted: 16 Oct 2011 09:21 AM PDT

Bayaran bantuan sebanyak RM100 kepada setiap 5.3 juta pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2012, akan dibuat pada bulan Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kelonggaran supaya pembayaran itu dilakukan sebelum sesi baharu persekolahan bermula.

"Ini bermakna semua pelajar berhak untuk dapat jumlah itu tidak kira daripada kumpulan mana. Oleh kerana bajet ini untuk Januari tetapi Januari sekolah sudah bermula, kita minta ia dibayar pada bulan Disember kerana biasanya ibu bapa berbelanja bagi sesi persekolahan pada bulan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Kampung Paya di sini.

Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lepas, Najib berkata, bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara.

Selain itu, Najib turut mengumumkan agihan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bantuan itu merupakan pemberian kerajaan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak ramai.

Sahih dan benar, ini bukan Profesor kang kong...

Posted: 16 Oct 2011 07:00 AM PDT

Aziz Bari: Saya tak nafi kuasa Sultan, kaji saman media pesong kenyataan

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama.

Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh "derhaka" dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa (UIA) mengambil tindakan ke atasnya.

"Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan," kata pensyarah UIA ini dalam satu kenyataan hari ini.

Aziz (gambar) berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.

"Hanya Thailand yang mempunyai undang-undang 'lese majeste' yakni undang-undang yang menghukum mereka yang menghina raja," katanya.

"Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf," kata beliau lagi.

"Apa salah saya? Dengan siapa saya hendak mohon maaf? Saya hanya beri komen tentang satu perkara yang dalam bidang kajian dan pengetahuan saya," kata beliau sambil menambah, "menuduh saya derhaka tentunya tidak logik kerana saya telah banyak menulis mengenai raja berperlembagaan di Malaysia."

"Tesis PhD saya berjudul The Development and Role of Constitutional Monarchy yang dikemukakan kepada Universiti Birmingham, England menghurai pelbagai kuasa raja termasuk dalam aspek agama.

"Saya kemudian menerbitkan buku bertajuk Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan Di Sisi Perlembagaan pada 2002 yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya juga menulis satu-satunya huraian mengenai kuasa agama raja-raja dalam buku saya Islam dalam Perlembagaan Malaysia (2005)," katanya lagi.

Oleh itu soal beliau, "logikkah saya, dengan tulisan yang begitu banyak, hendak derhaka dan biadab kepada raja-raja?"

Sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, "orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku."

"Jangan mengarut dan menyesatkan orang lain," katanya lagi.

Aziz juga berkata beliau difahamkan sebuah stesen webTV hendak menganjurkan debat antara saya dengan Zulkifli dan beliau bersedia bila-bila masa.

"Saya harap Zul jangan lari dan jangan hanya berani dalam Parlimen sahaja. Dia cabar saya supaya berhenti UIA dan masuk politik.

"Saya tak minat politik. Saya hanya mahu berkongsi dengan masyarakat apa yang saya kaji selama ini," katanya.

Baru-baru inini, Ezam menggesa agar portal berita MalaysiaKini dan Aziz disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atas alasan mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama.

"Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci institusi Raja-raja Melayu.

"Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal MalaysiaKini," kata Ezam selepas membuat laporan polis di Shah Alam.

Katanya, Aziz dan MalaysiaKini menunjukkan sikap biadap, kurang ajar, dan melampaui batas yang dipercayainya perbuatan terancang dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.

Aziz dipetik berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa Ahli Parlimen membidas Aziz kerana kenyataannya.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, pensyarah UIA itu wajar dikenakan tindakan kerana kenyataannya seolah-olah tidak menghormati sultan sebagai ketua agama Islam.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Bung Moktar turut bersetuju bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Aziz kerana menyifatkan banyak kenyataan dan tulisan pensyarah itu mengelirukan rakyat selain bersifat partisan.

Pandangan sama dikongsi Zulkifli, wakil rakyat Kulim-Bandar Baru, yang secara sinis menyifatkan tindakan itu tidak seharusnya dilakukan oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai "pakar perlembagaan", kerana menurutnya kuasa sultan dalam hal telah jelas termaktub mengikut Artikel 47 dan 48 Perlembagaan Persekutuan.

Ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, akhbar keluaran Utusan Malaysia hari ini berkata, pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan Aziz mempersoalkan titah peringatan Sultan Selangor berhubung isu cubaan memurtadkan orang Islam.

"Ramai tahu siapa sebenarnya Abdul Aziz. Awang bukan mahu membuat tuduhan liar tetapi ia sudah menjadi rahsia terbuka sebagaimana yang didedahkan oleh Zulkifli Noordin.

"Kecenderungan politiknya kepada pembangkang cukup jelas. Pensyarah hebat seperti Aziz akan selalu mencari kewajaran untuk menjayakan misi politiknya," kata ruangan itu hari ini.

Jenuh ber'tai chi' gak la Awie... haha...

Posted: 16 Oct 2011 06:00 AM PDT

Bangkok tenggelam (bergambar)

Posted: 16 Oct 2011 05:00 AM PDT

Air banjir dari wilayah utara dan tengah dijangka tiba di ibu kota Bangkok sama ada esok atau Isnin ini.
Ketua Pengarah Pengairan Chalit Damrongsak malam ini berkata air banjir itu dijangka pada ketinggian antara 2.3 dan 2.4 meter di atas paras purata laut.
Ketinggian tembok banjir di Bangkok ialah 2.5 meter. 

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negara itu mengunjurkan sebelum ini bahawa 16 bilion meter padu air banjir akan tiba di Bangkok.
Lapan bilion meter padu air adalah dari wilayah Nakhon Sawan, enam bilion meter padu dari Ayutthaya, manakala dua bilion meter padu dari Phatum Thani.
Chalit juga berkata keadaan air pasang laut yang tinggi ketika ini akan berterusan bagi tempoh dua hari akan datang.
Kira-kira satu pertiga daripada Thailand masih dibanjiri, dengan 2.3 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 24 wilayah di utara dan tengah terjejas akibat banjir yang melanda negara itu secara berperingkat sejak 25 Julai lepas, dengan 297 kematian dicatat setakat ini. - Bernama

Video ni masih relevan dan tetap terbaik... kahkahkah...

Posted: 16 Oct 2011 03:30 AM PDT

Bangang memang dicipta khas untuk Umno...

Posted: 16 Oct 2011 02:00 AM PDT

Warga asing bakal usahawan negara?

"Alasan yang dikemukakan oleh OCPD Serdang sungguh tidak masuk akal. Warga asing diberi kursus keusahawanan?," soal Nasrudin.


PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali menafikan bahawa wujudnya nama pemilih yang bertindih, pemilih yang tidak dikenal pasti dan pelbagai lagi kekeliruan seperti mempunyai kad pengenalan (IC) yang hampir sama dalam keadaan yang sangat meragukan.

Tetapi beberapa hari selepas penafian dilakukan, 50,000 nama dikeluarkan dari senarai pemilih sedangkan peraturan yang ada menyebut nama pemilih hanya boleh dikeluarkan apabila ianya dibantah dengan bayaran dan bantahan itu diterima.

Menurut Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi, terbaru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula dijangkiti sindrom penafian apabila OCPD Serdang Superitenden Imran Abdul Rahman menafikan sindiket penganugerahan IC kepada 240 warga asing dari Johor.

Beliau memberi alasan kononnya mereka dibawa ke Selangor untuk mengikuti Kursus Keusahawanan, sedangkan mereka telah berjaya dikesan dan dikepung oleh Pemuda PAS dan akhirnya mereka terpaksa bersidai di Istana Dugang Country Resort, katanya.

Nasrudin menegaskan setelah rakyat menyaksikan rendahnya tahap integriti Pengarah SPR dan Timbalannya, kini pihak PDRM pula merosakkan reputasi pihak keselamatan yang sepatut dan selayaknya menjaga kedaulatan dan keamanan negara bukan bersubahat dengan sindiket yang mengancam kedaulatan.

"Alasan yang dikemukakan oleh OCPD Serdang sungguh tidak masuk akal. Warga asing diberi kursus keusahawanan? Inilah kali pertama saya mendengar dan melihatnya.

"Tapi dengan semangat Malaysia boleh, barangkali semua boleh berlaku. Asal mereka boleh buat penafian, mereka nafi walaupun dengan alasan yang mempersenda nilai intelek rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menyoal, "kursus usahawan jenis apa ni, penuh dengan kawalan ketat pihak polis? Kursus usahawan atom ke atau kursus usahawan untuk melahirkan pengusaha-pengusaha baru bagi memenangkan Umno dalam pilihan raya umum akan datang?"

Mutaakhir ini katanya, DPPM melalui Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat yang dipengerusikan oleh Suhaizan Kaiat bersama Timbalannya Mohd Adram Musa, banyak membuat pendedahan berkait penyelewengan dan kepincangan sistem urus demokrasi serta sistem pengendalian pilihan raya.

Pendedahan tersebut dituruti dengan penyerahan memorandum kepada pihak berwajib seperti SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara malahan laporan polis turut dilakukan.

Di Hotel Vistana Kuantan pada 28 September, satu Kursus Pemantapan Warga Pendidik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia diadakan bagi mengelabui pandangan umum sedang pengisiannya adalah untuk doktrin pemikiran para pendidik atau guru agar menyokong Umno dengan pelbagai maklumat salah, fitnah dan palsu yang disogok.

Sebelum ini, negara gempar dengan kenyataan Parlimen Malaysia bahawa terdapat 27,293 warga asing telah dilulus menjadi warganegara, hanya dalam tempoh tidak sampai empat tahun (2008 – 2011).- FMT

Apek!! jaga depan ada longkang... aiyaaa... kahkahkah...

Posted: 16 Oct 2011 01:45 AM PDT

Terkini!!!Kesian Sama Ini Apek.Kena terajang Dengan Wanita...

Tsu Koon Buat Muka Walfare.

1- Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe mendesak supaya Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak bertanding pada PRU 13 akan datang.

Gesaan dibuat semasa persidangan perwakilan kebangsaan Wanita Gerakan, di ibunegara hari ini.

"Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti. Saya yakin beliau akan jadi lebih baik jika tidak bertanding" - Bernama

Kalau Wanita sendiri pun dah reject muka Tsu Koon, beliau harus cermin diri dan akur dengan kehendak akar umbi. Bukan sahaja orang Umno meluat dan lantang mengkritik Tsu Koon, orang China pun sudah menyampah dengan beliau.

Ayat yang digunakan oleh Wanita ialah ayat bangun jatuh terduduk seperti yang di amalkan oleh Guan Eng Dap Komunis. Tsu Koon betul-betul kena penyepak dengan Wanita. Lihat ayat di atas betul-betul.

Ayat 'Agree to disagree' atau 'tidak memaksa berhenti tetapi berharap berambus lah cepat-cepat' kepada Tsu Koon.

Ini muka reject yang katakan Melayu Pendatang.

2- Di ramalkan lepas hari ini Tsu Koon akan tidur tidak lena kerana beliau sudah tidak dikehendaki wanita kerana sudah terlalu lama.

Beliau akan announce dan berundur diri dari bertanding pada PRU13 nanti.

Melayu tak semestinya Islam...

Posted: 15 Oct 2011 09:00 PM PDT

Sambut Birthday dengan Guinness

Blog Picture2U

Hebat Melayu sekarang setelah 50 tahun dengan UMNO sambut birthday dengan GUINNESS!

Wajib baca kalau nak kenai Yahudi Malaysia

Posted: 15 Oct 2011 08:05 PM PDT


Yahudi berjuang agar Muslim jadi kafir

by tokdalang

MEMANGLAH orang Yahudi berusaha supaya kita orang Islam menjadi kafir. Antaranya yang kita telah buat dengan terang dan jelas sekali ialah teori-teori politik, ekonomi, pendidikan yang dilaksanakan pada hari ini atau yang dipanggil sosialisme, kapitalisme, pragmatisme, demokrasi dan lain-lain seumpamanya, jika dikaji teori teori ini adalah dilahirkan oleh orang Yahudi atau Nasrani.

Merekalah yang mencipta teori-teori dan falsafah ini, di mana kebanyakan orang Islam percaya kepada teori ini sehingga sanggup menolak Islam sekali gus tidak menyedari diri telah menjadi kafir.

Inilah apa yang dikehendaki oleh orang kafir yang Allah Taala sebut di dalam ayat yang kita mesti menyedarinya.

Apa yang berlaku itu adalah kerana hasad dengki mereka selepas ternyata bagi mereka kebenaran. Mereka sudah mengetahui bahawa Islam itu agama yang benar, memang ramai kita mendengar orang yang tidak percaya kepada Islam dengan mengaku bahawa Islam itulah yang betul.

Perintah Allah

Kalau ditanya mengapa tidak mahu ikut Islam? Mereka menjawab Islam tidak boleh dan tidak sesuai dilaksanakan pada zaman sekarang. Kenyataan itu serupa dengan apa yang disebut di dalam ayat al-Quran.

Kepada ahli kitab pada zaman Nabi, Allah memerintahkan supaya memaafkan mereka dan membiarkan mereka sehingga Allah Taala mendatangkan perintah-Nya sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu, maksud ayat 109 surah al-Baqarah.

Ayat memaafkan mereka dimansuhkan hukumnya. Kalau kita lihat Allah menyatakan di dalam ayat itu – "Sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya."

Apakah perintah-Nya? Perintah-Nya ialah firman Allah Taala dalam ayat 29 surah at-Taubah, maksudnya: "Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah."

Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan.

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani."

Yang demikian itu hanyalah angan angan mereka sahaja. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar."

Depa ni memang jenih tak bijak...

Posted: 15 Oct 2011 07:00 PM PDT

Bukit Aman buat keputusan 'tak bijak' tangkap Ibrahim Libya

by tokdalang

SEORANG bekas pegawai kanan polis yang terlibat dalam Tragedi Memali mendakwa keputusan pegawai atasannya di Bukit Aman untuk menangkap pemimpin PAS, Ustaz Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya sebagai 'tidak bijak'.

Bekas Ketua Polis Daerah Baling, Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim ) dalam bukunya Memali: A Policeman Remembers berkata keputusan 'tidak bijak' itu dibuat dengan campurtangan politik serta kerana memandang rendah ketabahan pengikut Ibrahim.

Peristiwa berdarah pada 19 November, 1985 menyebabkan kematian Ustaz Ibrahim, dan 13 pengikutnya dan empat anggota polis, selepas percubaan kali kedua untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Muszaffar menulis bahawa pegawai-pegawai tertinggi di Bukit Aman sepatutnya tidak menuruti arahan daripada pemimpin politik mereka dan menolak permintaan yang tidak selaras dengan norma-norma atau prosedur polis.

"Budi bicara dan tindakan polis tentang bagaimana mereka harus melaksanakan tanggungjawab perlu mengikut situasi pada peringkat akar umbi," katanya.

Pada masa itu, pihak polis diletakkan di bawah jagaan Tan Sri Musa Hitam dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kejadian itu adalah Perdana Menteri.

Menurut Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada bulan Februari 1986, kerajaan cuba memberikan justifikasi bagi menangkap Ustaz Ibrahim di bawah ISA dengan menuduh beliau menubuhkan Gerakan Revolusi Islam yang bertujuan untuk menggulingkan Kerajaan Persekutuan dengan kekerasan.

Walaupun Muszaffar tidak membekalkan apa-apa dokumen mengenai contoh campur tangan politik itu, katanya, Musa (Hitam) telah mengeluarkan arahan khusus semasa percubaan pertama pada 2 September 1984 untuk menangkap pemimpin PAS berkenaan.

Simpan la bangang tu kat orang lain sama Zahrain oii... haha...

Posted: 15 Oct 2011 06:30 PM PDT

Umno sakit jantung... kahkahkah...

Posted: 15 Oct 2011 05:50 PM PDT

Serangan ke Jantung UMNO

Oleh Hasmi Hashim

Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada sebelah siang, tidak mengalih pandangan untuk perbincangan soal sejarah yang sekian lama dimanipulasi sebagai alat parti pemerintah. Lebih 120 orang memenuhi ruang dewan yang sepatutnya hanya mampu memuatkan 100 orang sahaja. Rata-rata adalah anak muda selain tokoh politik dan ahli akademik.

Memandang keadaan dan minat yang tak pernah terasa begini hebat, terutama sejak Reformasi 1998, subjek sejarah kini menjadi hantu yang bergantayangan di kepala pemerintah. "Mampukah sejarah menumbangkan UMNO-BN?" begitu soalan yang kemudiannya menyusul. Terlebih dahulu saya siapkan halaman karangan yang dibahagi-bahagikan kepada hadirin yang hadir.

Allahyarham Mat Indera tak ada peluang menjawab satu pun tuduhan dan kata nista yang dilempar kepadanya. Walaupun beliau punya tempoh setahun terdekam dalam penjara - ditangkap pada 1952 sebelum digantung mati pada 1953 - beliau tetap tak mahu tunduk sujud di bawah telapak duli Inggeris. Betapa pun batang tubuhnya diseksa.

Orang yang tak pernah dizalimi, mungkin tak mengerti apa artinya kezaliman; namun aneh andai anak bangsa yang pernah ditindas penjajahan, tak merasa peri-perihnya penjajahan. Sungguh tak dapat dimengertikan bagaimana segelintir orang akademik bergelar "profesor" terbelit dengan persoalan mainan istilah dan semantik sehingga ketepi kenyataan bahawa bangsanya pernah dijajah.

Hal ini jadi bahan tawaan orang apabila penyataan "Malaysia tak pernah dijajah" dihembur tanpa bukti kajian dan jilid ilmiah terperinci untuknya. Ia hanya dilontar dalam satu sidang media Majlis Profesor Negara (MPN) dan disusuli satu-dua forum awam.

Tujuannya pula lebih hanya untuk meyakinkan rakyat dalam jangka masa pendek; bukan menyatakan kebenaran dan perincian fakta sejarah yang sesungguh-sungguhnya. Dalam kata lain, MPN melalui dua-tiga orang profesor yang bersekongkol menyatakan "Malaysia tak pernah terjajah" lebih berperanan sebagai "orang politik". Bukan sebagai juru akademik dan ilmuan. Sidang media oleh MPN berhubung isu itu diadakan pada 9 September 2011.

12 hari kemudian, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pun dihadap ke mahkamah, atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Bukan kelaziman polemik sejarah jadi perbicaraan mahkamah. Apakah yang sangat ditakuti dengan kenyataan daripada isi ceramah Mat Sabu? Atau mengapa ada yang begitu gementar dengan Mat Indera; seorang lelaki guru agama kelahiran Batu Pahat, Johor yang menganggotai sayap Angkatan Pemuda Insaf (API)? Di bawah direkodkan kembali sepotong kenyataan media oleh MPN yang barangkali boleh membuka kotak pandora untuk menjawab soalan-soalan di atas:

Golongan kiri atau radical dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ingin menentang dengan kekerasan kerana mereka adalah terpengaruh dan terikut dengan gerakan anti-penjajahan Indonesia terutama oleh Sukarno dan Hatta.

Sejak sekian lama, murid-murid sekolah diajarkan bahawa Malaysia mencapai kemerdekaan dengan "jalan rundingan". Tunku Abdul Rahman diangkat sebagai Bapa Kemerdekaan. Tunku adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Sejak 1957, UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah perikatan tunggal yang memerintah. Parti itu jua yang dikatakan memperolehi kemerdekaan dari Inggeris, dengan jalan rundingan: "merdeka cara aman".

Keperluan menyokong UMNO-BN pada hari ini bukan sahaja kerana UMNO-BN telah berjasa memerdekakan tanahair, tetapi kemerdekaan itu tanpa tumpah darah - di sinilah titik khianat di dalam sejarah yang dipertahan segelintir orang itu. Biar bagaimanapun bobrok kepimpinan elitnya, atau dasar-dasar yang sudah tidak sesuai dengan zaman, namun, tetap UMNO-lah yang harus didukung kerananya Malaysia merdeka.

Gambaran ini berderai apabila muncul nama Mat Indera.

Di belakang nama Mat Indera, tak dapat ditutup lagi hakikat ada pertubuhan dan parti lain, selain UMNO, yang dibentuk lebih awal daripada UMNO, yang, berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu. Parti-parti seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Hizbul Muslimin diharamkan Inggeris - bagaimanakah Inggeris boleh mengharamkan parti-parti ini kalau bukan Inggeris yang berkuasa? Ini juga satu bukti bahawa tak punya beza pengertian antara "tanah lindungan" dengan "tanah jajahan" macam yang didakwa.

Yang dibenarkan bergerak hanya UMNO: sebuah parti yang ditubuhkan selepas Perang Dunia ke-2, iaitu tempoh waktu untuk "menyambut" kedatangan Inggeris kembali ke Tanah Melayu. Orang Melayu sebagai kaum majoriti haruslah disatukan di bawah satu pertubuhan politik bagi tujuan itu.

Onn Jaafar, si pendiri UMNO, juga akhirnya terhindar keluar apabila beliau melihat bahawa gagasan parti satu kaum akan mendatangkan mudarat bagi masa hadapan Tanah Melayu. Terutamanya selepas merdeka. Buah fikiran parti pelbagai kaum, bukan idea Inggeris; tidak cocok dengan Inggeris, dan kerana itu Dato' Onn harus dikesamping daripada barisan elit UMNO.

Malayan Union digemparkan untuk ditubuhkan. Berserta itu, orang-orang Melayu ditakut-takutkan. Terasa pula bahawa Inggeris seakan tidak serius. Inggeris-dengan segala kekuatan yang ada padanya- boleh sahaja meneruskan gagasan MalayanUnion kalau mereka mahu; kala mana kuasa sultan-sultan Melayu berada dalam keadaan cukup lemah. Namun kenyataan sejagat pertengahan abad 20 ialah memiliki wilayah jajahan bukan lagi keutamaan mana-mana empayar Eropah. Ketika sama, Barat sudah cukup matang wacananya mengenai imperialisme, kebebasan, hak-hak asasi manusia dan kerakyatan.

Daripada perspektif dan latar ini, mencanangkan MalayaUnion tak lebih hanya justifikasi agar UMNO (parti anak emas Inggeris) itu jadi releven. Sementara di mata "golongan kiri", tanpa atau dengan MalayanUnion, Inggeris tetap penjajah yang harus dihalau. Pengalaman Indonesia tentulah munasabah untuk dijadikan contoh rujukan. Indonesia merdeka dan terbangun sebagai sebuah negara-bangsa pada 1945; 12 tahun lebih awal daripada kemerdekaan Tanah Melayu.

Entah apa yang dimaksudkan "radikal" sepertimana dalam kenyataan media MPN, kalau bukan sebermula kenyataan API iaitu "merdeka dengan darah", yang turut dipetik daripada perjuangan nasionalis sebelum Indonesia merdeka. Ia, sesungguhnya lebih awal dari itu…

Saudara Syed Shahir mengutarakan pandangan ketika sesi soal jawab.

Kemerdekaan India - satu lagi koloni Inggeris - adalah kemerdekaan yang datang daripada semangat penentangan sama, iaitu menolak kerjasama dengan penjajah. India merdeka pada 1947. Mahatma Ghandi, pejuang dan bapa pendiri India berslogan "lakukan atau mati", yang menjadikan sosok tubuhnya sebagai "senjata". Yang dimaksudkan sebagai "lakukan" ("do") adalah "merdeka".

Demikian sembang-sembang mengenai "siapa Mat Indera" membuka selera dan semangat baru kepada kita hari ini untuk selidiki lebih mendalam mengenai sejarah bangsa berhubung perjuangan kemerdekaan. Adalah sesuatu yang angkuh bila dikatakan kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu terputus dengan kesedaran di negeri-negeri lain yang sama terjajah, sama ada Indonesia (Belanda), Filipina (Sepanyol) mahupun India (Inggeris), misalnya.

Sendal-sendal dan alang-alang sejarah aliran pemerintah pun ada yang mulai patah. UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara ini sejak merdeka, dan sejak itu tak pernah sekalipun anak watan dapat melihat sejarah daripada versi yang bukan versi pemerintah UMNO-BN.

Catatan dan buku-buku sejarah yang bukan ditulis dan diterbitkan pemerintah, dianggap tidak berwibawa meskipun ditulis oleh individu pencipta sejarah itu sendiri. Misalan yang ada ialah buku Merintis Jalan Ke Puncak, iaitu memoir Ahmad Boestaman. Buku 188 muka surat ini pertama kali diterbitkan oleh Penerbitan Pustaka Kejora pada 1972. Sejak penerbitan sulung, tidak ada usaha untuk ulang terbitkannya kembali.

Di dalam buku itu, turut diceritakan bagaimana PKMM yang mulanya salah sebuah badan gabungan UMNO, keluar daripada UMNO kerana ingin menentukan lambang atau bendera UMNO. Persoalan yang timbul bukanlah tertumpu sangat kepada Sang Saka Merah Putih sepertimana yang dicadangkan oleh KMM, tetapi sistem undian yang memberi hak satu badan dengan dua undi; tanpa mengira kecil atau besar sesuatu pertubuhan berkenaan. Cadangan PKMM, kalah dengan hanya satu undi. Sidang pertama UMNO itu diadakan di Ipoh, Jun 1946.

Maka tidak hairan, bagaimana asas bendera UMNO sepertimana yang wujud hari ini adalah daripada Sang Saka Merah Putih, sama seperti bendera Indonesia. Sama juga seperti bendera PAS mahupun bendera Republik Singapura. Hanya bendera UMNO dibubuh lingkung bulat kuning yang di tengahnya diletakkan imej keris tanpa sarung.

UMNO adalah parti aliran kanan. Sebuah parti perkauman yang tidak menjadikan slogan "merdeka" sebagai slogan awal mereka. Slogan awal UMNO ialah "hidup Melayu". Slogan merdeka dibawa awal oleh parti-parti kiri, termasuklah PKMM.

Hanya selepas mendapati ada ruang di mana Inggeris mahu memberikan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu, barulah UMNO mengguna-pakai slogan merdeka sebagai slogannya. Dengan yang demikian, tidakkah UMNO secara tak sedar menerima dan mengakui bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan itu adalah kesedaran awal oleh parti-parti dan tokoh-tokoh lain di luar UMNO?

Begitulah sejarah yang jelas nyata ini tak juga selesai, demi survival UMNO khususnya. Atas sebab itu jualah, nama pejuang seperti Mat Indera begitu ditakuti. Membuka kenyataan sejarah ini bakal menjadikan teras sejarah UMNO terbongkar dan tercabut. Kesannya psikologinya ialah, generasi muda takkan lagi terasa terhutang budi untuk terus menyokong sebuah parti yang memerintah Malaysia sekian lama. Mat Indera bukan hanya telah menyerang Bukit Kepong, sepertimana 61 tahun lalu. Dia juga kini sedang menyerang titik tengah kekuatan parti pemerintah. Kepada UMNO, barangkali keadaan inilah yang paling ditakutinya.

*Karangan ini asalnya adalah bahan bacaan sisipan bertajuk Siapa Takut dengan Mat Indera? yang disediakan untuk forum awam "Malaysia dan Sejarah yang Belum Selesai" anjuran Akademi Pak Sako di Hotel Quality, Shah Alam pada 7 Oktober 2011 (Jumaat), jam 8 malam.

**Hasmi bin Hashim, 35 - seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat.

Ulat merah...

Posted: 15 Oct 2011 03:30 PM PDT

Kisah Nabi Daud Dengan Ulat

Ingatlah, bahawa semua makhluk Allah sentiasa berzikir memuji kebesaran Allah

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingati sebagai bahan sejarah agama Islam, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak kes penganiayaan terhadap haiwan. Ini menunjukkan manusia begitu jauh dengan agama. Kebanyakan mereka menjadi sangat kejam disebabkan faktor duit.

Addin

Posted: 16 Oct 2011 11:27 AM PDT

Addin


Panas!! Anak Dan Suami Shahrizat Jalil Dapat Projek RM250 Juta?

Posted: 16 Oct 2011 06:00 AM PDT

Siapa yang nak jadi kaya di Malaysia tiada masalahnya, tidak kisahlah anda Melayu, Cina ataupun India. Rasanya orang tidak akan melenting apatah lagi menyimpan perasaan dengki sekalipun dengan golongan kaya seperti ini asalkan mereka berjaya hasil usaha dan titik peluh mereka sendiri. Tetapi, yang menjadi pertikaian dan persoalannya kalau ada kalangan "mereka-mereka" yang mengumpul kekayaan dengan dengan jalan pintas, atas kapasiti mereka ada kuasa ataupun mempunyai hubungan baik dengan "pihak-pihak yang berpengaruh dan berkepentingan" sehingga begitu mudah.

Sila baca lagi di sini.


FELDA Bakal Bankrap Sikit Masa Lagi..

Posted: 16 Oct 2011 02:00 AM PDT

Lebih ramai peneroka di seluruh negara akan menyaman Felda dalam masa terdekat, kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Beliau berkata, tuntutan saman itu bukan berlaku di tempat tertentu tetapi merebak di seluruh negara. "Peneroka di Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu telah menyaman Felda. Sehingga tujuh atau lapan kes telah difailkan ke atas Felda. "Dan yang terbaru ialah membabitkan para peneroka di Kertih 1 dan Kertih 2 di Terengganu menyaman Felda membabitkan 77 orang," katanya mengulas tindakan peneroka berkenaan yang menyaman Felda semalam.


Kesemua peneroka memfailkan saman menuntut wang caruman tanam semula di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Peneroka Sungai Koyan

Mazlan berkata, kes seperti pernah dibuat oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan di Pahang dan dimenangi mereka. "Yang berbeza tanah peneroka Sungai Koyan ialah 14 ekar manaka di Kertih cuma 10 ekar. "Peneroka Kertih mencarum RM4 seekar dan bermakna RM40 untuk keluasan 10 ekar," tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Felda menyediakan peguam terbaik untuk mewakili agensi pembangunan tanah persekutuan itu.Beliau juga menasihatkan Anak jangan menganggap semua saman akan dimenangi oleh peneroka./fmt

Addin :

Kalau macam ni gayanya.. Felda pasti bankrap sikit masa lagi. Ditambahkan pulak.. bapak penyangak jadi kepalanya..


(Gambar) Ariel Sharon Laknatullah Koma

Posted: 15 Oct 2011 10:00 PM PDT

Mungkin begini Sharon atau lebih teruk lagi?
Associates Press melaporkan bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon, 82, dipindahkan ke rumah selepas empat setengah tahun berada dalam keadaan koma berikutan serangan angin ahmar. Perpindahan itu juga berikutan rungutan sesetengah pihak bahawa kos penjagaan Ariel begitu tinggi dan kos itu pula ditanggung oleh pembayar cukai. Seorang pegawai hospital, Dr Shlomo Noi, memberitahu Radio Israel bahawa bekas pemimpin itu dipindahkan awal hari ini dengan ambulans ke kediaman di ladang biri-biri milik keluarganya di selatan Israel.

Jasad bernyawa Sharon ini akan dijaga oleh dua orang anak lelakinya, iaitu Omri dan Gilad. Sharon ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Tel Hashomer sejak mengalami serangan angin ahmar pada awal 2006. Selepas serangan penyakit itu, tempatnya telah diambil alih oleh Ehud Olmert. Ariel Sharon laknatullah ini cukup dikenali kerana kekejamannya membunuh penduduk Palestine yang tidak berdosa di Kem Shabra dan Shatila pada tahun 1982. Pembantaian yang tidak berperikemanusiaan itu mengorbankan hampir 3000 nyawa rakyat Palestine.

Semua kita tahu mengenai cerita Kamal Artaturk yg mati secara terhina sehingga bumi tidak menerimanya. Namun manusia terus berani menentang Allah. Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dlm keaiban. Ariel Sharon telah byk merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yg mengalir kerana kezalimannya dulu. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma.

Sehinggakan media di seluruh dunia malu untuk menerbitkan gambar keadaannya. Kini Ariel Sharon yg berusia 82 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center.

Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Subhanallah...ambillah pengajaran daripadanya agar kita terus bertakwa dan beriman kepada Allah Amin.

Didalam Al-Quran banyak memberi ingatan bahawa setiap amal perbuatan kita walaupun sebesar zarah, yang baik atau pun jahat akan diperlihatkan dan akan diberi balasan di sisi Allah s.w.t. Balasannya tetap akan diberikan tidak didunia ini di akhirat kelak.

Mat Indon Ugut Bunuh Tiara Jacquelina

Posted: 15 Oct 2011 06:00 PM PDT

Dipetik dari laman Gua, yang Aznil Hj Nawawi (pengurus) dan Tiara menerima ancaman/ugutan bunuh melalui laman sosial Twitter milik orang Indon, @ZicosIndo. Disebabkan oleh poster teater The Secret Life of Nora yang memaparkan Tiara Jacquelina memakai baju kebaya. Kata @ZicosIndo menganggap kita dalam usaha mencuri kesenian dengan negara mereka. Nampaknya Mat Indon ni tak tahu sejarah...…but why do you claim the indonesian batik at #thesecretlifeofnora! I will kill u if u dt sto"

AdukaTaruna

Posted: 16 Oct 2011 11:16 AM PDT

AdukaTaruna


Apa yang lu nampak? Tulis kat sini.

Posted: 15 Oct 2011 11:46 PM PDT


Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 16 Oct 2011 09:49 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Video Lucu, tetapi Benar ...?

Posted: 16 Oct 2011 07:37 AM PDT


Video Lucu, tetapi Benar ...?
Kaaahhhhh, kah kah ...?

Kesiaannn, dia ini diaibkan ...?

Posted: 15 Oct 2011 08:50 PM PDT

Siapa kenal ...? Maaf, gambar se***si ...?

Posted: 15 Oct 2011 06:40 PM PDT

Siapa kenal ...? Maaf, gambar se***si ...?
JAWI, JAKIM dan para mufta kenal ...?

Anak Sungai Derhaka

Posted: 16 Oct 2011 09:41 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Adakah Ini Menteri yang dianugerahkan Projek Mega Bernilai RM250 Juta itu?

Posted: 16 Oct 2011 07:30 AM PDT



Isu yang dibangkitkan dalam artikel kali ini adalah masalah legasi. Contohnya, kalau disemak semula pengagihan Tabung Makanan di bawah RMK9 yang berjumlah RM2 billion. Persoalannya sekarang, kenapa kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM250 juta kepada satu syarikat milik anak dan suami menteri seperti yang disebut dibawah ini?


Kalaulah RM250 juta ini diagihkan dengan lebih telus kepada 1,000 orang usahawan contohnya kesan gandaan kepada ekonomi setempat, peluang pekerjaan dan limpahan kesejahteraan yang lebih meluas kepada rakyat terbanyak. Akhirnya, ramai rakyat yang mendapat "manfaatnya". Bukannya tertumpu di tangan mereka yang sudah kaya dan berkedudukan. Mana yang lebih baik?

Ada sebuah projek mega yang melibatkan sebuah syarikat yang berkepentingan telah dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara program yang diumumkan perdana menteri dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, tetapi tidak membawa sebarang hasil.

"Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet perdana menteri," katanya. Anwar berkata, soalan itu sudah dibangkitkannya sejak tahun lepas tetapi tidak pernah dijawab oleh perdana menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab.

Sedangkan, tambahnya, jumlah peruntukan itu sama dengan potongan subsidi gula yang ditanggung rakyat - Malaysiakini

Yang pastinya menteri tersebut adalah menteri wanita. Jadi siapakah menteri wanita yang telah dibangkitkan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini? Kalau dalam senaraian kabinet Malaysia nak senaraikan menteri-menteri wanita yang ada tidaklah susah mana pun.

Menteri wanita dalam kabinet Malaysia sekarang ini pun tidak ramai. Antaranya ialah :

-Datuk Seri Sharizat Jalil (Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
-Datin Paduka Chew Mei Fun (Timb.Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
-Datuk Maznah Mazlan (Timbalan Menteri Sumber Manusia)
-Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan)
-Datuk Rohani Abdul Karim (Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Industri)
-Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)
-Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Pendedahan seterusnya sila baca di SINI

DAP Perak tidak bimbang isu hudud..

Posted: 16 Oct 2011 12:03 AM PDT

PETALING JAYA: Isu hudud yang menjadi kontroversi di media sekarang tidak menjadi faktor penentu dan membimbangkan DAP Perak untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Ketua DAP Perak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan Ngeh Koo Ham ketika dihubungi yakin pengundi Melayu lebih cenderung menyokong DAP yang sanggup berbincang dengan PAS meskipun berbeza pendirian.


"DAP sanggup mendengar penjelasan PAS cuma DAP berbeza pendirian atas dasar keadilan," terang beliau yang juga ahli parlimen Beruas.

Kata beliau, pendirian Barisan Nasional (BN) tentang isu hudud ini pula sangat berbeza menyebabkan orang Melayu Perak merasa kurang senang dan akan menolak mereka dalam PRU 13 nanti.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan manakala MCA mengugut akan keluar dari BN," jelas Ngeh.

Isu hudud hangat diperkatakan sejak bulan lepas apabila Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merangkap Menteri Besar Kelantan mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan apabila ia dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat pada penghujung bulan lepas memutuskan bahawa hudud tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapatkan konsensus dari parti komponen Pakatan Rakyat – PKR, DAP dan PAS.

Pembahagian kerusi selesai

Dalam perkembangan berkaitan, Ngeh mengakui bahawa pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di Perak untuk PRU 13 telah pun selesai.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butiran mengenai pembahagian kerusi itu.

"Ini adalah sebahagian daripada strategi kami di Pakatan Rakyat. Politik adalah seperti permainan catur dan kami tidak mahu beri kelebihan kepada BN," jelas beliau.

Ngeh turut mendakwa bahawa Pakatan Rakyat tidak akan mendedahkan strategi mereka kerana sudah ada usaha merosakkan nama baik Adun Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga bekas menteri besar.

Ketika ditanya berkenaan calon Melayu untuk DAP, Ngeh berkata Pakatan Rakyat Perak telah membuktikan bahawa politik mereka melangkaui batas kaum.

"Dalam Pakatan Rakyat, calon Cina akan bantu Melayu dan India dan begitulah sebaliknya. Kita akan lebih bersatu. Perbezaan di dalam pelaksanaan dasar umpamanya akan berdasarkan keperluan," kata Ngeh.

Ngeh turut ditanya berkenaan trend pengundi terhadap DAP khususnya dan Pakatan Rakyat secara amnya.

"Pengundi bandar dan mereka yang membaca berita alternatif lebih cenderung menyokong DAP dan Pakatan Rakyat manakala penduduk luar bandar yang hanya mendapat berita media arus perdana dan mendapatkan segala yang dipinta cenderung mengundi BN.

"Masalahnya mereka tidak faham bahawa apa yang mereka perolehi itu datang dengan kos rasuah yang tinggi," kata Ngeh.


Free Malaysia Today

Najib sahkan UMNO Pulau Pinang hanya kuda tunggangan Gerakan.

Posted: 15 Oct 2011 11:32 PM PDT

"UMNO tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain," kata Najib.

Kenyataan Najib itu membuktikan bahawa UMNO Pulau Pinang sekali lagi bersedia menjadi kuda tunggangan kepada Gerakan dan MCA di Pulau Pinang jika mereka boleh menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.


Oleh itu mana-mana pemimpin dari UMNO Pulau Pinang yang kini sedang bermimpi untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.. teruskanlah bermimpi!!

********************

Najib: Umno tidak akan tuntut teraju negeri jika BN rampas balik Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Datuk Seri Najib Razak memberi Gerakan jaminan bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pualu Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

"Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain," kata Perdana Menteri ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi BN berkata Gerakan mesti bekerja keras untuk mendapatkan negeri itu daripada DAP dan bersedia untuk membuat pengubahsuaian kepada sistem peruntukan kerusi demi perikatan yang lebih kukuh.

"Setiap daripada kita mesti menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan menjadi sebahagian daripada masalah," kata beliau.

Najib yang juga Presiden Umno berkata beliau telah membincangkan perkara ini dengan Umno Pulau Pinang dan kepimpinan parti negeri itu telah bersetuju bahawa ia tidak akan menuntut kepimpinan kerusi ketua menteri.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata, BN kini meneliti butiran perubahan-perubahan dalam soal peruntukan kerusi, tetapi menekankan bahawa ia akan membabitkan penambahbaikan di sana sini dan bukannya perubahan secara menyeluruh sistem.

"Kami merupakan sebuah keluarga yang besar, jadi akan lebih kompleks apabila hendak membuat keputusan berkaitan sesebuah kawasan," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kepimpinan negeri akan kekal dengan Gerakan, Najib memberitahu, BN masih membincangkan perkara tersebut, tetapi mengulangi Umno akan menuntut kedudukan itu.

Pemimpin Gerakan mengetuai Pulau Pinang selama 39 tahun tetapi negeri itu jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Perkembangan itu membawa kepada gesaan daripada pemimpin-pemimpin Umno pada September tahun lalu agar Gerakan menyerahkan kerusi-kerusi yang ia kalah kepada Umno atas alasan parti teras BN itu mempunyai peluang lebih baik untuk menang.


The Malaysian Insider

Pelaksanaan Cukai Keuntungan Hartanah: Langkah bodoh pentadbiran Najib?

Posted: 15 Oct 2011 07:26 PM PDT

Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mendakwa perdana menteri telah bertindak dengan "tidak bijak" dalam soal pelaksanaan cukai keuntungan hartanah (RPGT) memandangkan kadar baru yang diumumkan menerusi Bajet 2012 itu hanya akan menyebabkan harga hartanah terus naik.

Setiausaha Agung HBA Chang Kim Loong berkata, ini kerana kadar yang telah dikaji semula itu hanya mempunyai impak kecil ke atas spekulator jangka pendek yang mengharapkan keuntungan, sebaliknya akan mengakibatkan kenaikan dalam pelaburan hartanah bersifat spekulatif.


Katanya, Persatuan Pemaju-pemaju Hartanah (Redha) menyambut baik kenaikan RPGT daripada lima kepada 10 peratus bagi rumah-rumah yang dijual dalam tempoh dua tahun selepas dibeli, tetapi menegaskan pendekatan baru ini tidak bermakna ke atas spekulator jangka pendek yang mahu mendapatkan keuntungan.

Chang memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah betul dalam memastikan setiap rakyat boleh memiliki rumah, tetapi kelihatan beliau juga mendengar input daripada kumpulan-kumpulan perniagaan yang mempunyai kepentinagn dan agenda sendiri.

Dalam satu kenyataan kepada media semalam, kata Chang, adalah sesuatu yang malang apabila perdana menteri tidak diberi nasihat yang betul mengenai situasi yang sebenar.

"Justeru kata beliau, rakyat pula boleh menjangkakan kenaikan dalam pelaburan hartanah spekulatif, yang akhirnya akan menaikkan lagi harga.

Chang berkata hartanah biasanya tidak dibenar untuk dijual ketika masih dibina, yang mengambil masa antara dua hingga tiga tahun, dan oleh itu, menaikkan RPGT daripada lima kepada 10 peratus adalah sesuatu yang tidak bermakna.

Katanya, jika pentadbiran Najib mahu mengawal spekulasi, kadar yang diumumkannya perlu dikaji semula.

Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kadar tetap RPGT yang rendah iaitu lima peratus didapati tidak begitu berkesan untuk membendung aktiviti spekulasi dalam pasaran hartanah yang mana jika tidak dikawal akan memberi tekanan kepada harga hartanah.

"Situasi ini dalam jangka masa panjang akan menjejaskan kemampuan golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.

"Bagi menangani masalah ini, kerajaan mencadangkan kadar RPGT dikaji semula," kata Najib'.

Bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga dua tahun, kadar RPGT adalah 10 peratus manakala hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun, kadar lima peratus dikekalkan.

"Bagi hartanah yang dilupuskan selepas lima tahun pula, RPGT tidak dikenakan. Saya yakin, kadar RPGT yang masih rendah ini tidak menjejaskan pemilik hartanah tulin dan sekali gus dapat mengawal aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah," katanya.

Semalam, Najib melancarkan eksesais pengundian pertama Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Kompleks Kejiranan, Precinct 11, Putrajaya.

Sejumlah 560 unit rumah mampu milik telah mencatatkan lebihan langganan 13 kali dengan lebih 7,000 permohonan diterima, yang mana 84 peratus ialah pembeli rumah kali pertama.

*******************

Ulasan oleh Jalan Pulang

Memang sah Bajet 2012 Najib Altantuya penuh dengan unsur-unsur penipuan kah kah kah...

Sudahlah Dewan Rakyat bersidang dalam keadaan laporan Ketua Audit Negara disorokkan walhal dah lama siap kata ketuanya Ambrin Buang, sekarang satu lagi tembelang Najib Altantuya dikantoikan kah kah kah...

Kunun nak kawal spekulasi harga rumah, tapi sebenarnya menipu rakyat yang nakkan rumah dan bukannya yang jual beli rumah nak buat untung kah kah kah...

Sebab tu kadar pinjaman rumah yang dibenarkan naik dari RM220 ribu jadi RM400 ribu kah kah kah...

Maknanya jika kadar faedah (bunga) sekitar 4.75 peratus pun dengan BLR sekarang 6.3 peratus, untuk beli rumah yang harganya RM400 ribu, pembeli kena bayar sampai RM2,086 sebulan sampai 30 tahun kah kah kah...

Syarat bank pulak, kalau pendapatan kurang 1/3 dari bayaran bulanan, bank tak boleh bagi pembeli beli rumah kah kah kah...

Sudahlah kena bayar deposit 10 peratus, mana nak cekau kah kah kah...

Jadi macam mana nak beli rumah kalau gaji pun setakat RM3,000 kah kah kah...

Siapa yang ada duit boleh la buat pembelian spekulatif yang memang sengaja buat untung naikkan harga masa rumah tengah buat dalam 2-3 tahun kah kah kah...

Maknanya tak ada pembeli golongan sederhana dan rendah yang mampu beli rumah sebab Najib Altantuya buat dasar macam tu kah kah kah...

Nampak tak Najib Altantuya menipu 1Malaysia kah kah kah...

Kalau tak paham jugak cuba tanya orang jual rumah berapa harga rumah sekarang, gila ke tak kah kah kah...

Jalan Pulang

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 16 Oct 2011 09:24 AM PDT

BRIGED MP SEGAMBUT


TAKTIK KAMIKAZE DARI PRESIDEN GERAKAN JAGA JAGA

Posted: 16 Oct 2011 08:48 AM PDT

Presiden GERAKAN Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan beliau bersedia mengorbankan dirinya sendiri supaya parti itu dapat menyediakan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum depan.

koh tsu koonKatanya, beliau tidak akan memberitahu apa yang akan dilakukannya buat masa ini kerana beberapa perkara masih perlu disemak dan diselaraskan.

Bagaimanapun, ketika menyampaikan ucapan penggulungannya dalam persidang nasional GERAKAN di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata beliau boleh menjamin akan mengorbankan dirinya untuk parti.

Janji itu ekoran suara-suara cemas, antaranya Ketua Wanita GERAKAN Datuk Tan Lian Hoe yang semalam menggesa Koh tidak bertanding pada pilihan raya umum demi kepentingan parti.

Koh yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak mengesahkan atau menafikan kemungkinannya untuk bertanding lagi

HANYA BN MAMPU BELA NASIB RAKYAT

Posted: 16 Oct 2011 07:17 AM PDT

Seramai 35 bekas anggota PAS cawangan Kampung Baru Lembah Gula, Padang Sanai di Kuala Nerang menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno, hari ini.

Bekas anggota PAS itu adalah antara 65 orang yang menyerahkan borang keahlian baru untuk menyertai Umno di Kampung Baru Padang Chendering, Padang Sanai.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim yang menerima borang keahlian baru itu, berkata bekas anggota PAS itu menyertai Umno kerana mereka sedar hanya BN yang mampu membela nasib rakyat.

Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Baru Lembah Gula, Mat Jaya Putih, 53, berkata selama 12 tahun bersama PAS, beliau mendapati semua janji-janji yang dibuat parti itu tidak ditunaikan.

"Mereka sering menabur janji tetapi ia adalah janji-janji kosong yang hanya mahu mengaburi mata rakyat. Mereka janji nak selesaikan masalah tanah penduduk tapi sehingga sekarang ia tak pernah selesai malah menjadi semakin rumit," katanya yang dipecat pengerusi MKK tanpa sebab.

Seorang lagi anggota PAS iaitu Setiausaha MKK Kampung Lembah Gula Hamzah Lebai Saad, 62, berkata walaupun masih memegang jawatan setiausaha MKK, beliau tetap menyerahkan borang keahlian Umno kerana tidak tahan dengan pentadbiran PAS yang didakwa tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan.

- Bernama

UMNO PULAU PINANG TAKUT GERAKAN?

Posted: 16 Oct 2011 01:08 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

NONE"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat," katanya selepas merasmikan persidang nasional parti GERAKAN hari ini.

Najib bagaimanapun menjelaskan, keputusan berkenaan hanya pendirian Umno dan masih perlu dibincangkan dalam BN.

"Tapi ianya tidak akan jadi calon (ketua menteri) Umno," katanya lagi.

Sementara itu, Najib turut ditanya berhubung kenyataan ketua wanita parti itu, Datuk Seri Tan Lian Hoe semalam yang dilaporkan mahu Koh meletakkan jawatan.

Tan menyatakan kebimbangan bahawa kedudukan Koh sebagai teraju utama parti itu akan menjejaskan peluang calon GERAKAN dalam pilihan raya akan datang.

"Apa pun, saya mempunyai hubungan kerja yang baik dengan Tan Sri Koh Tsu Koon dan kita telah berbincang apa yang patut dilakukan dan saya serahkan kepada beliau.

"Saya fikir dia tahu apa perkara yang perlu dilakukan," kata Najib lagi.

'Bersedia untuk keputusan perit'
Dalam ucapannya terdahulu, Najib berkata GERAKAN perlu bersedia untuk membuat keputusan perit dan mengemukakan diri mereka sebagai alternatif yang baik kepada rakyat negeri itu.

"Pelan alternatif untuk Pulau Pinang dan juga barisan pemimpin alternatif untuk Pulau Pinang juga mesti dipersembahkan kepada rakyat.

najib abdul razak"Setiap daripada kita mesti menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan sebahagian daripada masalah.

"Kalau kita buat perkara ini, saya tidak akan putus asa dengan Pulau Pinang," katanya yang turut berjanji untuk berlaku adil kepada pemimpin GERAKAN, Umno MCA, dan MIC di negeri itu dalam soal calon pilihan raya.

Katanya BN perlu membuat ubahsuai itu mengikut realiti serta kekuatan dan kelemahan diri mereka.

"Realiti politik adalah tentang nombor. Bila kita dah tahu ini, kita mesti buat kerja. Bila anda kata cakap serupa bikin, anda perlu turun ke bawah dan dapatkan sokongan... Tambah lagi pengundi.

"Kita nak parti GERAKAN kembali ke zaman kegemilangannya, tapi jangan terperangkap dengan nostalgia.

"Yang lepas itu lepaslah, apa yang berlaku sekarang adalah soal masa depan," katanya lagi.

BONGKAR DEDAH SEMUA PEMBOHONGAN PAKATAN RAKYAT

Posted: 15 Oct 2011 05:30 PM PDT

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn pada Sabtu menggesa pergerakan wanita parti itu supaya mendedahkan dan menyerang balas taktik kotor pembangkang untuk menipu rakyat.
Beliau berkata Wanita Gerakan juga perlu menjelaskan kepada orang ramai bahawa pembangkang tidak mampu menjadi parti alternatif yang boleh memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
"Wanita Gerakan perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh dipercayai dan kita tidak boleh menyerahkan nasib kita ke tangan mereka.
"Mereka (parti pembangkang) bekerjasama semata-mata kerana mereka benci kepada Barisan Nasional (BN), sedangkan anda dapat melihat mereka sentiasa berbeza sependapat tentang banyak isu, termasuk hukum Hudud," kata Chang ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Wanita Gerakan 2011 di Menara PGRM di sini.
Beliau berkata pembangkang sanggup melakukan apa saja untuk menyemai bibit kebencian terhadap BN dalam kalangan rakyat.
Sambil mengajak anggota Wanita Gerakan merenung semula kekalahan paling teruk dalam sejarah parti itu pada pilihan raya umum lepas, Chang menasihati mereka supaya mengambil iktibar daripada kesilapan lampau dan melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu serta kemahiran untuk menangkis propaganda pembangkang.
"Pada pilihan raya 2008, kita jadi mangsa, banyak isu kita tak balas balik kerana menyangka tidak ramai orang menggunakan Internet. Ternyata, kita silap. Kesilapan ini membawa padah besar kepada kita. Sekarang, kita kena balas balik serangan mereka.
"Cara mereka yang tidak bertanggungjawab itu perlu didedahkan dan dilawan. Semoga kali ini, kita tidak lagi menjadi mangsa perbuatan mereka yang tidak beretika," katanya. - BERNAMA

SAUDARA MARA PEMIMPIN PEMBANGKANG DAPAT MYKAD AKAN DIDEDAH

Posted: 15 Oct 2011 10:00 AM PDT

atuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mendedahkan segala-galanya tentang dakwaan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada penduduk asing kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Menurut menteri dalam negeri yang juga ahli parlimen Semberong itu, ada di kalangan saudara mara pemimpin-pemimpin parti pembangkang turut diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.
  
"Ada pemimpin-pemimpin daripada pihak parti pembangkang sendiri yang telah kita (kementerian) luluskan. Itu sahaja telah membuktikan bahawa kita tidak memilih bulu.

"Ini semua akan saya didedahkan pada Jawatankuasa itu," katanya kepada pemberita di Kluang hari ini.
  
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pengeluaran MyKad dengan Struktur Baru dan pengeluaran MyKad Satu Hari di Jabatan Pendaftaran Kluang di Bangunan Persekutuan di sini.
  
Pihak pembangkang sebelum ini menuduh kerajaan dan khususnya Kementerian Dalam Negeri memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
      
Menurutnya, kakitangan kementerian tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan.
  
"Ini semua adalah fakta. Saya tidak tahu siapa yang memohon, lebih-lebih lagi jika pemohon itu adalah cucu cicit, anak saudara (kepada sesiapa) atau apatah lagi mereka ini menyokong kerajaan atau tidak," katanya.
  
Hishammuddin berkata, dakwaan pembangkang baru-baru ini tentang pemberian kewarganegaraan kepada warga Bangladesh juga telah diberikan penjelasan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  
"Apabila Ketua Pengarah JPN (Datin Jariah Mohd Said) menjawab (dakwaan tentang isu warga Bangladesh itu), mereka (pembangkang) senyap," katanya dan menambah, pembangkang sering memperlekeh usaha KDN di atas pertimbangan
politik mereka.
  
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, sejak tujuh tahun lepas hanya 30 warga Bangladesh yang mendapat taraf kerakyatan Malaysia dan daripada bilangan itu hanya tujuh yang boleh mengundi.
  
"Daripada tujuh yang boleh mengundi, hanya empat yang mendaftar untuk menjadi pengundi," kata Hishammuddin.
  
- Bernama

Senyum Tangis Sendu

Posted: 16 Oct 2011 09:20 AM PDT

Senyum Tangis Sendu


Gadis Sunti Maut Kena Hempap

Posted: 15 Oct 2011 06:30 PM PDT


REMBAU: Hasrat seorang remaja menghabiskan cuti hujung minggu bersama rakan dipercayai teman lelakinya meragut nyawanya selepas dia terbunuh dihempap dahan pokok pulai seberat lapan tan di Hutan Lipur Gunung Datuk, di sini, semalam.

Nor Syahira Mat Edde, 14, dari Kem Terendak, Melaka dikejarkan ke Hospital Tampin kerana cedera parah di badan, tangan dan kaki, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di bilik kecemasan.

Rakannya, Mohammad Zul Afiq Abdullah, 22, turut dihempap pokok berkenaan namun hanya cedera di kepala.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.40 pagi, kedua-dua mangsa baru meletakkan motosikal yang ditunggangi berhampiran pokok berkenaan.

Menurut saksi yang juga penyelia hutan lipur itu, Abdul Rahman Idrus, 40, ketika kejadian, dianggarkan lebih 200 pengunjung dan pendaki berada di kawasan tapak kaki gunung itu.

"Difahamkan dua remaja dari Kampung Melekai, Johol, itu baru meletakkan motosikal berhampiran pokok berkenaan.

"Kami kemudian terdengar jeritan kuat dan terkejut melihat seorang lelaki dan perempuan cedera di kepala dan kaki selepas dihempap pokok. Selain itu beberapa kenderaan dan motosikal turut dihempap dahan pokok," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku di hutan lipur berkenaan sepanjang menyelia kawasan itu sejak November tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 45, berkata ketika kejadian dia mencari tempat letak kenderaan selepas menurunkan empat anaknya untuk mandi di kawasan jeram itu.

Menurutnya, sebaik meletakkan kereta, dia dikejutkan dengan bunyi kuat seperti benda jatuh.

"Saya terperanjat mendapati dahan pokok jatuh dan terkena bahagian depan kereta, mujur ketika itu hanya saya di dalamnya," katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.58 pagi dan enam anggota serta sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Pasukan bomba mengambil masa 30 minit untuk membersihkan laluan yang terhalang dengan dahan pokok.

"Siasatan mendapati pokok pulai dipercayai berusia 200 tahun seberat lapan tan itu sudah reput, menyebabkan ia tumbang," katanya.

Kejadian itu menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada kenderaan lain membabitkan dua kereta, dua motosikal dan satu basikal.

Anak Pocong Depan Rumah Bro!

Posted: 15 Oct 2011 04:28 PM PDT

BATU PAHAT – Penduduk Kampung Parit Sempadan, Parit Raja di sini gempar pagi semalam dengan penemuan satu objek misteri yang dikafan seperti pocong di sebatang jalan menghala ke rumah seorang penduduk di situ.

Objek sepanjang 15 sentimeter itu ditemui oleh seorang penduduk kampung yang berjalan kaki menghantar anaknya untuk belajar mengaji kira-kira pukul 8.30 pagi.

Seorang pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Mat memberitahu, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan objek misteri itu, dia bergegas ke tempat kejadian.

SEORANG penduduk kampung yang enggan dikenali menunjukkan objek kecil dililit seperti pocong di Kampung Parit Sempadan, Batu Pahat

Katanya, ia dibungkus dengan kain putih dan diikat seperti jenazah sebelum diletakkan di pangkal pokok yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Di sebalik penemuan itu, dia percaya ada kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak tertentu dengan niat untuk mengugut keluarganya.

"Saya berdebar-debar apabila melihat objek berbentuk pocong itu kerana percaya ia adalah amaran kepada keluarga saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Haji Mat memberitahu, kejadian pelik itu adalah yang pertama kali ke atas keluarganya sejak menetap di kampung itu pada tahun 1973.

Al Ikram

Posted: 16 Oct 2011 09:20 AM PDT

Al Ikram


MAMAK LEBIH KURANG AJAR

Posted: 16 Oct 2011 07:22 AM PDT

ATTORNEY GENERAL AGAIN

Posted: 15 Oct 2011 04:40 PM PDT

jiwo kelate

Posted: 16 Oct 2011 07:36 AM PDT

jiwo kelate


Pemerintahan PAS Kelantan dipuji

Posted: 15 Oct 2011 11:22 PM PDT

I. Pemerintahan PAS Kelantan dipuji
Menurut sumber, pujian diterima atas pentadbiran Kelantan bagi tahun 2010, menjadi antara punca utama Laporan Ketua Audit Negara belum lagi diserahkan kepada Ahli Parlimen, kata Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR.

“Kita terkejut, apabila ia (Laporan Audit) sepatutnya dibentangkan di Parlimen sebelum pembentangan Belanjawan dibuat, kerana kelazimanannya, ia perlu diserahkan terlebih dahulu supaya ahli Parlimen boleh di bawa bersama untuk perbahasan,” katanya selepas menghadiri Forum Rakyat di Balai Islam.

II. Kelantan dirundung malang
Sang Kijang atau TRW, Kelantan, Juara bertahan Piala Malaysia 2010 berputih mata apabila sekadar seri 2-2 ketika melayan Terengganu di pertemuan Suku Akhir kedua di Kota Bharu.Dua jaringan gol Terenggani di Kota Bharu melenyapkan terus Impian Kelantan ke Separuh Akhir dan Terengganu layak ke separuh akhir dengan agregat 5-3.

III. RM9.4 bilion tetap jadi milik Kelantan walaupun Kerajaan Pusat tak Nak Bayar
Putrajaya perlu menjelaskan hutang tertunggak berjumlah RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi Hasil Royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan Kawasan Taman Negara.

Dato’ Husam Musa berkata anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.

“Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini,” katanya semasa Forum Rakyat di Balai Islam Kota Bharu.


Pahang Daily Online

Posted: 16 Oct 2011 07:19 AM PDT

Pahang Daily Online


Penjelasan Najib Soal Isu Undi Pos Di Konvensyen Parti Gerakan Pagi Tadi Memualkan Dan Terbukti Beliau 'Tidak Mahu Berpijak Di Bumi Yang Nyata' !

Posted: 15 Oct 2011 10:33 PM PDT

Penjelasan terbuka Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) perihal isu "undi pos" terutamanya yang melibatkan angkatan tentera ketika merasmikan Konvensyen Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan ke-40 di Menara PGRM di Kuala Lumpur hari ini. Ucapan yang disiarkan secara langsung oleh Media Perdana TV1 RTM itu pagi tadi, benar-benar "melucukan" dan tidak wajar dikeluarkan oleh Najib sebenarnya. Tambahan pula ramai yang tahu, Najib berkerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memasukkan Kem Tentera Batu 10 yang secara terang-terangan berada dalam daerah Kuanta dan Parlimen Paya Besar ke Parlimen Pekan. Ia dibuat atas dasar "persempadanan semula" yang dibuat terhadap kawasan tersebut dengan mewujudkan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen Pekan yang dinamakan DUN Pulau Manis. Susulan tindakan tersebut, Najib yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan berjaya menang dengan majoriti besar apabila majoriti undi pos tentera di kem terbabit "dipaksa" mengundi BN pada pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004 yang lalu. Malah, tiba-tiba calon BN, Arif Sabri Abd Aziz menang di kerusi DUN Pulau Manis yang diwujudkan itu. Kelebihan berpihak kepada Najib sebagai calon di Parlimen Pekan, dan beliau menang besar selepas hampir dimalukan dengan "kemenangan msiteri" pada pilihanraya umum ke-10 tahun 1999 sebelum itu. Kemenangan tipis Najib telah menyebabkan beliau "tidak keruan" dan akhirnya mencari jalan membolehkan sebuah kawasan yang tidak wajar ditarik ke parlimen Pekan berjaya dilakukan dengan usaha SPR. Najib menang ketika itu dengan majoriti tipis 241 undi, dimana dia mendapat 13,148 undi dan calon PAS, Ustaz Hj.Ramli Mohamed mendapat 12,907 undi. Itu pun kemenangan Najib amat meragukan kerana peti undi terakhir yang dibawa masuk dikatakan telah "transit ke tempat lain" sebelum ia di bawa ke pusat penjumlahan undi.


Kenyataan Najib soal undi pos jelas sekali tidak mahu berpijak di bumi nyata

RTM tidak wajar menyiarkan siaran langsung program kepartian seperti ini
kerana mereka beroperasi dengan wang cukai rakyat Malaysia sebenarnya
Dalam kenyataan Najib pagi tadi, beliau secara sinis mengatakan bahawa kerajaan tidak pernah masuk campur urusan undi pos seperti yang dipertakakan. Pembangkang katanya cuba "spin cerita" seolah-olah Barisan Nasional (BN) tipu undi pos. Dengan membawa contoh bekas pemimpin Keadilan yang kini sudah tinggalkan parti itu iaitu Dr.Chandra Muzaffar yang ada mengatakan ketika dia bertanding di pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999 yang lalu dia telah menang "undi pos". Ketika itu Dr.Chandra tewas ditangan Datuk Tan Chai Ho dengan majoriti 1,224 undi. Beliau mendapat 21,049 undi, sementara Tan 22,273 undi ketika itu. Najib mengambil contoh itu bagi menafikan BN terlibat dengan penipuan undi pos. Dalam pada itu beliau juga mengatakan tentera membuang undi dihadapan petugas SPR dan wakil-wakil parti pembangkang sendiri dan mana mungkin boleh berlaku sebarang penipuan.

[Kenyataan Najib ini seolah-olah cuba untuk memperbodohkan rakyat Malaysia yang baginya tidak tahu apa-apa tentang hal ini. Memang benar, ada yang memangkah didepan SPR tetapi jumlahnya kecil kerana kebanyakkan kertas undi pos tentera ini dipangkah sendiri oleh pegawai tentera yang berkenaan selama ini. Ramai bekas tentera yang akui fenomena ini dan ia berlaku sejak zaman berzaman. Jika tidak dipangkah oleh pegawai tentera sekali pun, mereka dipaksa memangkah undi BN dihadapan pegawai yang berkenaan secara terbuka. Malah tidak terkecuali juga dengan isu kertas undi yang ditukarkan sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi. Inilah realiti yang berlaku dan sengaja dinafikan oleh Najib. Tidak perlulah beliau terus menipu rakyat dengan cerita karut yang hanya sesuai didengari oleh "budak-budak tadika" itu lagi. Malah, ramai yang kecewa tindakan RTM membuat siaran langsung program parti seperti itu. Bukankah mereka dibiayai oleh wang rakyat?. Jika Najib hadir sebagai Perdana Menteri untuk majlis kerajaan mungkin tidak menjadi masalah, tetapi itu adalah program parti. Kenapa RTM tergamak menggunakan wang rakyat untuk tujuan tersebut. Maka fikirkanlah apa tindakan kita sekarang].

Musykil: Portal Berita "Tranungkite Online" Yang Pro Pembangkang Keluarkan PDO, Tapi Kekalkan Semua URL Link Media Arus Perdana Yang Lain !!

Posted: 15 Oct 2011 08:04 AM PDT

Agak menghairankan, selepas sekian lama blog Pahang Daily Online (PDO) dilinkkan pada portal rakyat Tranungkite Online (TKO) tiba-tiba kini ia sudah dikeluarkan tanpa ada sebarang makluman. Krew PDO pernah hadir pada satu majlis anjuran TKO di Batu Hitam Kuantan beberapa bulan yang lalu. Dalam satu kenyataan kami turut melahirkan rasa "hairan" apabila, tidak satu pun berita yang dikirimkan oleh PDO kepada TKO dikeluarkan di laman itu selepas pengurusan baru mengambilali blog yang popular itu (TKO). Akibatnya, segala artikel yang diemailkan menjadi bahan arkib dan tidak disiarkan langsung seolah-0lah PDO ada kesalahan besar dengan TKO. Semua itu mengundang kemusykilan kerana PDO kini terus unggul antara portal rakyat yang masih digemari oleh rakyat terutamanya di negeri Pahang ini. Kami tidak dapat memastikan sejak bilakah URL pahangdaily dikeluarkan dari TKO. Cuma apa yang memusykilkan ialah blog pahangkini milik PAS yang sudah tidak aktif beberapa bulan yang lalu masih dipaparkan pada blog TKO. Sedangkan jika dilihat kepada hits pelawat PDO, ia begitu jauh meninggalkan pahangkini serta lain-lain blog rakyat di negeri ini. Segalanya mungkin tidak disengajakan, namun kami tidak akan merayu untuk dipertimbangkan. Bagi kami keputusan mengeluarkan PDO dari link TKO adalah satu tindakan tidak wajar dan jelas sekali mempunyai agenda tersembunyi yang sukar untuk difahami. Mungkin dek kerana PDO juga ada menyiarkan berita kontra yang tidak berpihak kepada PAS sebelum ini.


Bukti, blog PDO dikeluarkan tapi media arus perdana tetap dikekalkan
[Apapun yang berlaku, agak menghairankan juga bila PDO membuat link pula pada media arus perdana yang lain seperti Bernama , Berita RTM , Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, News Staits Time, Sinar Harian, The Star, The Star (BM), The Sun termasuk juga Utusan Melaysia. Bukankah ini sungguh memusykilkan sebenarnya, blog PDO yang banyak berpihak kepada rakyat untuk perubahan dikeluarkan dari link TKO. Sebaliknya media arus perdana pula yang lebiuh diutamakan oleh mereka. Kami ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan TKO kerana telah menyiarkan URL blog ini sejak sekian lama di blog mereka selama ini. Mungkin akibat tidak lagi sealiran makanya, PDO akhirnya dikeluarkan. PDO akan terus menjadi portal rakyat yang bebas, telus dan adil untuk memaparkan berita sensasi dari dalam negeri bahkan di seluruh negara. Perjuangan "membela rakyat" tetap diteruskan walau apa jua keadaannya].

Cendawan MALAYA

Posted: 16 Oct 2011 07:05 AM PDT

Cendawan MALAYA


ISU P.PINANG: UMNO TIDAK BERMINAT, APA KATA BEGHAIM ALI?

Posted: 16 Oct 2011 12:17 AM PDT



Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak telah membuat pengakuan di sini dengan memberi jaminan kepada Gerakan bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pualu Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.



Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang malah bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain atas dasar semangat setiakawan yang telah terjalin sejak 54 tahun yang lalu.




Justeru dengan pengakuan terbuka oleh Najib itu, maka selepas ini orang Melayu Pulau Pinang tak perlu lagi bersusah payah membuat demontrasi menuntut pelbagai isu dengan kerajaan negeri yang ada sekarang. Jika ditakdirkan BN berjaya merampas Pulai Pinang dengan majoriti kerusinya dikuasai oleh UMNO pada PRU13 akan datang, pemimpin negerinya tetap juga di kalangan bangsa Cina.


Dalam hal ini, perkara yang paling menarik sekali masyarakat mahu lihat akan ketegasan PERKASAM yg sering melaung2kan isu BANGSA MELAYU. Selepas kenyataan ini ramai orang Melayu mahu mendengar sendiri ulasan PRESIDEN PERKASAM, Encik Beghaim Ali, apa tindakannya seterus...???



edyesdotcom

Posted: 16 Oct 2011 03:40 AM PDT

edyesdotcom


Lintas Langsung Pelancaran Risalah Penjelasan Cincin!!

Posted: 16 Oct 2011 03:02 AM PDT

Kelab Greenboc

Posted: 16 Oct 2011 01:51 AM PDT

Kelab Greenboc


[Bergambar] Bangkok Dilanda Banjir Terburuk Sejak 50 Tahun

Posted: 16 Oct 2011 01:16 AM PDT

Bangkok - Pekerja-pekerja penyelamat bertungkus-lumus mengukuhkan tembok-tembok guni pasir sekitar bandar raya ini semalam ketika ibu kota Thailand berkenaan diancam banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun selepas semua wilayah di utara ditenggelami air bah.

Gambar: GUNI-GUNI pasir disusun di sekeliling ibu pejabat Bangkok Bank di Bangkok semalam. - AP

Pada masa yang sama, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra cuba meyakinkan 12 juta penduduk di sini bahawa mereka akan terlepas daripada bencana alam itu yang telah menenggelamkan lebih satu pertiga negara berkenaan sejak Julai lalu.

Sekurang-kurangnya 297 orang disahkan terkorban dengan kerugian akibat banjir yang menukar banyak perkampungan dan kawasan industri menjadi tasik itu kini mencecah AS$3 bilion (RM9.37 bilion).

Bahagian utara, timur laut dan tengah Thailand paling teruk terjejas manakala ibu kota Thailand yang berada cuma dua meter dari aras laut turut terancam selepas air dari beberapa empangan di utara melimpah ke dalam Sungai Chao Phraya yang mengalir menerusi kota metropolitan itu.

Yingluck bagaimanapun berkata, ibu kota Thailand itu cukup terlindung selepas pihak berkuasa meninggikan tebing di tiga kawasan di luar bandar raya ini.

Di sebalik jaminan pihak berkuasa, penduduk bertindak menyimpan barangan keperluan seperti air minuman, mi segera, beras dan makanan dalam tin dengan beberapa pasar raya utama di sini kehabisan stok makanan.

"Jika kami tidak membuat persediaan, sukar untuk membayangkan apa yang akan terjadi kepada kami jika kerajaan lambat menghulurkan bantuan," kata seorang pekerja bank di sini, Sompong Pinmaninsab.

Setakat ini, 25 daripada 77 wilayah Thailand digenangi air banjir. Sejumlah 1.62 juta tanah pertanian atau sekitar 16 kali ganda saiz pulau Hong Kong ditenggelami air.

Hampir 800,000 kediaman pula musnah atau rosak dengan ribuan penduduk terpaksa bersesak tinggal di pusat-pusat penempatan sementara.

Wilayah Ayutthaya, Pathum Thani dan Nakhon Sawan di utara bandar raya ini mengalami kesan yang paling buruk.

Banyak rumah, jalan raya dan taman perindustrian musnah dilanda air bah.

Dalam usaha melindungi ibu kota Thailand, pihak berkuasa mengukuhkan pertahanan terakhirnya iaitu tembok penghadang banjir sejauh 4 kilometer di sepanjang sebuah terusan dan pintu air di wilayah Pathum Thani di utara bandar raya ini.

Banyak pejabat, kedai dan restoran di wilayah berkenaan ditenggelami air paras dada dengan penduduknya terpaksa berulang-alik dengan menaiki bot. - Reuters/Kosmo

Air bah wilayah Utara landa Bangkok esok

Air banjir dari wilayah utara dan tengah dijangka tiba di ibu kota Bangkok sama ada esok atau Isnin ini.

Ketua Pengarah Pengairan Chalit Damrongsak malam ini berkata air banjir itu dijangka pada ketinggian antara 2.3 dan 2.4 meter di atas paras purata laut.

Ketinggian tembok banjir di Bangkok ialah 2.5 meter.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negara itu mengunjurkan sebelum ini bahawa 16 bilion meter padu air banjir akan tiba di Bangkok.

Lapan bilion meter padu air adalah dari wilayah Nakhon Sawan, enam bilion meter padu dari Ayutthaya, manakala dua bilion meter padu dari Phatum Thani.

Chalit juga berkata keadaan air pasang laut yang tinggi ketika ini akan berterusan bagi tempoh dua hari akan datang.

Kira-kira satu pertiga daripada Thailand masih dibanjiri, dengan 2.3 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 24 wilayah di utara dan tengah terjejas akibat banjir yang melanda negara itu secara berperingkat sejak 25 Julai lepas, dengan 297 kematian dicatat setakat ini. -- Bernama














Guru Dicekup Sedang Berasmara Dengan Kontraktor

Posted: 16 Oct 2011 12:25 AM PDT

Changkat Jong - Gara-gara tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih sedang berasmara di dalam sebuah rumah di Kampung Batu 9, di sini, dicekup penduduk, polis dan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, pagi kelmarin. Gambar Hiasan.

Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Baru Batu 9, Ahmad Baharom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki yang menjadi port melepaskan nafsu mereka.

Menurutnya, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihannya tetapi lelaki tersebut sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin.

"Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu tidak ada di rumah, memaksa kami memecahkan pintu depan rumah yang dikunci dari dalam kerana pasangan itu enggan beri kerjasama.

"Lelaki berusia 30-an adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun berasal dari Terengganu, adalah seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Setapak Kuala Lumpur" katanya ketika ditemui pemberita.

Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.

Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukkan dokumen mengatakan mereka pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jaipk Hilir Perak.

Pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan akhbar hanya boleh dibuat Pegawai Penguatkuasa di lbu pejabat Jabatan Agama lslam Perak di lpoh.

Ulasan GB

Moralnya: Guru kencing berdiri, murid kencing berlari... (yang ni special case... guru tu perempuan plak tu.. )

Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4b - Husam

Posted: 15 Oct 2011 10:35 PM PDT

Putrajaya perlu men jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara.

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.

"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di sini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan.

"Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion.

"Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.

"Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat. -SH

Surau Pun Jadi Tempat Pasangan Remaja Lampias Nafsu

Posted: 15 Oct 2011 08:58 PM PDT

Bukit Mertajam – Surau adalah kemudahan yang disediakan kepada orang awam untuk menunaikan solat bagi umat Islam.

Namun, disebabkan keadaannya yang terbiar, ada yang tergamak mengambil kesempatan dengan menjadikan tempat itu sebagai lokasi pemuas nafsu.

Di Kompleks Bukit Mertajam umpamanya, surau yang terletak di tingkat dua bangunan usang itu dilihat menjadi lokasi popular untuk pasangan bercinta memadu kasih.

Malah, lebih menyedihkan ramai dalam kalangan yang terlibat terdiri dari pelajar sekolah.

Pekerja di sebuah premis dekat kompleks berkenaan, Ramzam Shah Mohd Abu Bakar, 36, berkata, pernah ada peniaga di situ terserempak dengan pasangan berbogel sedang asyik melakukan hubungan seks di dalam surau berkenaan.

Menurutnya, keadaan itu sudah pun berlarutan sejak beberapa tahun lalu menyebabkan tiada sesiapa dalam kalangan pekerja mahu pun pengunjung yang naik ke sana.

"Bukan sahaja surau yang terbiar, malah Kebanyakan kemudahan yang disediakan sudah rosak, malah pengunjung yang datang ke sini juga semakin berkurangan.

"Jika dahulu, kompleks ini riuh-rendah dengan kehadiran pengunjung, tetapi, kini suram. Jika dahulu ramai yang menyewa kedai di sini, tetapi, kini hanya tinggal kira-kira tujuh sahaja yang kebanyakannya mengusahakan kedai jahit," katanya.

Justeru, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat memantau keadaan di surau itu bagi membendung gejala tidak sihat dari terus berlarutan.

Ulasan GB

Pergaulan bebas di kalangan remaja - satu penyakit sosial yang hebat melanda masyarakat namun dibiarkan tanpa sebarang usaha serius membendungnya.

Jawapannya: baca entri sebelum ini.

Pasangan Remaja Dihempap Pokok Pulai, Seorang Mati

Posted: 15 Oct 2011 05:40 PM PDT

Rembau: Hasrat seorang remaja menghabiskan cuti hujung minggu bersama rakan dipercayai teman lelakinya meragut nyawanya selepas dia terbunuh dihempap dahan pokok pulai seberat lapan tan di Hutan Lipur Gunung Datuk, di sini, semalam.

Nor Syahira Mat Edde, 14, dari Kem Terendak, Melaka dikejarkan ke Hospital Tampin kerana cedera parah di badan, tangan dan kaki, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di bilik kecemasan.

Rakannya, Mohammad Zul Afiq Abdullah, 22, turut dihempap pokok berkenaan namun hanya cedera di kepala.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.40 pagi, kedua-dua mangsa baru meletakkan motosikal yang ditunggangi berhampiran pokok berkenaan.

Menurut saksi yang juga penyelia hutan lipur itu, Abdul Rahman Idrus, 40, ketika kejadian, dianggarkan lebih 200 pengunjung dan pendaki berada di kawasan tapak kaki gunung itu.

"Difahamkan dua remaja dari Kampung Melekai, Johol, itu baru meletakkan motosikal berhampiran pokok berkenaan.

"Kami kemudian terdengar jeritan kuat dan terkejut melihat seorang lelaki dan perempuan cedera di kepala dan kaki selepas dihempap pokok. Selain itu beberapa kenderaan dan motosikal turut dihempap dahan pokok," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku di hutan lipur berkenaan sepanjang menyelia kawasan itu sejak November tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 45, berkata ketika kejadian dia mencari tempat letak kenderaan selepas menurunkan empat anaknya untuk mandi di kawasan jeram itu.

Menurutnya, sebaik meletakkan kereta, dia dikejutkan dengan bunyi kuat seperti benda jatuh.

"Saya terperanjat mendapati dahan pokok jatuh dan terkena bahagian depan kereta, mujur ketika itu hanya saya di dalamnya," katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.58 pagi dan enam anggota serta sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Pasukan bomba mengambil masa 30 minit untuk membersihkan laluan yang terhalang dengan dahan pokok.

"Siasatan mendapati pokok pulai dipercayai berusia 200 tahun seberat lapan tan itu sudah reput, menyebabkan ia tumbang," katanya.

Kejadian itu menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada kenderaan lain membabitkan dua kereta, dua motosikal dan satu basikal. -hm

Ulasan GB

Pada setiap sesuatu bencana yang menimpa ada pengajaran yang tersembunyi untuk yang hidup.

Tidak ada satu pun ciptaan atau kejadian dari Allah itu sia-sia.

[Video] The 99: Komik Adiwira Islam Berperwatakan Terpuji

Posted: 15 Oct 2011 11:00 AM PDT

Kuwait City - Jabbar adalah remaja dari Arab Saudi dikurniakan kekuatan luar biasa. Jami, si genius dari Eropah mempunyai kepakaran untuk mencipta alat serta senjata dan Sami pula dianugerahi deria pendengaran yang melangkaui kebolehan manusia biasa.

Mereka adalah antara watak adiwira di dalam komik The 99, iaitu kumpulan remaja Islam dari seluruh dunia yang memerangi kejahatan.

Idea penghasilan komik itu dicetuskan ahli psikologi Kuwait, Naif Al-Mutawa yang mahu The 99 menjadi watak contoh dan memberi pengaruh positif kepada kanak-kanak Islam.

Tidak seperti adiwira di negara Barat yang melawan musuh dengan pakaian menyolok mata, watak komik ini, terutama wanita, mengenakan kostum sesuai dengan budaya Timur Tengah.

Namun, komik unik ini berhadapan pelbagai cabaran awal termasuk larangan pemasarannya di Arab Saudi. Tetapi semua halangan itu berjaya diharungi dan kini, The 99 dipasarkan di Timur Tengah, India, Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

Malah, komik ini juga mungkin dijadikan siri animasi televisyen selepas sebuah syarikat penerbitan Belanda dilihat berminat dengan karya Naif itu.

Dan jangan terkejut kerana "The 99" turut mendapat perhatian Rumah Putih semasa Sidang Keusahawanan, April tahun lalu, apabila Presiden AS, Barack Obama memuji usaha Naif kerana mencipta watak adiwira yang menunjukkan sikap terpuji.

Maklumat lanjut mengenai komik ini boleh didapati dengan melayari laman sesawang http://www.the99.org/




Tsu Koon "Kemaluan": Perwakilan Mahu Beliau Lawan Guan Eng, Wanita Bidas BN

Posted: 15 Oct 2011 08:16 AM PDT

Demi maruah Gerakan, Dr Koh mesti lawan Guan Eng'

Tiga perwakilan Gerakan hari ini menggesa presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di Pulau Pinang kerana ia berkaitan dengan maruah parti tersebut.

Berucap di Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-40 tengah hari ini, wakil Johor Teng Koh Keng menggesa presiden parti itu berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di kerusi Parlimen Bagan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Yang terbaik ialah untuk presiden kita untuk kembali ke Pulau Pinang dan berdepan dengan Lim Guan Eng," katanya dengan disambut sorakan dan tepukan hadirin.

Menurutnya, jika Koh bertanding di bekas kubu kuat parti itu, maka ia akan menaikkan semangat mereka dan menyatukan parti.

"Menang atau kalah adalah perkara lain, sekurang-kurangnya kita akan mengembalikan maruah kita."

Ia ekoran spekulasi sengit bahawa Dr Koh akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak, Kuala Lumpur atau Johor.

Gerakan telah memerintah kubu kuatnya Pulau Pinang selama hampir 39 tahun tetapi tumbang dalam pilihan raya umum lepas selepas ia kalah semua kerusi di negeri itu.

Perwakilan Kedah, Ngooi Ah Fatt juga bersetuju bahawa Koh harus kekal di Pulau Pinang jika beliau memilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Ngooi berkata: "Saya berharap beliau kembali ke Pulau Pinang untuk bertanding, ia akan meningkatkan motivasi Gerakan dan akan meningkatkan peluang kita untuk menang."

Turut bersetuju ialah wakil Terengganu, Feng Swee Heng yang berkata terdapat perdebatan hangat sama ada Koh patut bertanding di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau secara berseloroh berkata nama Koh bermaksud "anak Jantan" dalam bahasa Melayu, bagi menangkis kritikan bahawa dr Koh tidak berani berdepan dengan musuh politiknya.

Bagaimanapun, perwakilan Pulau Pinang Lee Boon Tien mengingatkan hadirin "jika Koh boleh menang di Pulau Pinang, ia adalah baik, tetapi bagaimana jika beliau kalah?"

Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Dr Koh berkata beliau mengambil maklum sentimen para perwakilan parti.

"Saya dengar apa yang mereka katakan, tetapi di mana saya akan bertanding, saya akan membuat pengumuman tidak lama lagi." -mk

Ketua Wanita Gerakan malu kepimpinan parti 'lemah'

Dalam satu serangan yang berlapik tetapi menyengat terhadap Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata sayap itu malu dengan kepimpinan parti itu yang lemah.

Katanya, mereka malu menjadi bahan teguran dan dipandang rendah kerananya.

Tan menegaskan demikian dalam ucapan dasarnya di persidangan perwakilan kebangsaan Gerakan hari ini.

Tanpa menamakan Koh, beliau berkata, "tulisan sudah terpampang di dinding" dan pucuk pimpinan tidak boleh menafikannya.

"Jika anda perlu berundur, maka berundurlah," katanya sambil menambah, sekiranya rakyat telah menolak seseorang pemimpin, maka akurlah dengan kehendak mereka.

Beliau yang juga ahli parlimen Grik turut membidas BN, yang disertai parti itu pada 1973, dengan mendakwa ia gagal belajar daripada pilihan raya umum lepas.

Katanya, kekalahan dalam pilihan raya umum ke-12 tidak menjadi pengajaran kepada kepimpinan parti-parti komponen dalam BN.

Malah, tegasnya, semangat permuafakatan "hanya dibibir saja".

Ini, katanya, ialah kerana ahli gabungannya angkuh, begitu tamak hingga merebut kerusi sesama sendiri serta bergaduh dan mensabotaj antara satu sama lain.


Beliau kemudiannya menggesa kepimpinan semua parti komponen supaya membiarkan pucuk pimpinan BN membuat keputusan mengenai "calon yang mampu menang". -mk


Mentua Tawar RM20 Untuk Seks

Posted: 15 Oct 2011 06:45 AM PDT

Kampung Raja - Seorang isteri muda tersentak apabila mendakwa bapa mentuanya menawarkan sejumlah wang sebagai usaha memujuk wanita itu melakukan hubungan seks ketika ketiadaan anak lelakinya di rumah. Gambar fail

Bapa saudara perempuan itu yang hanya mahu dikenal sebagai Man, 40-an memberitahu, dia dihubungi adiknya iaitu ibu wanita itu memberitahu besan anaknya memujuk untuk melakukan hubungan seks.

Menurutnya, sebelum itu mangsa yang berusia lingkungan 15 tahun ditawarkan wang sebanyak RM20 oleh bapa mentuanya agar melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Kejadian terakhir dikatakan berlaku pada Aidilfitri lalu dan terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya," katanya.

Man berkata, anak saudaranya berkahwin bawah umur selepas terlanjur dengan anak lelaki itu manakala suami wanita bawah umur itu juga menghadapi masalah tertentu.

Katanya, bagaimanapun lelaki yang didakwa menetap di sebuah kampung dekat Jertih belum sempat melakukan apa-apa terhadap menantunya kecuali pernah memegang paha dan tangannya.

"Mujurlah lelaki durjana itu tidak sempat melakukan apa-apa kepada anak saudara saya yang sanggup menawarkan wang untuk melakukan perbuatan terkutuk," katanya yang pulang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau berkata, anak saudaranya kini tinggal berasingan dengan bapa mentuanya dan bekerja sebagai pembantu jualan di Kampung Raja.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi memberitahu pihaknya tidak ada menerima laporan mengenai kejadian itu setakat ini. -SH


Keluarga Sarbaini Desak Suruhanjaya Diraja Ditubuhkan

Posted: 15 Oct 2011 05:23 AM PDT

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati April lalu menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk mengendalikan inkuiri berhubung kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor terbabit.

Tuntutan itu disuarakan peguam yang mewakili keluarga, N Surendran meminta supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati kabinet dan seterusnya Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menubuhkan RCI tersebut.

Surendran menegaskan tindakan itu bukan bertujuan untuk menentang sesiapa tetapi demi menuntut keadilan di atas kematiannya.

Beliau mendakwa tiada ketelusan dalam inkues yang dijalankan kerana keterangan bahawa Sarbaini menerima rasuah adalah tidak berasas sama sekali dan hanya dibawa untuk merosakkan reputasi Sarbaini seperti mana yang berlaku dalam kes kematian Teoh Beng Hock.

"Koroner yang menjalankan inkues membelakangkan undang-undang sedia ada apabila menerima keterangan yang tidak berasas bahawa Sarbaini menerima rasuah.

"Memandangkan Sarbaini tidak dapat menjawab tuduhan rasuah itu, bagaimana boleh bergantung dengan kenyataan tersebut?

Keterangan ini dibawa untuk merosakkan reputasi Sarbaini maka inkues telah terjejas kerana ia bukan bertujuan untuk mencari keadilan.

"Maka tiada cara lain untuk dapatkan keadilan yang telus melainkan dengan menubuhkan RCI," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu termasuk ibu Sarbaini, Aishah Abd Raof, adik ipar arwah Makhtar Mansor, wakil keluarga Beng Hock dan seorang lagi wakil peguam keluarga terbabit Fadiah Nadwa Fikri.

Surendran turut mempertikaikan pelantikan Datuk Shafie Abdullah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sedangkan semua sedia maklum bahawa agensi terbabit mempunyai peguamnya sendiri.

"SPRM awal-awal lagi tidak berminat dengan kes ini. Mereka hanya berminat untuk membela diri sendiri. Sepatutnya mereka berusaha untuk mencari kebenaran.

"SPRM dibiayai oleh pembayar cukai. Agensi terbabit menggunakan RM150,000 hanya untuk membayar peguam Umno untuk membela mereka. SPRM kena jelaskan mengapa wang RM150,000 itu digunakan untuk membayar Shafie Abdullah?," soalnya.

Sarbaini 56, ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada April lalu.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. -FMT

Ulasan GB

GB sudah ulas beberapa kali kes kematian Allahyarham Sarbani. Diantaranya:

Persoalan kini, relevankah inkues? Mengapa tidak terus tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja?

Ini kerana rakyat menjadi hairan sudah tiga inkues membuat keputusan yang hampir serupa - tidak menemui "pembunuh sebenar" kepada mangsa. Pergi balik pergi balik mahkamah yang kita perolehi, keputusan yang tidak ada keputusan.

1) Inkues kematian Gunasegaran di mana di dalam kes berkenaan koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan "keputusan terbuka" berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad.

2) Inkues kematian Teoh Beng Hock di mana koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan bahawa kes inkues itu juga adalah satu kes "keputusan terbuka" dengan beralasan yang serupa di atas: keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan.

3) Inkues kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat juga memberikan "keputusan terbuka" kerana dikatakan tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu.

Apa cerita ni? Buang masa, buang wang negara dengan pewujudan inkues.

Hakim-hakim seperti "takut" untuk menetapkan hukuman dan seperti mahu melindungi pihak tertentu kerana ketiga-tiga kes di atas melibatkan pihak polis & pegawai SPRM sendiri.

Jika demikianlah keadaannya, rakyat wajar persoalkan peranan Istana Keadilan (Palace of Justice), peranan hakim-hakim dan peranan institusi kehakiman negara yang sepatutnya menjadi payung kebenaran dan keadilan tetapi kini musnah akibat dari sikap para hakim yang tidak bertaggungjawab.

Di dalam inkues kematian Sarbaini ini, apa yang nyata koroner TIDAK lansung mengarahkan siasatan mengapa CCTV tiba-tiba tidak berfungsi selama 22 jam dan rakaman termasuk tempoh apabila Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu telah dipadamkan. Itu kecacatan paling besar di dalam inkues kematian Ahmad Sarbaini.

Ia adalah penting tetapi koroner mengabaikannya. GB sudah juga ulas hal ini. Petikan:

GB melihat isu ini sama seperti isu kematian Teoh Beng Hock - bahawa - Ahmad Sarbani adalah mangsa kepada pegawai-pgawai SPRM yang salahguna kuasa, angkuh dan sentiasa berdusta apabila memberi keterangan.

Kita masih tertanya-tanya: Siapa padamkan rakaman CCTV sewaktu Ahmad Sarbani disoalsiasat? Itu perlu diberikan penekanan di peringkat awal siasatan.

MUSTAHIL samasekali CCTV terhenti atau tidak berfunsi di dalam keadaan itu sedangkan CCTV dapat merakam ketibaan Ahmad Sarbani di pejabat SPRM dengan menaiki motorsikal sebelumnya. Ini bererti pihak orang dalam SPRM atau PDRM yang menyiasat TELAH menghapuskan rakaman CCTV berkenaan.


JUSTERU ITU, rakyat berpersepsi bahawa Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan. Tiada alasan lain lagi selepas ini. Jika sebelum ini pihak kerajaan menyatakan bahawa inkues perlu diadakan terlebih dahulu sebelum Suruhanjaya Siasatan, maka kini keputusan koroner itu amat tidak memuaskan kerana seperti menutup kepincangan di dalam SPRM seperti yang berlaku di dalam kes Teoh Beng Hock. Justeru itu Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan untuk membongkar misteri sebenar kematian ALlahyarham Ahmad Sarbaini.


Kampuchea Larang Rakyatnya Bekerja Sebagai Amah Di Malaysia

Posted: 15 Oct 2011 04:30 AM PDT

Kerajaan Kampuchea mengeluarkan larangan pada warga negaranya bekerja sebagai amah di Malaysia. Perdana Menteri Kamboja Hun Sen mengeluarkan arahan tersebut setelah terdapat laporan penderaan dan pemerkosaan atas pekerja dari Kamboja di negara ini.

Langkah Kampuchea ini mengikuti langkah Indonesia yang telah membekukan pengiriman tenaga kerja untuk bekerja sebagai amah di Malaysia.

"Saya mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas pembekuan ini," kata ahli parlimen pembangkang dari Parti Sam Rainsy kepada Reuters.

Sebuah badan sukarela masyarakat Kampuchea yang berkait rapat dengan para pekerja Kampuchea di Malaysia mendedahkan tiga orang pekerja amah Kampuchea telah dibunuh di Malaysia dan dua orang lain diperkosa.

Indonesia telah melarang penduduknya bekerja sebagai amah di Malaysia pada 2009 selepas beberapa kejadian penderaan yang dilakukan oleh majikan di Malaysia, yang telah menyebabkan demonstrasi anti-Malaysia di Jakarta.

Malaysia selama ini bergantung pada pekerja migran yang mencapai dua juta orang atau 21 peratus dari jumlah tenaga kerja dari Indonesia. Indonesia merupakan sumber terbesar tenaga kerja migran Malaysia, di mana seorang dari 16 warga Malaysia mengupah satu warga Indonesia.

Kampuchea pula memiliki 50 ribu tenaga kerja di Malaysia. An Bunhak, Presiden Pertubuhan Agensi Rekrutmen Kampuchea menyatakan pihaknya akan segera melaksanakan arahan Perdana Menteri itu. -thesun

Ulasan GB

Ini sebahagiannya menyentuh kes "menteri rogol amah" juga.

Beritanya telah tersebar di seluruh dunia. Sekalipun kononnya ada penafian daripada mangsa bahawa dia dirogol, tetapi ia bukan dari mulut amah itu sendiri. Ia hanya secebis tulisan di atas kertas yang belum lagi disahkan kebenarannya yang tersiar di sebuah akhbar Indonesia.

Menteri berkenaan pula tidak menyaman Migrant Care yang tetap dengan pendiriannya dan tidak menarik balik tuduhannya bahawa amah Indonesia itu dirogol.

Demi kebenaran dan keadilan, menteri itu sepatutnya menyaman Migrant Care jika tuduhan itu palsu dan fitnah ke atas dirinya.

MiLo SuaM

Posted: 16 Oct 2011 01:25 AM PDT

MiLo SuaM


Kenapa warga asing diberi kursus keusahawanan?

Posted: 15 Oct 2011 06:53 PM PDT

APA dah jadi dengan negara ini? Bagaimana warga asing seramai 240 orang boleh diberikan kursus keusahawanan?

Apa tujuan warga asing ini diberi kursus keusahawanan dalam keadaan rakyat sendiri masih ramai yang menganggur masih ramai siswazah yang belum mendapat pekerjaan.

Apa tujuan kursus keusahawanan ini diberikan kepada warga asing? Adakah kerajaan mahu warga asing menjadi usahawan di negara ini? Kenapa tak utamakan rakyat sendiri?

Jawapan Ketua Polis Daerah Sepang seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian ini membuktikan wujudnya kursus keusahawanan untuk warga asing.


Tak hairanlah begitu banyak warga asing boleh dilihat berniaga di negara ini dan mengaut kekayaan negara. Bukan niat ReJaM© menghalang mereka mencari rezeki yang halal, persoalannya mengapa tidak diutamakan rakyat sendiri?

ReJaM© "Kera di hutan disusukan, anak sendiri mampos tak makan..."

Risalah cincin dan pemborosan Rosmah diedar hari ini!

Posted: 15 Oct 2011 02:48 PM PDT




Program : Hi Tea 'memperkenalkan risalah terang isu cincin dan pemborosan rosmah'

Tarikh : 16 Oktober 2011
Masa : 5 petang
Tempat : Pekan Rantau (Parlimen Rembau)

Risalah ini memiliki 16 muka surat fullcolour lengkap dengan dokumen rasmi mengenai cincin yang terkait dengan nama Rosmah Mansor.

Cetakan 25K naskah (kos penerbitan-RM0.75/naskah) rayu sumbangan semua dgn beli/taja untuk edaran sendiri/kami edar di tempat anda.

Sumbangan/tempahan risalah boleh dibuat dengan bank in ke akaun solidariti anak muda 05012010074930 (Bank Islam M'sia Berhad) dan sms detail untuk penghantaran, atau hubungi che'GuBard 0176688404.



ReJaM© "Sebarkan kepada orang kampung, ayam itik, lembu dan kambeng..."

Blog-list Malaysia

Posted: 16 Oct 2011 01:09 AM PDT

Blog-list Malaysia


Lawak Bodoh - Wakil Rakyat BN Rasmi Lampu Jalan

Posted: 16 Oct 2011 12:10 AM PDT


Tu dia hebatnya UMNO sampai lampu jalan pun nak digembar-gemburkan....Kalau zaman pasca Merdeka mungkinlah lampu jalan itu sesuatu yang besar tapi selepas 54 tahun mentadbir Malaysia pun masih mahu berkata kepada seluruh dunia "Lihatlah UMNO beri lampu jalan, hebatnya UMNO memberi lampu jalan"..wei boleh jalanlah...........

Sumber disini

Bangkok Akan Tenggelam Esok

Posted: 15 Oct 2011 11:50 PM PDT

Air banjir dari wilayah utara dan tengah dijangka tiba di ibu kota Bangkok sama ada esok atau Isnin ini.

Ketua Pengarah Pengairan Chalit Damrongsak malam ini berkata air banjir itu dijangka pada ketinggian antara 2.3 dan 2.4 meter di atas paras purata laut.

Ketinggian tembok banjir di Bangkok ialah 2.5 meter.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negara itu mengunjurkan sebelum ini bahawa 16 bilion meter padu air banjir akan tiba di Bangkok.


Lapan bilion meter padu air adalah dari wilayah Nakhon Sawan, enam bilion meter padu dari Ayutthaya, manakala dua bilion meter padu dari Phatum Thani.

Chalit juga berkata keadaan air pasang laut yang tinggi ketika ini akan berterusan bagi tempoh dua hari akan datang.

Kira-kira satu pertiga daripada Thailand masih dibanjiri, dengan 2.3 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 24 wilayah di utara dan tengah terjejas akibat banjir yang melanda negara itu secara berperingkat sejak 25 Julai lepas, dengan 297 kematian dicatat setakat ini.

-- Bernama

Mimpi Disiang Hari Umno/BN Di Pulau Pinang

Posted: 15 Oct 2011 09:08 PM PDT

Umno tak akan tuntut jawatan KM P Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

"Umno tidak akan meminta kerusi ketua menteri sekiranya BN diberikan mandat oleh rakyat Pulau Pinang sekali lagi," katanya selepas merasmikan persidang nasional parti GERAKAN hari ini.

Dasar kebangsaan bukan ajaran Nabi

Posted: 15 Oct 2011 07:52 PM PDT

Orang Melayu Islam di negara ini mestilah mendokong kerajaan yang berlandaskan Islam kerana politik tidak boleh dipisahkan dari agama.

Menurut Mursyidul Am PAS Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerja menegakkan Islam, bukan suatu kerja main-main.

"kerja ini bukan kerja main-main, kerja ni kerja tuntutan daripada Allah,


"Allah memerintahkan manusia jalankan keadilan,"ujarnya pada sidang media, selepas merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno (PGU100K) di pantai Pandak Chendering dekat sini, Sabtu 15 Oktober.

Katanya, al-Quran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad sejak 1400 tahun lalu, merupakan pegangan bukan hanya kepada orang Melayu tetapi kepada seluruh manusia.

Beliau yang juga Menteri Besar kerajaan negeri Kelantan Darul Naim berkata, kerajaan yang memerintah mampu melaksanakan Islam.

Menurutnya, Nabi Muhammad bukan sahaja mernjadi Perdana Menteri ketika memerintah Madinah, menolak dakwaan Umno yang memisahkan politik dariapad agama.

"Oleh kerana nabi Muhammad (telah) meninggal ribu-ribu tahun dulu, yang tinggal al-Quran, al-Quran menjadi pegangan hidup manusia, bukan sahaja hidup Melayu,

"Nabi Muhammad SAW menjadi Perdana Menteri waktu sampai ke Madinah. Umno kata agama lain politik lain, cuba tanya Umno, siapa yang memegang kerajaan di Madinah,"soal beliau.

Justeru, kata beliau, kerajaan yang memngambil bukan Ilsam sebagai dasar, yang mengambil dasar kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, bukan dari ajaran Nabi Muhammad SAW.-

BulletinOnLine

Kerusi Zambry Kadir Sebagai MB Perak Hampir Pasti Akan Bertukar Tangan

Posted: 15 Oct 2011 07:39 AM PDT

FreeMalaysiaToday melaporkan:

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

"Saya mendengar dari sumber dalaman Umno bahawa wujudnya komplot untuk memastikan Zambry tidak menduduki kerusi Menteri Besar.

"Ini kerana ramai di dalam Umno tidak gembira dengan tindakan beliau memberikan tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375," dakwa ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham sambil menambah, beliau sepatutnya mendedahkan siapa yang menerima tanah tersebut

Ngeh berkata demikian ketika diminta komen berkenaan kenyataan Zambry awal bulan ini bahawa tiada kawasan hitam wujud untuk BN.

Justeru, menurut beliau, Zambry mesti mendedahkan senarai penerima tanah yang bernilai RM1.26 bilion itu namun sehingga kini beliau enggan berbuat demikian. - FMT.


Blog PASPB menyebut:

Antara nama-nama yang disebut adalah Hamidah Osman, Zainol Fadzi Paharuddin, Raja Ahmad Zainuddin dan Ramly Zahari.

Keempat-empat nama tersebut dikatakan rapat dengan Najib terutamanya Hamidah, ADUN Sungai Rapat. - PASPB

Antara 4 orang tu, yang paling ke depan adalah Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat. Sebagai Exco kanan, memang sepatutnya pun dia dipilih kalau Zambry 'eee' Kadir perlu diganti. Kalau betul Hamidah berjaya jadi MB lepas PRU13 maknanya dia jadi MB wanita yang pertama.

Kalau temgok gambar kat atas tu, memang hebat Makcik Midah ni, ular pun selamba ja dia pegang. Silap-silap Zambry 'eee' Kadir pun tak berani macam dia.

Kalau betul Makcik Midah jadi MB, menarik jugak. Tentu keadaan politik akan jadi lebih meriah dengan pengalaman baru politik Perak bermenteri besarkan seorang wanita. Orang macam Makcik Midah pulak tu, tentu punya lagi banyak kontroversi yang akan timbul.

Apa pun, depa jangan lupa. Ada seorang lagi calon Menteri Besar yang tak kurang hebatnya. Kalau dia tak hebat takkan pemimpin tertinggi pi jumpa dia dan tawarkan dia jadi MB.

Kalau tak percaya, hangpa tengok video kat bawah ni. Takkan Ustaz pun nak tipu kot.



cenangau.blogspot.com/


BERAPA PATI INI BAYAR dR MUHYIDDIN YUSSIN UNTUK PECAT GURU?

Posted: 15 Oct 2011 07:23 AM PDT

GARA-GARA membuat kenyataan tegas di dalam Videoklip 'Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT' yang disiarkan di Youtube, seorang guru, Hairol @ Awang Damit Bin Jimlok diugut akan dipecat daripada jawatannya sebagai guru jika tidak menarik balik kenyataannya yang menuduh Haji Wahab Nonong sebagai PATI!

Mengikut maklumat yang diterima daripada rakan Hairol yang juga seorang guru di SMK Desa Kencana, Felda Sahabat, Lahad Datu, baru-baru ini Hairol telah didatangi Pegawai Bahagian Siasatan Ustaz Samsuddin atas arahan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Umin Haji Sadi.

"Saya dengar Ustaz Samsuddin cakap beliau diarah Pegawai Pelajaran Daerah menyampaikan pesanan kepada Hairol bahawa Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk dR. Muhyiddin Yussin mengarahkan agar membuat penafian bahawa bukan beliau yang menyiarkan kenyataan di Sabahkini.net, termasuk di dalam Videoklip yang mendakwa Haji Wahab Nonong sebagai PATI," kata Ahmad (bukan nama sebenar) yang kesal dengan campurtangan Jabatan Pelajaran Sabah.


Kata Ahmad, sebagai rakan Hairol dan anak jati Lahad Datu, beliau kesal dengan sikap pengecut dan penyibuk Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah dan Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu yang hilang maruah sehingga mendesak Hairol meminta maaf kepada Haji Wahab Nonong, yang bukan sahaja telah menyerang dan mencederakan Hairol, malah mengancam keselamatan negara dengan mengugut untuk membakar rumah dan membunuh sepupu Hairol.

"Kenapa Pengarah Pelajaran mencampuri urusan peribadi Hairol, sedangkan Hairol menunaikan tanggung jawabnya kepada agama dan negara dengan mendedahkan bahawa Haji Wahab Nonong sebagai PATI yang mendapat kad pengenalan projek dan dilindungi UMNO," kata Ahmad yang kesal kerana Pengarah Pelajaran mengelirukan orang awam bahawa beliau adalah Doktor Falsafah, sedangkan beliau hanya Doktor Hemoepathy yang tidak layak menggunakan gelaran 'DR' di hadapan namanya.

Sehubungan itu, Ahmad menggesa agar Hairol tidak mengikuti arahan Pengarah Pelajaran Sabah yang gentar kepada ugutan anak Haji Wahab, Abdul Munap (berstatus penduduk tetap) yang telah membuat aduan rasmi berhubung kenyataan Hairol di Sabahkini.net dan Youtube, sehingga sanggup mengugut untuk memecat Hairol daripada jawatannya jika enggan menarik balik kenyataannya.

Tegas Ahmad, jika inilah mentaliti Muhyiddin, maka tidak ada istimewanya mempunyai Pengarah Pelajaran yang pengecut dan gagal menjaga kepentingan rakyat Sabah daripada anasir subversif seperti PATI yang tergamak merampas surau dan menghalau imam.

"Saya ingin bertanya Muhyiddin, berapa PATI bayar untuk mengarahkan Hairol menarik balik kenyataannya di Sabahkini.net dan Youtube; sedangkan Hairol telah membuat laporan polis beliau dipukul dan rakaman video disaksikan penduduk kampung yang sama-sama bersembahyang tarawih," kata Ahmad yang simpati dengan nasib guru-guru di Sabah yang dikekang pergerakan mereka dalam perjuangan dan jihad membela agama dan tanah air.

Dalam pada itu, penduduk kampung Lamak Bukit, Silam memaklumkan bahawa Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintenden Samsuddin Mat telah datang menyiasat surau PPRT berkenaan dan menyoal siasat penduduk siapa yang membuat rakaman Videoklip berkenaan.

"Dia tidak siasat Haji Wahab Nonong yang memang jelas PATI yang mendapat kad pengenalan projek tetapi menjadi Sultan di tanah adat milik Nina Binti Gayah," kata salah seorang ahli keluarga yang meminta namanya dirahsiakan kerana bimbang diserang dan dicederakan Haji Wahab Nonong.

Pengadu tidak tahu apa tujuan Ketua Polis Daerah datang ke surau berkenaan kerana sehingga kini sudah lima kali polis datang mengambil gambar surau tetapi tidak menderma walau satu senpun, sehinggalah Timbalan Pengerusi LDP, Chong Su Vun menghulurkan derma kepada Tabung Surau.

Usaha untuk menghubungi Hairol tidak berjaya kerana dua-dua talian telefon bimbit beliau tidak aktif.

Berikut salinan surat amaran dan aduan yang dihantar Abdul Munaf kepada Hairol dan disalinkan kepada Pengarah Pelajaran Sabah dan semua pihak berkaitan.

Sumber di sini

Hisham akan dedah dakwaan beri kerakyatan

Posted: 15 Oct 2011 05:05 AM PDT

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mendedahkan segala-galanya tentang dakwaan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada penduduk asing kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Menurut menteri dalam negeri yang juga ahli parlimen Semberong itu, ada di kalangan saudara mara pemimpin-pemimpin parti pembangkang turut diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.

"Ada pemimpin-pemimpin daripada pihak parti pembangkang sendiri yang telah kita (kementerian) luluskan. Itu sahaja telah membuktikan bahawa kita tidak memilih bulu.


"Ini semua akan saya didedahkan pada Jawatankuasa itu," katanya kepada pemberita di Kluang hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pengeluaran MyKad dengan Struktur Baru dan pengeluaran MyKad Satu Hari di Jabatan Pendaftaran Kluang di Bangunan Persekutuan di sini.

Pihak pembangkang sebelum ini menuduh kerajaan dan khususnya Kementerian Dalam Negeri memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, kakitangan kementerian tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan.

"Ini semua adalah fakta. Saya tidak tahu siapa yang memohon, lebih-lebih lagi jika pemohon itu adalah cucu cicit, anak saudara (kepada sesiapa) atau apatah lagi mereka ini menyokong kerajaan atau tidak," katanya.

Hishammuddin berkata, dakwaan pembangkang baru-baru ini tentang pemberian kewarganegaraan kepada warga Bangladesh juga telah diberikan penjelasan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Apabila Ketua Pengarah JPN (Datin Jariah Mohd Said) menjawab (dakwaan tentang isu warga Bangladesh itu), mereka (pembangkang) senyap," katanya dan menambah, pembangkang sering memperlekeh usaha KDN di atas pertimbangan
politik mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, sejak tujuh tahun lepas hanya 30 warga Bangladesh yang mendapat taraf kerakyatan Malaysia dan daripada bilangan itu hanya tujuh yang boleh mengundi.

"Daripada tujuh yang boleh mengundi, hanya empat yang mendaftar untuk menjadi pengundi," kata Hishammuddin.

- Bernama

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

Posted: 15 Oct 2011 11:15 PM PDT

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SELANGOR BERSIH DARI PERKOSA, CERAMAH MAT SABU AMAN

Posted: 15 Oct 2011 06:38 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS



LAZIMNYA, sejak kebelakangan ini di mana-mana sahaja Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu berceramah akan menarik perhatian kumpulan-kumpulan bengap dari PERKOSA. Seperti yang terjadi di Negeri Sembilan iaitu di Seremban dan Rembau, di Johor termasuk di Segamat.



Suasana di dalam dan di luar dewan, kehadiran yang menakutkan Umno dan PERKOSA

Semua program Mat Sabu diserbu oleh PERKOSA walaupun akhirnya mereka pulang begitu sahaja dengan muka bodoh.

Terbaru, baru-baru ini Mat Sabu berceramah di Shah Alam, Selangor. Ini kawasan elit, kawasan maju dan amat sukar untuk menemui penduduk di situ yang bengap. Sebelum itu, di war-warkan bahawa PERKOSA akan hadir untuk melakukan perbuatan bodoh mereka sekali lagi. Mungkin setelah mereka memikirkan bahawa adalah membuang masa untuk menunjukkan `lawak bodoh' mereka di kawasan elit yang penduduknya bijak-bijak belaka, maka tiada seekor pun ahli PERKOSA atau bekas askar pencen yang bengap hadir di dalam program Mat Sabu di Shah Alam.

Awalnya saya menjangkakan tentulah di Shah Alam, tokoh Umno yang paling kuat menyalak sebelum ini iaitu Ezam sesumpah akan mengetuai kumpulan bodoh untuk `berdemontrasi' menghalang ceramah Mat Sabu. Malangnya, Ezam sesumpah entah ke mana walaupun itu kawasan beliau semenjak beliau berada di dalam Keadilan lagi. Ezam sesumpah tiada, PERKOSA pun tiada.

Ini menunjukkan bahawa modal bodoh mereka hanya boleh dibawa di kawasan hulu sahaja, itu pun tidak pernah berjaya menghalang ceramah Mat Sabu. Jika di Selangor, mereka silap langkah dan saya fikir mereka akan membuat silap lebih besar jika datang mengacau di Negeri Kelantan. Saya nasihatkan kepada PERKOSA, cukup-cukuplah berusaha untuk melakukan laak bodoh yang menjemukan itu./wfauzdin.blogspot.com

BERGANTUNG NASIB DENGAN `DUBUR SAIFUL DAN CINCIN PUAKA"?

Posted: 14 Oct 2011 10:13 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SERANGAN terhadap `cincin 24 juta' yang menjadi misteri kini semakin diperhebatkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Chegu Bard. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa `nyawa' Najib di dalam politik kini terletak pada sebentuk cincin yang kononnya menarik perhatian seorang wanita yang mengaku `First Lady Of Malaysia".



Jika `Umporno' bergantung nasib di bawah `rektum' dubur Sepol yang mengaku tidak mencuci dubur dua hari itu, cincin puaka ini pula bakal menentukan nasib Najib. Akal yang waras sudah tentu tidak boleh menerima bagaimana sebentuk cincin puluhan juta masuk ke negara ini tanpa `sebab munasabah' malahan dikecualikan dari cukai. Awalnya, kemasukan cincin puaka itu dinafikan oleh penjilat-penjilat tegar Najib, tetapi bau bangkai cincin puaka itu tidak boleh diselindung. Akhirnya, di dalam Parlimen terdedah sememangnya cincin puaka itu pernah masuk ke negara ini.

Chegu Bard punyai maklumat lengkap yang diperolehinya dari `orang dalam' yang tidak tahan lagi melihat kerakusan laki bini yang `memperabihkan' harta rakyat. Ada dakwaan yang mengatakan borang Kastam yang salinannya diperolehi oleh Chegu Bard itu berbeza dari borang Kastam yang ditunjukkan oleh beberapa blog pencacai Umporno, itu tidak memeranjatkan kita. Sejarah pernah menunjukkan bahawa nama Altantuya hilang dari senarai kemasukan ke negara ini. Altantuya mati dibunuh dengan bom C4 di dalam negara ini, beliau disdahkan memasuki negara ini secara sah tetapi nama beliau `hilang' dari senarai di Pejabat Imegresen. Jadi, setakat borang `berbeza' itu tidak pelik, apatah lagi melibatkan nama `First Lady Of Malaysia'.

Pada 16hb Okt ini, isu cincin puaka akan disebut lebih terperinci lagi dengan fakta yang lebih releven. Di dalam suatu majlis yang akan diadakan di Pejabat PKR Rantau, majlis pelancaran brosur tersebut akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke di samping Chegu Bard sendiri.

Mengikut kata Chegu Bard, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia." Amatlah ruginya barangsiapa yang tidak dapat hadir pada majlis berkenaan kerana segala pendedahan yang bakal dibuat itu nanti mustahil akan disiarkan melalui media haprak Utusan dan TV 3 suku.

Dikhabarkan, dua tiga hari lepas banyak banner yang mempromosikan majlis berkenaan telah dicuri oleh juak-juak yang bodoh dan tidak sedar diri betapa haknya sebagai rakyat telah dirompak oleh wanita rakus ini. Kesihan sungguh puak-puak ini yang saya yakin 100% Melayu yang begitu mudah diperbodohkan.

Syabas kepada Chegu Bard yang tidak pernah serik mendedahkan penyelewengan demi penyelewengan. Jika ada pihak yang sebelum ini mendakwa mengapa Chegu Bard kerap `bersungut' tentang penyelewengan di dalam Pemilihan Parti beliau sendiri, ini lah jawapannya agar kita semua mengenali Chegu Bard dan prinsipnya. /wfauzdin.blogspot.com